Bab 50 ⚠️

692 15 0
                                    

"Cik Amee!"

Jad dan Had berlari ke arah Ameera yang sudah terduduk di lantai itu. Anak-anak buah Ameera yang lain sudah berlari mengejar Roy dengan pistol.

"Abang!" Ameera menjerit kuat. Namun jeritannya berselang seli dengan erangan. Tangannya yang melekap di bahagian kaki sudah mula mengeluarkan darah. Namun dalam masa yang sama perutnya juga tegang.

Ameera gagahkan dirinya untuk bangkit namun tubuhnya tidak kuat. Kakinya semakin lemah. Perutnya seperti ditarik-tarik. Dia menangis teresak-esak melihat kereta Roy meluncur laju meninggalkan kawasan rumah ini.

"Zain!" Ameera menangis. Mengongoi sendiri.

"Cik Amee... jangan bergerak!" Had beri arahan. Mereka sudah menelefon Ayahanda dan doktor.

"Zain... tolong cari dia." Air mata Ameera tak sudah-sudah keluar dari matanya. Hilang sudah riak tegas dan ganas seorang mafia di wajah itu. Yang tinggal hanya wajah yang penuh kesedihan.

"Ya kami akan cari dia." Jawab Jad.

"Cik Amee. Bahagian kaki aje kan kena tembak."

"Ya." Ameera sudah mula terbaring. Perutnya tegang seperti tidak mahu dia duduk lagi. Dia tak mampu menahan sakit lagi.

"Tapi kenapa macam bahagian lain pun berdarah ni?" Soal Jad apabila darah yang mengalir bukan dari kaki, tapi dari bahagian bawah perut Ameera.

"Ha?" Ameera menyahut perlahan. Lemah. Ameera sudah mula hilang deria pandangan. Pandangannya mula berpinar dan berpusing. Tak lama selepas itu pandangannya hitam.

"Cik Amee!"

🛡🛡🛡

Ameera melangkah ke dalam gudang diikuti kumpulan DFB di belakangnya. Kakinya melangkah ke bilik bawah tanah. Bilik penyeksaan dia masuk dan Darius Buzan juga mengikuti langkahnya.  Masuk saja mereka sudah nampak seorang lelaki dan seorang perempuan sudah terikat di kerusi.

"Ambil pistol ni Meera. Tembak salah satu yg kau nak." Ameera pandang pistol di tangan. Kemudian dia pandang Alfi dan Darina silih berganti.

"Betul ke apa yang Darius cakap tadi?" Soal Ameera lembut saja. Alfi sudah menunduk. Darina melalak tak sudah.

"Jawablah!" Kuat suara Ameera melantun.

"I'm sorry Fya." Jawab Alfi perlahan. Ameera ketap bibir.

"Diam!"

"Kau Darina! Betul ke apa papa kau cakap?!" Darina tunduk. Masih menangis.

"Siallah!" Dia sepak Alfi. Alfi jatuh tergolek.

"Aku sayang kau tahu tak? Apasal kau buat aku macam ni? Ha?! Sebab aku ni tak lembut macam dia ni? Tak cantik macam dia? Tak pakai mekap macam dia? Hah?!" Kolar baju Alfi dia tarik. Terjerut leher Alfi dibuatnya.

"Jawablah!"

"Ya! Sebab you hanya pentingkan diri you saja! You tak kisah pasal I! Yang you tahu nak bergaduh! Bertumbuk! Menembak! Itu saja. I ni you tak ambil peduli langsung! Apa makna bercinta kalau tak ada perhatian ha?!" Ameera terdiam. Tak lama lepas tu dia senyum sinis. Dia tolak Alfi menjauh.

"Habis duit yang aku keluarkan untuk kau tu pun aku pentingkan diri juga? Apa yang kau nak semua aku bagi, itu pun bukan perhatian yang kau nak ke? Cakap ajelah yang kau nak pantat kan sebenarnya!" Rambut Alfi ditarik dan Alfi mengerang kesakitan.

"Semua keluar."

"Cik Amee?" Jad bersuara. Biar betul? Anak-anak buah Ameera semua berpandangan. Risau.

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now