3

77 20 8
                                    

" Damn, Iris. You should see your face now. "

" Teruk sangat ke eyebag aku? "

Cermin muka dicapai segera, membelek wajah yang kurang bermaya itu. Sememangnya aku tiada tenaga nak datang ke kolej hari ini. Rasa seperti tidak sedap badan. Tetapi, bila terfikir kalau sehari aku ponteng kuliah, aku akan ketinggalan hampir 3 bab subject tersebut. Ah, gagahkan diri untuk datang juga. Aku sampai di dewan kuliah lebih awal daripada biasa. Sengaja gerak lebih awal, duduk seorang diri di rumah hanya menambahkan rasa sedih aku. Bahu aku ditepuk perlahan, sepertinya sedang menenangkan aku.

" I'm sorry for your loss, Ris. Baru 2 hari lepas aku rasa aku nampak Ivy datang ambik kau dekat kolej. "

" It's fine, Haebin. Aku pun still tak percaya. " Aku simpan semula cermin muka tadi, kini mengalihkan pandangan ke hadapan dewan. Masih kosong, hanya ada beberapa orang pelajar sahaja yang baru hadir. Suhu sejuk dalam dewan ini terasa sedikit tinggi sehingga mencengkam ke tulang. Memang begini ke rasa sejuk dalam dewan ni? Aku menoleh ke arah Haebin yang ralit bermain dengan phone nya, selamba mengenakan baju t-shirt berlengan pendek sedangkan aku dengan sweater ini pun masih terasa beku.

" Yah, Haebin. Kau tak sejuk ke? "

" Sejuk? Maksud kau? Wait— Muka kau merah, Ris. Kau tak sihat ke? " Tangan Haebin naik ke atas dahi, merasa suhu badan aku. Bila Haebin menyoal aku begitu, mungkin aku sudah tahu puncanya. Menangis seharian semalam membuatkan badan aku jadi lemah pagi ni. Silap aku keluar dari rumah tanpa bawa sekali ubat yang ada, " Badan kau panas, Ris. Kau patut tinggal dekat rumah. Lagipun kau masih dalam mod berkabung. Asal kau datang juga? Kau nak aku drive kau pergi klinik tak? Jap– tadi kau datang drive sendiri ke? " Bertubi-tubi Haebin serang aku dengan soalan, tidak beri peluang langsung pada aku untuk membalas.

" Bodyguard Ivy yang hantar aku ke sini. Jangan nak suruh aku balik, aku baru sampai. " Aku memutarkan bebola mata, banyak soal pula dia ni. No wonder aku rasa tak berapa sihat, kepala aku berat semacam saja. Aku perasan Haebin tersengih-sengih ke arah aku, semacam saja dia ni. Kening aku terangkat, menyoalnya, " Kau dah kenapa sengih macam tu? "

" Bodyguard Ivy tu, handsome tak orangnya? Kalau dia single, tolong kenalkan pada aku! "

Satu tamparan pada bahu Haebin aku hadiahkan. Gatal tak bertempat! Aku menjelingnya sekilas, " Sampai ke situ pula. " Memang bodyguards Ivy semua ada rupa, termasuklah setiausaha dia juga. Tapi, aku tak boleh nak percayakan mereka buat masa sekarang. Aku masih bingung, keliru. Kematian Ivy tu masih mengejutkan aku.

_________________________________

12:30 pm

Bunyi bising yang datang dari arah pintu utama kolej menarik perhatian aku. Terlalu ramai yang berkumpul di situ sehingga aku tidak nampak laluan keluar. Bisingnya bukan main lagi, aku masih tidak dapat tangkap apa yang sebenarnya dah terjadi. Haebin menyiku aku dari tepi, bibirnya terjuih ke hadapan, " Kita ada terlepas apa-apa yang penting ke? Kenapa dalam website kolej tak cakap kita ada apa-apa program tengah hari ni? " Aku sekadar mengangkat bahu, tidak tahu. 3 jam duduk di dalam computer lab tadi buatkan kepala aku tidak mampu berfungsi dengan baik. 3 jam aku menghadap skrin bercahaya, 3 jam juga aku terpaksa menahan betapa sakitnya kepala.

" Siapa dia ni? Handsome nak mampus! "

" Dia dari jurusan mana? Tak pernah nampak pun sebelum ni. "

Hanya itu yang telinga aku dengar sejak tadi. Rata-ratanya mahasiswi yang berkumpul di sini, menghalang laluan utama. Aku mengikut Haebin dari belakang, kelas kami dah selesai untuk hari ini. Cuma, aku belum ada kesempatan untuk maklumkan jadual aku pada Juyeon atau Hyunjae. Tapi, aku tak kisah. Kalau mereka tak jemput aku pun, Haebin boleh hantar aku pulang. Aku tak nak bergantung harap sepenuhnya dengan employees dekat syarikat Ivy. Bila kami berdua berjaya keluar dari kesesakan yang berlaku di hadapan pintu utama kolej itu, mata aku kini memandang ke arah sebuah kereta mewah yang parkir elok di hadapan pintu utama kolej. Ada seorang lelaki bertubuh tinggi lampai sedang bersandar pada kereta, berkaca mata hitam. Dia tak perasan kehadiran aku sehinggalah kami berdua bertentangan mata.

" Cik Iris. "

Dia sebut nama aku ke tadi? Aku dapat rasakan semua mata sedang merenung aku. Aku statik di situ, tidak bergerak. Another young man yang aku tak kenal siapa namanya tapi dia kenal siapa aku. Bukan Juyeon. Bukan Hyunjae. Ah– i got it. Ini bodyguard Ivy yang ke-berapa pula ni?! Lelaki tinggi itu berjalan menghampiri aku, tersenyum lebar, " Cik, kita kena gerak sekarang. " Aku terpaksa akur sahaja, mengikut lelaki itu masuk ke dalam kereta. Pelajar yang berkumpul di hadapan kami ini tadi sudah terkecoh-kecoh. Entah apa lah mereka fikir selepas tengok aku ada kaitan dengan lelaki ini.

Tiada siapa pun yang tahu aku ada kaitan dengan Ivy, atau mama atau syarikat mereka sendiri. Aku lebih suka kekal berahsia. Hanya Haebin saja yang tahu keadaan aku. Kehilangan mama dan kematian Ivy sudah cukup buat aku terasa takut. Kalau terbongkar rahsia ini, berkemungkinan besar aku jadi target musuh yang seterusnya. Selepas kereta yang dipandu lelaki ini menjauh dari kawasan kolej, aku mengalihkan pandangan ke arahnya, " Mind to tell me awak ni bodyguard Ivy yang ke berapa? "

Lelaki ini tersenyum, masih fokus dengan pemanduan sehinggalah dia tiba-tiba menanggalkan cermin mata hitamnya, " Cik Ivy ada 3 orang bodyguard saja. Cik Iris mesti dah kenal dengan Juyeon, Hyunjae. Dan, oh saya Younghoon. " Aku mengetap bibir, mengangguk faham. Jadi, aku sudah berkenalan dengan 3 orang pengawal peribadi Ivy.

" Macam mana awak tahu jadual saya? I didn't even tell Juyeon atau Hyunjae yang kelas saya habis tengah hari ni. "

" Secretary Moon. He told us. Mungkin cik Ivy pernah kongsikan jadual kolej cik pada dia sebelum ni. " Jawapan Younghoon agak mencurigakan tapi memang benar Ivy pernah maklum pada aku untuk kongsikan semua jadual harian aku. In case kalau berlaku apa-apa pada aku, dia boleh dapatkan bantuan dengan segera. Aku mengalihkan pandangan ke luar. Jalan ini bukan menuju ke rumah aku tapi—

" Oh, lupa pula. Kita akan terus ke syarikat. You're our boss mulai hari ini, Cik Iris. "

________________________________

________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
she's the boss. tbzWhere stories live. Discover now