Bab 24

511 27 6
                                    

"Macam mana Uncle?" Soal Cik Amee pada doktor lelaki itu. Doktor Azfar adalah kenalan ayahanda. Dia juga doktor yang selalu beri rawatan kepada manusia-manusia dalam Don Meriz.

"Alhamdulilah. Dia tak apa-apa. Cuma penat. Itu yang dia pengsan. Darah rendah. Tak cukup air. Dan tak cukup khasiat."

"Tak cukup khasiat?"

"Tengoklah badan dia. Tinggi tapi kurus. BMI dia mesti tak normal."

"Tinggi dia 180. Berat dalam 50-60 macam tu."

"Memang overweight." Doktor Azfar geleng kepala.

"So kena tambah berat badan dialah?"

"Yes. Beri dia makanan yang berkhasiat dan seimbang."

"Okay baik Uncle."

"Nanti saya send makanan-makanan yang sihat untuk dia."

"Terima kasih Doktor."

"By the way, may I ask you a question?"

"What is it Uncle?"

"Who is he?"

Cik Amee terus kelu.

"Err my stuff."

"Staf hotel?"

"Ya."

"Kenapa kena belasah? Badan lebam-lebam."

"Badan lebam?"

"Ya. Ada juga kesan-kesan lama."

"What?" Cik Amee tak percaya. Bukan. Dia tak sangka! Tak sangka Zain dibuli teruk begini.

"Ya. Saya rasa dia mangsa keganasan. Kesian tengok badan dia."

"Shit." Bisik Cik Amee perlahan dan keras. Dia ketap bibir. Jemarinya digenggam erat.

"Don't worry. He will be fine Amee. Amee cuma berikan dia rehat. Ubat uncle dah sediakan. Lihat preskripsi yang ada di atas tu. Kalau ada rasa sakit di mana-mana bahagian badan. Bawa dia pergi hospital. Buat X-ray. Takut ada patah ke retak ke. Bahaya nanti. Boleh Amee?"

"Boleh Uncle. Thanks for your emergency coming."

"Nahhh... don't worry. Saya berkhidmat untuk pesakit."

Mereka terus melangkah keluar dari bilik itu. Cik Amee hantar Doktor Azfar ke muka pintu.

Selepas itu Cik Amee bergerak ke arah Jad dan Had yang sedang minum di dapur.

"Zain okay?" Had menyoal. Banyak pula dia bercakap sekarang.

"Okay. Cuma aku tak puas hati ni."

"Apa dia?"

"Uncle beritahu kat badan Zain ada bekas lebam. Banyak. Bukan yang baru tadi tu aje. Bekas lebam lama pun ada."

"What?" Kembar dua-dua dah melopong.

"Aku silap lambat bertindak." Cik Amee mengeluh. Dia sedih lihat keadaan Zain begitu. Dia terasa sakit sekali. Apa orang kata, cubit peha kanan peha kiri terasa. Haa macam tulah dia rasa sekarang.

"Jangan mengeluh Cik Amee. Kami pun rasa bersalah. Tapi sekurangnya kita dah buat yang sepatutnya. Kita dah bawa Zain keluar dari neraka tu." Ujar Jad.

"Lepas ni beli makanan berkhasiat."

"Selama ni tak berkhasiat ke kita makan?"

"Berkhasiat untuk Zain."

"Ha?" Tercengang lagi si kembar tu.

"Uncle kata Zain underweight. Aku nak dia ada BMI yang normal. Aku nak train dia jadi lelaki kuat bukan lembik lagi. Korang berdua kena tolong aku." Cik Amee sudah berkobar-kobar. Dia tak sabar nak tengok orang yang buli Zain mula tunduk pada Zain! Hah! Masa tu dia yang gelak besar! Padan muka!

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now