2

109 24 6
                                    

" Cik Iris. "

" Cik. "

Bahu aku terasa digoyang perlahan, mengejutkan aku daripada lena. Kepala aku ditegakkan semula, memerhati keadaan sekeliling. Mata aku tertancap ke arah Juyeon yang sedang merenung aku. Oh no– berapa lama aku terlelap? Aku tiba-tiba jadi gelabah, cepat-cepat mencapai beg tangan yang sudah terjatuh ke bawah. Hampir terhantuk pada dashboard, Juyeon segera menghalang kepala aku dengan tangan kirinya, " Cik, hati-hati. Gelabah sangat nak pergi mana? " Terselit tawa kecilnya melihat aku kalut sangat ketika itu.

" Ah, sorry again! Sorry, sorry. "

Aku cepat-cepat keluar dari badan kereta, tidak mahu berlengah lagi. Badan pun dah mula terasa sengal semacam. Balik dari kuliah terus ke hospital sehingga ke tengah malam, terasa panjang betul perjalanan hari ini. Itu belum lagi cerita tentang tasks dan assignments aku yang masih tertunggak. I swear aku mungkin boleh jadi gila kalau selepas ini aku terpaksa ambil alih tugas Ivy juga.

" Cik tak nak masuk ke dalam lagi? "

Busted. Aku mengelamun lagi, aduh. Aku tersedar semula, menggaru kepala yang tidak gatal sambil tersenyum segaris, " Erk. Ah– nak masuk lah ni haha. Thank you sebab tolong hantar balik. " Aku baru 2-3 langkah menjauh, Juyeon memanggil aku semula. Aku menoleh ke belakang, mengangkat kening, " Yes? "

" Esok akan ada orang jemput cik Iris. Pergi college. Don't worry, mereka juga bekerja di bawah kuasa cik Ivy sebelum ini. Selamat malam, cik. " Aku terangguk-angguk tak ubah seperti burung belantuk. Tidak pasti sama ada aku sememangnya sudah kepenatan atau khayal mendengar suara lembut Juyeon memberitahu maklumat tadi. Akur saja dengan segala apa yang diberitahu, aku cuma mahu masuk ke dalam berjumpa dengan katil.

" Hey, Chase. "

Kucing parsi berwarna putih bercampur coklat itu mula berbunyi tatkala kaki aku baru melangkah masuk ke dalam rumah. Mungkin lapar. Mungkin juga memahami keadaan sekarang ini. Kaki pendek kucing itu mengekori aku sehingga ke ruang dapur. Laju saja ekornya bergerak bila lihat aku mencapai bekas makanan miliknya. Kebulur sangat.

" Chase. Tinggal kau dan aku saja sekarang. "

Aku duduk bersandar pada kabinet dapur, merenung Chase yang sedang melahap makanannya. Aku tahu dia tak akan dapat membalas apa-apa saja yang aku katakan. Bulu lebatnya aku usap perlahan. Chase ni milik Ivy. Dia yang beriya nak bela kucing, kata tak sampai hati asyik tengok Chase terkurung dalam sangkar dekat pet shop berdekatan pejabatnya. Aku ikutkan saja. Sejak mama tinggalkan kami, rumah ini semakin sunyi. Dan sekarang, bertambah sunyi bila Ivy juga tiada.

" Apa aku nak buat, Chase? Aku tak kuat nak hadap seorang diri. "

Air mata aku jatuh sekali lagi. Bunyi tangisan aku bergema, tidak lagi sanggup menahan rasa hiba yang mencengkam dada. Dengan siapa lagi aku nak bergantung harap?

_________________________________

7:30 a.m.

" Chase, aku letak banyak makanan dalam bekas bukan untuk kau habiskan pagi ni okay? Simpan sikit untuk lunch. "

Dah macam mak nenek aku membebel pada haiwan berbulu itu. Entahlah dia faham atau tidak. Chase seperti tidak ambil peduli dengan arahan aku, sambung makan tanpa menoleh ke arah aku lagi. Dasar kucing gemuk. Aku bukan apa. Kemungkinan besar aku tak dapat balik tengah hari nanti. Jadual kolej tak menentu. Aku risau kucing ni jadi kebulur sebab tiada sesiapa nak tengokkan dia.

pin! pin!

Aku yang tadinya duduk bertinggung di hadapan bekas makanan Chase segera bangun. Aku rasa itu mungkin bodyguard Ivy semalam yang datang untuk jemput aku. Terasa dilayan seperti puteri raja ya, ada driver tolong hantar. Aku percepatkan langkah aku, menyarung sneakers dan mengunci pintu rumah banglo 2 tingkat itu. Mata aku tertancap ke arah lelaki yang duduk di dalam kereta serba mewah itu.

Bukan Juyeon.

" Good morning, cik Iris. "

Aku masuk ke dalam badan kereta, teragak-agak. Aku tak berapa kenal lelaki ini, was-was pula aku nak membalas, " Er, good morning. Awak ni siapa? " Aku masih dalam mod berhati-hati. Manalah tahu dia ni mungkin musuh Ivy atau sesiapa saja yang menyamar sebagai bodyguard Ivy. Mana boleh percaya 100%! Lelaki ini tersenyum nipis, menekan pedal minyak sebaik saja aku selamat masuk ke dalam kereta.

" Lee Jaehyun imnida. Cik boleh panggil saya Hyunjae. And, cik jangan risau. Saya bertugas bawah cik Ivy juga sebelum. And now, cik Iris jadi boss kitorang pula. "

Aku tak tahu daripada mana Ivy dapat cari manusia sekacak ini boleh bekerja dengannya. Entah berapa ramai lagi lelaki muda dia ambil untuk dijadikan employee, oh gosh. Aku sekadar mengangguk faham, tidak mahu banyak soal. Gayanya seperti orang baik, tiada tanda-tanda pelik. Okay, lelaki ini selamat. Mata aku sememangnya tak mahu duduk diam. Sibuk menjeling ke arah Hyunjae yang memandu, entah kenapa aku pun tidak tahu.

" Cik ada nak tanya apa-apa ke? Nampak macam cik tak selesa sejak tadi. "

Alamak, kantoi.

Aku berdehem perlahan, menggeleng sambil mata kini melekat saja ke luar tingkap kereta, " N–nothing. Tak ada apa. Saya cuma pelik. Ivy ada ramai bodyguard yang nampak professional tapi, dia mati dalam office dia sendiri. I'm curious kenapa dia boleh mati tanpa pengetahuan korang semua. " Aku tak pasti kenapa soalan itu yang terpancul keluar dari mulut aku. Terasa mahu hentak saja kepala ini pada tingkap kereta, nampak biadap sungguh. Aku perasan Hyunjae mengetap bibir, mungkin tengah mencari jawapan untuk soalan aku.

" Kami minta maaf atas pemergian cik Ivy. Trust us, we did everything untuk selamatkan cik Ivy. Kami minta maaf sekali lagi. And— "

" —kita dah sampai, cik Iris. "

Sedar-sedar dah sampai di hadapan pintu masuk kolej aku. Aku menutup mata, menarik nafas dalam-dalam. Kenapa dia ni cerdik sangat parkir depan khalyak ramai ni? Sengaja nak cari attention, " Hyunjae, lain kali jangan turunkan saya dekat sini, okay? No need those attentions. " Aku tayang wajah tidak suka, turun dari badan kereta dengan segera sambil menutup wajah dengan buku di tangan. Aku sempat dengar tawa kecil Hyunjae dari luar kereta, memohon maaf serta-merta.

" Sorry, cik. Have a nice day, cik Iris! "

______________________________

______________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
she's the boss. tbzWhere stories live. Discover now