Bab 47

219 16 0
                                    

Pemergian Zain ke Melaka membawa seluruh hati Ameera ke sana. Ameera kembali sibuk dan tidak menghiraukan orang lain.

Zain termenung jauh memikirkan masalah yang dihadapinya sekarang. Isterinya sekarang susah benar nak dihubungi. Selalu aje panggilan dia dipalau. Ini pun sudah berkali kali dia menghubungi Ameera masih tiada jawapan.

Terus dia mendail nombor Jad. Ini saja jalan terakhirnya.

"Meera mana?"

"Ada tu dalam ofis. Sibuk aje. Kenapa tak call dia?" jawab Jad. Pelik dia Zain telefon dia tanya si bos yang tengah sibuk tu.

"Aku dah call tapi tak jawab. Voicemail yang angkat."

"Ouh. Dia tak perasan kot." Ujar Jad cuba menenangkan hati Zain.

"Meera okay tak kat sana?" Soal Zain risau. Gila tak risau, payah benar nak bercakap dengan isterinya itu.

"Okay aje. Asal?"

"Dia macam jauh lah dari aku." Luah Zain. Budak kembar ini saja tempat dia meluah. Siapa lgi kan? Kang tiba-tiba cakap dengan tembok, risau orang ingat gila nanti. HAHAHAH

"Memanglah jauh. Kau kat Melaka dia kat KL." jawab Jad selamba. Macam tak ada perasaan betul budak bertuah ni.

"No. I mean... jauh dari hati." Zain mengeluh perlahan. Dia rindu Ameera.

"Ha? Apasal?"

"Tak tahu. Dia macam dingin dengan aku."

"Eh kenapa pula?"

"Mana aku tahu. Sebab tu aku call kau."

"Tapi Zain... di rumah dia macam rindu kau." Had menyampuk.

"Ya?"

"Ya. Dia selalu minta bibik masak lauk macam kau masak dalam resepi tu." jawab Had lagi. Dia memang memerhati tingkah Ameera semasa ketiadaan Zain ni. Pelik-pelik dah bos dia seorang tu.

"Ouh." Kecewa sikit Zain bila tahu Ameera tak masak sendiri resepi tu.

Hisy! Tak apa lah... nanti-nanti dia masaklah. Zain cuba berfikiran positif.

"Kau sendiri tahu dia mana makan makanan melayu. Tapi sekarang dia makan sampai habis. Dia sorang boleh habiskan satu hidangan tu." Sambung Jad.

"Erm... Kalau rindu kenapa dingin?"

"Sebab dia tak nak lebih rindu." Had menjawab.

"Aku yang rindu dia sekarang."

"Nak buat macam mana. Dia cuba tahan perasaan daripada untuk rindu kau. Dan sekarang memang nampak dia cuba sibuk kan diri. Macam tak nak fikir pasal kau." Ujar Jad. Itu pandangan dia dengan Had selama dua merpati sejoli itu berjauhan.

"Haih..." Zain pejam mata. Bersandar dia di kerusi empuk itu. Di Melaka, semua kemudahan Ameera telah sediakan padanya. Teringat hari pertama dia sampai rumah di Melaka ini. Sebuah rumah dua tingkat sudah disediakan oleh Ameera. Kawasan perumahan elit pula tu.

Masuk rumah, semua benda dah lengkap. Sampai kan dalam peti ais pun macam-macam bahan masak ada. Semua cukup serba serbi. Terharu betul bila Ameera terlalu fikirkan kebajikannya.

Tak pernah dia rasa lengkap seperti itu. Lebih-lebih lagi sejak kehilangan ibu tersayang berbelas tahun dulu.

"Zain."

"Ya."

"Kau orite tak orite?" Soalan Jad itu disambut dengan keluhan.

"Okay aje. Nanti minta dia call aku eh."

"Alright boskur."

Talian terus dimatikan. Zain bersandar sambil pejam mata. Entah kenapa kepala dia rasa berpusing. Pening fikirkan si isteri di negeri sebelah.

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now