7

70 12 3
                                    

"H–huh? "

Meremang aku bila mendengar satu persatu perkataan yang keluar dari mulut Younghoon. Dengan suara yang perlahan namun menyeramkan itu, serta merta aku menapak sedikit ke belakang. Menjauhi lelaki tinggi ini yang berkemungkinan akan apa-apakan aku. Snow yang berada dalam tangan aku terlepas, mungkin terkejut dengan pelukan drastik dek kerana ketakutan. Berlari dia ke arah lain, meninggalkan aku dan Younghoon yang masih statik di situ. Tiba-tiba saja aku berasa seram sejuk. Suhu yang tadinya terasa selesa kini buatkan aku mahu beku di situ.

Kidnapping? Torture? Killing? Dah gila ke?

" Saya bergurau saja, cik. Don't worry. Kami tak sejahat itu. " Hujung ayatnya terselit tawa kecil. Tersenyum simpul Younghoon melihat wajah aku yang pucat bagai tiada darah itu. Bergurau? Haha! Bergurau apa macam ni! Hampir gugur jantung aku mendengar. Silap hari bulan mahu aku pengsan dulu.

" S–saya nak balik ke bilik. "

Hilang terus rasa mahu menjelajah lagi seluruh pelusuk villa ni. Rasa teruja itu akhirnya berganti dengan rasa takut yang amat. Walaupun niat Younghoon hanya bergurau. Dark humor. Mungkin sekarang Younghoon jadi penyelamat, tidak mustahil satu hari nanti dia mampu jadi pembunuh pula. Susah untuk aku percaya sesiapa yang aku hanya kenal 1-2 hari. Walaupun mereka sudah berada di sini sejak Ivy ambil alih syarikat itu lagi. Aku merasakan jantung aku berdegup kencang. Ibarat aku dikejar sesuatu entiti lagaknya, berusaha untuk masuk ke dalam bilik secepat yang mungkin.

Bang!

Pintu bilik ditutup kuat, ibarat mahu semua penghuni villa itu tahu keadaan aku ketika ini. Gerun! Jantung masih berdebar sakan, macam baru lepas berlari pecut satu padang kolej. Aku bersandar lemah pada pintu, cuba menstabilkan semula nafas yang semakin menyesak dada tika ini. Penghawa dingin yang mencengkam kulit tidak dipedulikan lagi, seram sejuk!

" Aku patut tidur saja. "

________________________________________

" Iris. "

" Yah, Iris Kim! "

Tersentak aku. Mujur aku tak tersungkur ke hadapan, mujur aku sempat berpaut pada meja. Aku menjegilkan mata ke arah si pengganggu keamanan, menyoal segera, " Apa? " Separa menjerit. Salah aku sebenarnya. Siapa suruh termenung sampai tak ingat dunia. Kelas untuk hari ini sudah selesai. Sekarang berada di kafeteria, menemani Haebin yang kebulur bagai seorang pelarian itu. Aku sekadar alas perut, atau lebih tepat merenung sandwich di hadapan aku ini tanpa nafsu. Aku tiada selera sejak pagi tadi. Nak kata sebab demam aku yang masih belum surut, mungkin juga. Tetapi, penyumbang utama aku jadi begini semestinya kerana ayat Younghoon semalam. Hesy... mujur aku tak bermimpi ngeri!

" Kau termenung apa? Dari kelas tadi dah aku tengok kau jadi macam ni. Kau ada problem? " Haebin menanya keadaan aku, tayang wajah risau. Aku menggeleng, cuba mengelak daripada beritahu apa yang bermain dalam kepala. Tidak mahu angkut Haebin masuk dalam permasalahan aku ini. Biar aku saja yang tanggung seorang diri. Aku mengeluh, " Aku penat je. Tak lebih dari itu. Mungkin serabut sebab Ivy dah tiada. Aku jadi lose. " Hanya itu saja aku mampu jawab. Normal lah bila baru kehilangan anggota keluarga. Rasa seperti hilang punca. Haebin merangkul bahu aku, menggosok perlahan bagai mahu salurkan semangat pada aku.

" Stay strong, Iris. Kalau kau need something, bagitahu je aku okay? Aku setia jadi knight in shinning amour kau. " Terburai ketawa aku mendengar ayat Haebin. Minah hiperbola sungguh, " Apa benda pula kau merepek ni? Kau tu perempuan, mana boleh jadi knight. Kau mampu jadi dayang aku sajalah. Buat itu ini untuk aku. " Haebin membulatkan mata, " Eh, aku sanggup apa. Jadi dayang ke, hamba abdi kau sekalipun. Asalkan kau happy, Iris. " Aku tersenyum, cukup terharu. Jujur saja tanpa Haebin tak mungkin aku kuat nak tempuh semua ni. Kalau tiada Haebin, maka meroyan lah aku seorang diri dek kerana aku tiada sesiapa lagi.

" Ke kau nak boyfriend? Aku boleh tolong cari. Nak senang, abang aku pun ada! Masih solo and available. " Aku tayang muka cemberut. Dia mula dah nak promote abang sulung dia tu. Maklumlah baru balik dari overseas. Katanya baru habis sambung PhD. Siapa saja yang tak mahu bersuamikan orang bijak pandai? Abang Haebin tu bukan calang-calang orang. Dahlah pandai, handsome dan kaya pula. Memang perfect 10 lah orang cakap. Full package. Tapi, tulah. Pelik juga. Mustahil wajah tampan gitu masih belum berpunya. Takkan masih single mingle triangle. Takkan tak ambil peluang bawa balik minah mat saleh yang cun melecun dari sana. Mana tahu anak nanti dapat mata biru! Eh, ke situ pula aku fikir.

" Diam tanda nak lah tu. Abang aku ambik aku dari kolej hari ni. Boleh lah jumpa kau sekali. Rindu katanya. " Melebar saja senyuman Haebin, mengusik aku yang kerap zoned out tak kira masa. Aku menjelingnya sekilas, malas nak layan. Aku dengan Haebin rapat sejak dulu. Tak mustahil aku boleh rapat dengan ahli keluarganya juga. Tapi, aku tak terfikir lagi nak recruit sesiapa jadi boyfriend aku. Hidup aku pun tunggang terbalik lagi, mana mungkin aku nak heret orang lain terlibat sekali.

" Hari ni bodyguard handsome kau tu ambik kau? "

" Entahlah. Aku cakap aku nak balik sendiri. Gunalah cara apa pun. Tapi, tulah. Bukannya diorang benarkan aku buat macam tu. Persis macam aku ini anak mereka pula! Tak boleh balik lambat lah. Tak boleh naik kereta dengan stranger lah. "

" Ala, diorang risaukan kau lah tu. "

Aku mengeluh. Teringat perbualan aku dengan Juyeon dalam kereta pagi tadi. Geram jugalah sebab dia menolak sekerasnya permintaan aku untuk pulang sendiri. Dengan alasan aku masih tak selamat nak ke mana mana tanpa pengawasan mereka di sisi. Aku berdegil, tidak mahu mendengar, " You're not my boyfriend or even ada  pertalian darah dengan saya. Why you even care saya nak balik dengan apa cara sekalipun? "

" Cause you're my priority. Keselamatan awak ialah keutamaan saya, Iris. What if they come to kidnap awak pula kali ni? No, saya tak benarkan. Kalau saya tak sempat jemput awak, saya suruh Younghoon ambil awak tengah hari nanti. Kelas awak habis awal hari ni, kan? "

Aku menjulingkan mata ke atas. Overprotective. Sudahlah mood aku memang barai. Bila teringat ayat Juyeon tadi, makin naik angin aku dibuatnya. Sudah semestinya dia akan angkut aku ke syarikat lagi. Huh, tak nak! Tiba-tiba aku terpandang Haebin yang sedang menikmati makan tengah hari itu. Tersengih sumbing. Mungkin aku patut ingkar arahan Juyeon kali ni. Tak mati pun, kan?

" Kau ni dah kenapa, Iris? "

" Abang kau ambil kau, kan? Suruh dia culik aku sekali. Aku tak nak ikut bodyguard aku. "

__________________________________________

she's the boss. tbzTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon