8

78 11 4
                                    

" Kau yakin diorang tak marah? "

" No worries, lah. Kalau diorang marah, aku marah balik. "

Penuh yakin, aku cuba beritahu Haebin. Malah aku turut bertindak mematikan telefon pintar aku itu semata mata tidak mahu sesiapa mencari. Biarkan! Biar mereka tahu aku ini sejenis manusia yang boleh tahan degilnya. Sekarang kami berdua menunggu abang Haebin datang untuk jemput kami balik. Sengaja aku menyuruh Haebin tunggu di tempat yang sedikit lengang, biar jauh dari pandangan orang. Bukan apa. Aku tahu sangat perangai pengawal peribadi Ivy yang seorang ini— suka cari attention parkir depan pintu gerbang utama kolej! Sengaja nak tayang kereta mewah yang dipandunya itu di hadapan pelajar lain. Dan sudah semestinya muka aku yang tak berapa kebal dan tebal ini yang menanggung malu tak terperi. Jadi, aku minta Haebin menyuruh abangnya jemput kami di Gate 2, belakang bangunan fakulti sains. Semoga tak tertangkap yang aku ini sedang melarikan diri.

" Tu, dah sampai. "

Kereta jenis BMW berwarna hitam berkilat berhenti tepat di hadapan aku dan Haebin. Hampir terbeliak mata aku— mak aih. Kereta dia. Aku dah cakap abang Haebin ni bukan kaleng-kaleng orangnya. Terserlah aura kemewahan tu. Walaupun hakikat kereta milik Ivy pun sama saja levelnya. Maklumlah. Aku tak ada lesen kereta lagi. Nak tayang kereta pergi ke kolej tu tak kesampaian lagi. Tidak terdetik dalam hati mahu ambil lesen. Tidak pasti kenapa. Aku berdiri terpacak di situ sehingga ada suara menegur.

" You nak berjemur tengah panas tu je ke, Iris? Tak mahu masuk? " Di hujung kata terselit ketawa kecil. Wajah kacak itu tersenyum manis ke arah aku, sekali package dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipi. Amboi, Iris. Sempat kau usha anak teruna orang! Aku tersengih malu, cepat-cepat masuk ke dalam badan kereta. Mengambil tempat duduk di belakang, bersebelahan Haebin. Mana mungkin aku mahu duduk di tempat duduk hadapan. Hesy... malu!

" Amboi, lagak macam aku ni driver korang ya? Masing masing duduk belakang. "

Aku meneguk liur, terasa perit semacam. Er, marah ke lelaki itu aku duduk di seat belakang? Kenapa ayat dia tu seakan tuju ke aku seorang sedangkan dia seru kami berdua? " Kau dah balik ni mana mungkin aku nak lepaskan peluang kau jadi driver aku. Malas lah nak drive pergi kolej. Lagipun, bila lagi nak merasa naik BMW kau ni. " Selamba Haebin membalas sindiran halus abangnya tadi. Sempat lagi dia menyilang kaki, bersandar selesa sambil tersenyum meleret. Lagaknya seperti lady boss, ada gaya CEO kaya dalam novel gitu. Aku hampir tergelak. Haebin dan abangnya bagai anjing dengan kucing. Pantang berjumpa, ada saja perkara yang mahu dibalahnya. Aku melirik ke arah lelaki itu, hanya berdecit perlahan.

" Iris, long time no see. How's life? " Suara abang Haebin menegur aku pula sambil dia mula memandu keluar dari kawasan kolej. Mata lelaki itu juga sempat mengerling ke arah aku melalui cermin. Aku tersenyum nipis, " Kakak baru meninggal. Not so good but not too bad. Iris still dalam mood berkabung. "  Terdiam isi kereta itu. Mungkin kerana aku sebut tentang mendiang Ivy. Aku mengigit bibir, aku rosakkan suasana dalam kereta ni ke?

" Waityou mean Ivy? I'm sorry to hear that, Iris. I baru tahu. Si dustbin ni pun tak cakap dekat I. I harap you stay strong, girl. " Aku tersengih kekok, tidak rasa apa-apa pun. Aku dah redha. Aku dah mampu terima. Haebin menjeling ke arah si abang, sepantas kilat menendang kuat kerusi pemandu itu. Mujur tak tercampak ke depan, terhantuk pada stereng kereta. Mahu kang dahi lelaki itu ada logo BMW. Tahulah aku dustbin yang dimaksudkan lelaki itu ialah adiknya, Haebin.

she's the boss. tbzWhere stories live. Discover now