Bab 10

625 31 0
                                    

Hari dah petang. Cik Amee masih lagi fokus pada fail-fail di atas meja. Tanpa sedar jam sudah menginjak pada pukul 5 petang.

Pintu diketuk.

"Masuk."

Jad dan Had menapak masuk ke dalam.

"Cik Amee. Dah pukul lima. Tak nak balik ke?" Cik Amee baru angkat kepala. Matanya memandang ke arah jam di komputernya.

"Eh tak perasan dah pukul lima."

"Kami ingat Cik Amee nak tidur pejabat tadi." Jad menjawab selamba.

"Kau tu aku suruh tidur pejabat baru tau. Sindir-sindir aku pula."

"Yalah. Cik Amee ni bukannya boleh percaya. Kalau dah duduk dalam ofis ni semua benda dia boleh lupa." Jawab Jad lagi. Had hanya diam memerhati. Jarang nak sampuk kalau Jad dan Cik Amee bertekak. Nanti dia-dia sekali kena.

"By the way... Zain dah balik?" Soal Cik Amee sambil tangan mengemas barang di atas meja.

"Err tak tahulah Cik Amee. Nak kami tengok ke?"

"Jomlah sekali turun. Budak tu kalau tak dijenguk entah siapa lagi yang kulikan dia." Ujar Cik Amee seperti risau. Bukan apa, Zain tu kalau dengan dia menjawab pandai tapi dengan Puan Haina tu menikus aje dia. Diam aje tak melawan. Dia pula jadi keliru dia ke Puan Haina tu owner hotel ni? Minggu lepas bila pergi hotel di Seremban tu punya banyak alasan si Zain tu beri sebab tak nak tidur di sana. Padahal esoknya cuti. Bertekak jugalah mereka. Akhirnya Cik Amee yang mengalah. Kalau tidak sampai ke tahun depan tak habis. Sabar ajelah Cik Amee dengan Zain tu. Tapi tak apa, masa banyak lagi. Hek!

Jad dan Had berpandangan.

"Okay Cik Amee." Jawab mereka serentak.

Sampai saja tingkat Zain bekerja, Cik Amee mendahului langkah mereka berdua.

"Kau ni bodoh ke apa? Aku cakap fotostat yang ni. Yang kau pergi fotostat salinan yang memang dah sedia ada kenapa budak?" Suara itu buat langkah Cik Amee terhenti. Dia hanya diam berdiri di dinding yang berhampiran dengan Zain. Dia masih dapat lihat belakang tubuh Zain yang menunduk kerana dimarahi.

"Tapi tadi Puan yang minta buat salinan yang ni."

"Bila masa?! Aku cakap yang ini! Bukan ini!" Dia nampak kertas itu dicampak ke wajah Zain dan jatuh semua kertas itu ke lantai. Zain hanya diam.

"Sebab tu aku tak suka budak bodoh macam kau ni kerja bawah aku. Menyusahkan aku saja!" Kepala Zain itu ditolaknya. Terus Puan Haina masuk ke dalam ofisnya. Dia lihat Zain perlahan menunduk dan mengutip kertas yang berterabur itu.

"Cik Amee. Kenapa Puan Haina tu suka sangat buli Zain?" Soal Jad perlahan.

"Sebab dia lembik." Terus Cik Amee melangkah ke arah Zain.

"Haih. Tak habis kena marah aje. Salah sikit pun kena maki." Zain membebel sambil mengutip kertas-kertas di lantai. Baru saja dia nak capai kertas yang terakhir dia nampak ada kasut boot di hadapannya. Dia mendongak ke atas.

"Eh Cik Amee." Terus dia bangun. Cik Amee pandang dia tajam. Terus dia tunduk. Seram!

"Aku cakap apa? Melawan kalau boleh. Kau tu lelaki." Zain mengeluh.

"Nak lawan macam mana Cik Amee? Dia tu warga tua. Takkan saya nak kurang ajar pula dengan dia?"

Cik Amee ketap bibir. Tengoklah. Dengan dia pandai pula si Zain ni nak menjawab.

"Kalau dah kau tak salah. Lawan ajelah. Eyy geram betul aku dengan dia ni! Dengan aku pandai pula kau menjawab kan?!" Kepala Zain diketuknya geram.

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now