4

91 19 11
                                    

" Tbh, saya tak tahu apa-apa pasal syarikat ini. "

Itu ayat pertama yang keluar dari mulut aku sebaik saja aku di suruh untuk duduk di tempat Ivy. Pejabat seluas ruang tamu rumah aku itu aku perhati satu persatu perabotnya— sangat mewah sampaikan mata aku tak jemu melihatnya. Papan nama Ivy masih terletak elok di atas meja, ada beberapa keping fail yang bersusun di sebelahnya. Laptop semua tersedia rapi, seperti pejabat ini telah dikemas dahulu sebelum aku kemari. Aku duduk menyandar, menarik hoodie aku menutupi kepala. Sejuk! Makin menjadi-jadi sakit kepala aku ini— aku sepatutnya menyuruh saja Younghoon bawa aku pulang ke rumah.

" Seems like you're not in a good condition, cik Iris. Maaf, I know cik dah tak ada schedule lepas ni tapi cik kena tahu semua schedule yang cik Ivy tinggalkan. I'm so sorry. I will briefing everything dalam masa 10 minutes. "

Setiausaha Moon ini masih setia dengan Ipad ditangannya. I know mungkin dia tengah serabut dengan apa saja tugasan yang perlu Ivy selesaikan sebelum ini. Mungkin ada tugasan yang perlu dilakukan segera. Mungkin juga ada mesyuarat yang perlu dihadiri. Entahlah. Aku tidak tahu. Semua tentang syarikat ini, dalam kepala aku kosong. Tiada apa-apa. Ivy sendiri pun tak pernah bagitahu apa yang dia buat. Aku cuma tahu dia bekerja dengan orang-orang ternama. Orang-orang yang memegang jawatan penting. Kusut betul. Tak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk masuk campur dalam urusan begini.

" Cik Iris. "

Aku tersentak, segera membetulkan semula posisi duduk aku. Badan aku semakin lemah, kepala terasa mahu dihentuk saja ke atas meja ni. Aku tayang muka tak begitu semangat pada Setiausaha Moon. Maaf, jujur aku katakan aku tiada masa untuk ambil tahu semua ini bila badan aku tidak beri kerjasama. Lelaki ini mengetap bibir, mungkin perasan keadaan aku yang makin tidak betul itu.

" Cik, I think kita buat semua ni lepas cik dah betul-betul bersedia. "

Aku tersengih, yes! Aku fikir lelaki ini tiada belas kasihan. Manalah tahu dia nak juga aku selesaikan semua kerja Ivy ketika ini juga, naya betul. Aku bangun dari kerusi, menonong saja ke pintu keluar pejabat sejuk beku itu. Sempat Setiausaha Moon ini berpesan, " Esok cik datang ke sini lagi ya! " Aku mengangguk saja, tak berjanji. Aku risau jadual kelas aku tak menentu. Sebaik saja aku keluar, aku hampir berlanggar dengan manusia yang tiba-tiba muncul depan aku ini. Wah, makin biul kepala aku harini.

" Eh, cik. Nak ke mana? "

" Juyeon. Hantar saya balik. Saya dah penat. "

Lelaki ini terpinga-pinga namun, menurut saja perintah aku. Dia membawa aku turun semula ke tingkat paling bawah, terus bergerak ke arah kereta. Aku masuk ke dalam, menghenyakkan tubuh atas kerusi sambil memeluk tubuh. Menggigil kesejukan. Juyeon masuk tempat duduk pemandu, menoleh ke arah aku, " Cik tak sihat ya? " Aku diam, tidak memberi sebarang reaksi. Juyeon kemudian memanaskan enjin kereta sebelum meluncur laju atas jalan raya.

" I'm sorry. "

Aku tahu mesti Juyeon pelik kenapa aku minta maaf. Entahlah, aku rasa aku ni satu beban pula pada mereka semua. Dahlah tak bagi kerjasama, tahu nak memberontak saja. Lepas tu banyak songeh. Ini kalau Ivy tahu aku layan employee dia macam ni, mahu kena pancung aku. Juyeon menoleh sekilas ke arah aku, menyoal, " Hm? Kenapa pula cik minta maaf? "

" Saya kurang sihat hari ni. I'm sorry kalau saya buat kerja korang makin tertangguh sebab saya tak nak buat apa-apa. Trust me, saya tak tahu nak uruskan syarikat besar macam ni seorang diri. " Aku tak tahu kenapa, dengan Juyeon saja aku berani nak bercakap macam ni. Mungkin sebab aku masih tak biasa dengan Hyunjae, Younghoon dan Setiausaha Moon sendiri sebab aku jarang berjumpa dengan mereka. Juyeon saja yang aku selalu jumpa bila Ivy tak sempat ambil aku dekat kolej. Lelaki ini diam, namun tak lama selepas itu dia membalas.

" Cik Iris tak perlu minta maaf pun. We should do that. Sebab paksa cik buat itu dan ini sedangkan cik patutnya berehat saja. We're sorry. Don't worry. Kami semua faham keadaan sekarang ni. Kami tak akan paksa cik buat apa-apa selagi cik tak ready. " As he should, Juyeon memang suka buat aku selesa dengannya. Kalau aku mengadu apa-apa agaknya lepas ni, mesti dia layan aku baik macam ni juga kan? Astaga, Iris.

" And one more. Please, jangan panggil saya Cik lagi lepas ni. Nampak pelik. Everyone should call me Iris. "

Juyeon jadi serba-salah, " Tapi, cik— "

Aku membulatkan mata, berkeras juga, " Saya boss, kan? Ha, dengar la cakap saya ni. " Juyeon tidak lagi cuba untuk membantah, akur sahaja dengan arahan aku. Mestilah mereka semua akan kekok sebab panggil aku begitu. Tapi, jujur aku tak berapa suka. Lagipun aku mungkin lebih muda daripada mereka. Jadi, baik panggil aku dengan nama saja. Hampir 20 minit perjalanan, aku akhirnya sampai di rumah. Aku keluar dari badan kereta, sempat meninggalkan pesanan, " You should go first, Juyeon. And thank you sebab tolong hantar balik. "

Juyeon tersenyum, " I will after pastikan cik– I mean, I–Iris. Masuk ke dalam rumah dengan selamat. " Hampir nak tergelak aku tengok muka gelabah dia sebut nama aku tanpa panggil cik di depan. Aku hanya mengangguk, terus bergerak ke arah pintu rumah.

_________________________________

" Aku tak kunci pintu ke pagi tadi? "

Iris bermonolog sendiri. Pintu rumahnya sedikit terdedah sedangkan pagi tadi dia dah pastikan semuanya berkunci. Padlock juga seperti digodam,  tidak lagi dapat masukkan kata laluan. Jantung Iris berdegup kencang tiba-tiba. Tidak tahu kenapa dia berasa tidak sedap hati. Langkahnya diatur perlahan-lahan memasuki ke dalam rumah. Tiada apa yang pelik, cuma dia terbau sesuatu yang hangit.

" Chase? "

" Chase, kau dekat mana? "

Iris memanggil Chase yang hilang entah ke mana. Selalunya si bulus itu akan menunggu di hadapan pintu rumah bila gadis itu pulang. Iris laju mengorak langkah ke arah dapur. Bau tidak menyenangkan itu semakin menusuk hidungnya. Matanya tertancap ke arah asap yang berkepul-kepul keluar dari ketuhar di dapur. Siapa yang buka ketuhar ni? Mustahil kucing yang buat semua benda ni—

" CHASE! "

  " Chase, noo! CHASE! BANGUN, CHASE! "

Berjurai air mata Iris ketika itu juga bila melihat apa yang ada di dalam ketuhar itu adalah Chase. Kucingnya dipanggang hidup-hidup tanpa belas kasihan. Iris menjerit histeria, tidak tahu apa dia patut buat. Siapa manusia kejam yang buat semua ni pada haiwan tak bersalah itu? Memang tiada akal yang waras! " Iris? Iris! " Juyeon masuk ke dalam setelah mendengar jeritan Iris yang begitu kuat. Matanya melihat gadis itu melutut dihadapan bangkai kucing yang dipanggang dalam ketuhar.

" Iris, kita kena keluar dari sini. "

" NO! Saya tak nak! Chase, bangun! Chase, jangan tinggalkan aku! Chase! " Iris memberontak, tidak mahu mengikut. Baru saja dia kehilangan Ivy, tidak mungkin dia akan kehilangan Chase juga. Sakit hatinya melihat si bulus itu mati terseksa begitu. Juyeon menarik Iris keluar walaupun gadis itu berkeras tidak mahu. Baginya, tidak selamat untuk mereka berlama di situ. Pasti ada seseorang yang menceroboh masuk ke dalam sewaktu Iris tiada di rumah.

_____________________________________

👀👀

she's the boss. tbzWhere stories live. Discover now