Bab 42

588 30 2
                                    

"Meera serius ke nak abang pergi pejabat?" Soal Zain sekali lagi. Was-was. Ragu-ragu. Semua ada.

"Ya. Seriuslah. Abang tolong uruskan mana yang patut. Meera dah inform Fira untuk ajarkan abang kalau abang tak tahu. Tolonglah abang. Abang saja harapan Meera nak uruskan hotel tu."

"Mulalah tu ayat pasrah." Ameera ketawa. Zain tahu betul ayat-ayat Ameera tu.

"Mana ada. Meera cakap betul ni."

"Yalah sayang. Abang pergi. Nanti tengah hari abang balik. Boleh?"

"Boleh. Macam tu lah suami Meera. Meh kiss sikit." Pipi Zain dia kucup lembut. Zain hanya senyum. Ada-ada saja isteri dia ni. Suka betul bermanja.

"Meera ni suka betul ambil kesempatan kan?" Hidung Ameera disepitnya geram.

"Alah dengan suami sendiri. Bukan dengan orang lain. Nak Meera kiss kembar ke?"

"Aip! Itu minta kena terajang namanya." Ameera ketawa. Terpapar wajah cemburu Zain.

"Haa dah tu jangan merungut bila Meera kiss abang."

"Mana ada merungut, abang suka adalah. Nah kiss lah lagi." Zain suakan pipinya pada Ameera. Ameera ketawa namun dia kucup juga pipi Zain sekali lagi.

"Itu aje? Eleh ingat nak cium satu muka."

"Amboi abang ni. Meera kalau cium satu muka takut abang tak pergi kerja pula kejap lagi."

"Sakit-sakit pun ada hati lagi tu."

"Eee abang ni!" Ameera tampar lengan Zain. Zain ketawa.

"Yalah-yalah. Dah jangan nak marah-marah. Nanti bertambah kedut kat muka tu."

"Muka Meera berkedut ke?" Zain ketawa lagi.

"Abang! Meera tanya ni!"

"Yang Meera gelabah sangat kenapa?"

"Yalah Meera dah masuk three series. Mestilah risau. Abang lainlah baru 26 tahun."

"Lah... janganlah macam tu. 26 ke 36 ke abang tetap suami Meera."

"Yalah mana tahu abang nak cari perempuan lagi muda ke? Lagi lawa ke kan?" Ameera mula muncung. Zain ketawa saja. Kelakar bila melihat wajah cemberut Ameera itu.

"Abang ada bau lah." Zain acah menghidu di wajah Ameera.

"Bau apa pula? Tadi berkedut ni bau busuk pula!" Ameera dah bengang.

"Bau orang cemburu."

"Eeee bencilah!" Ameera tolak tubuh Zain yang duduk dekat dengannya itu. Zain hanya ketawa saja dari tadi.

"Dah. Tak mahu benci-benci. Abang nak sayang-sayang aje. Meh sini kiss sikit." Dahi Ameera jadi sasaran. Wajah Ameera masih cemberut.

"Hey. Listen here." Kepala Ameera di tarik dan mata mereka bertentangan.

"I'm yours okay. Abang suami Ameera. Abang cintakan isteri abang seorang saja. Tak ada galang gantinya. Sebab Ameera Afya sorang saja mampu melindungi suami dia yang lembik ni." Ameera terus mencebik menahan rasa terharu. Terus dia dakap tubuh Zain.

"I love you more tau." Gumam Ameera perlahan. Zain usap belakang badan Ameera.

"Ya abang tahu. Sebab tu abang tak pandang perempuan lain. Abang pandang Ameera sorang saja." Sempat dia hidu rambut si isteri.

"Erm."

"Woi! Buat apa?!" Jad menyergah. Mereka berpaling ke arah pintu.

"Sibuk lah dia ni." Ameera merungut perlahan. Pelukan tadi diregangkan. Namun jemari mereka pula bertaut. Zain hanya senyum.

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now