Bab 61

201 9 0
                                    

Ameera leka melihat Zain yang sedang bermain-main dengan Ardell. Tersenyum dia melihat tingkah dua beranak itu. Indah permandangannya pagi ini.

Perlahan Ameera melangkah ke arah dua kesayangannya itu. Ameera duduk di sebelah Zain yang baring di tengah ruang tamu itu. Zain masih leka mengagah si kecil itu.

"Eh ehh mummy datang lah Dell." Ujar Zain sambil mengucup pipi si anaknya itu. Ardell masih terkekek ketawa. Zain memandang Ameera dengan senyuman manis. Ameera juga membalas senyuman itu. Terus Zain angkat kepala dan diletakkan di atas pangku Ameera. Ardell duduk di atas dadanya.

Ameera mengusap rambut Zain lembut. Zain suka melihat Ameera yang semakin lama, semakin manis di pandangan matanya.

"Sayang... nak jalan-jalan tak?"

"Nak pergi mana?"

"Kita pergi taman ke? Bawa budak kecil ni." Sekilas pipi si Ardell dikucup geram.

"Boleh aje." Ameera senyum.

"Lama dah kita tak luang masa sama-sama." Luah Zain. Mereka sekarang sibuk benar. Sukar nak luang masa bersama. Lagi-lagi sekarang si kembar dah bekerja di negeri yang mereka pilih tu. Lagilah terasa sunyi juga kadang-kadang.

Sekali sekala si kembar tu pulang juga ke rumah mereka. Kembar pun nak kahwin dah nanti tu.

"Macam tak percaya je kan. Anak kita ni dah 6 bulan usianya. Pejam celik, besar dah dia." Ujar Ameera sambil mengusap rambut si kecil itu.

"Kan... sekejap aje dah besar. Rasa macam baru je teman sayang masuk labour room." Ujar Zain dengan tawa.

"Si kembar maybe balik next week. Weekend. Katanya ada benda nak bincang." Ujar Ameera sambil memandang Zain. Zain terus bangun dan duduk bersandar di sebelah Ameera. Si kecil itu diletakkan di atas pangkunya.

"Bincang? Apa lah dia nak bincang tu." soal Zain sambil memandang Ameera. Ameera angkat bahu.

"Mungkin pasal kahwin kot."

"Huhu tak sangka betul mereka tu. Nak kahwin dah." Zain terkenang waktu mereka mula-mula kenal. Tak macam sekarang. Sekarang masing-masing dah ada pasangan sendiri. Sampai sekarang pun rasa tak sangka yang dia kahwin dengan Ameera. Dari bos jadi bini. Hesy lain maciam!

"Tulah. Tak sangka betul. Ini abang nak pergi taman pukul berapa?"

"Petang sikit lah sayang. Sekarang panas lagi ni."

"Okey."

🛡️🛡️🛡️

"Abang."

"Yep?" Zain menoleh ke belakang. Ameera melangkah ke arahnya dengan senyuman. Sampai saja di sisi Zain, Ameera terus capai jemari Zain dan di genggam erat. Zain memperkemaskan lagi genggaman itu. Sebelah tangan lagi menolak stroller si kecil itu. Ardell pula sudah terlelap semasa dalam kereta lagi. Penat sangat bermain dengan Zain di rumah tadi. Terus lena masuk kereta.

"Rindunya nak jalan-jalan macam ni." ujar Ameera teruja.

"Sebab tulah abang ajak keluar. Selalu cuti kita duduk rumah aje. Duduk rumah pun kadang kita busy buat kerja ofis."

"Hurm tulah." Mereka berjalan di sekitar taman itu. Masing-masing melihat tingkah laku orang sekeliling yang berada di situ. Ada yang dating, ada yang lepak dengan kawan, ada yang berkeluarga dan ada juga yang bersendirian.

"Abang."

"Ya?"

"Kalau lah satu hari nanti, saya dah tak ada. Abang kahwin lain tak?" Soal Ameera tiba-tiba. Berkerut dahi Zain dibuatnya.

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now