Bab 1

1.3K 45 0
                                    

Kopi starbuck yang masih hangat itu Cik Amee capai dan hirup perlahan. Matanya tak lepas dari menghadap iPad diribanya. Kereta masih lagi berada di atas jalan raya menuju ke hotel D'Meriz.

"Jad."

"Ya Cik Amee."

"Queen Snake ada cakap apa-apa tentang hari tu?" Soal Cik Amee sambil tangannya bermain di atas iPad.

"Queen Snake tak kata apa Cik Amee. Cuma dia kata kalau kita perlukan bantuan dia, kita boleh contact dia." Ujar Jad sambil mengerling ke belakang. Cik Amee angguk perlahan. Bukan mudah nak beri bantuan pada Queen Snake itu. Lain macam rancangan dia. Lagipun, Queen Snake rakan baharu dalam dunia gelapnya. Bukan calang-calang orang Queen tu.

"Tapi Cik Amee, Queen tu bukan biasa-biasa ek. Dia baru aje dalam dunia mafia ni. Tapi dia boleh handle satu D'Rose tu. Cik Amee yang dah lama dalam mafia pun masih lagi dalam kumpulan kecil."

Pakk!

Bahu Jad ditepuk kuat oleh pemandu di sebelahnya. Dia berpaling dan mata Had menjelingnya tajam. Jad terus tekup mulut sendiri. Nasib baik abang kembarnya beri signal awal. Kalau tak lagi banyak dia bercakap.

"Kau cuba nak bandingkan aku ke Jad?" Soal Cik Amee sambil matanya memandang ke hadapan. Umpama memandang Jad sehingga tembus. Jad pantas berpaling.

"Tak. Bukan macam tu. Cik Amee pun apa kurangnya. Hebat juga. Mampu..."

"Diam." Jad terus ketap bibir. Had di sebelah hanya mampu geleng kepala. Laju sangat mulut bercakap. Padan muka!

"Kita dah sampai Cik Amee." Ujar Had sebelum melihat Cik Amee di cermin tengah itu. Cik Amee angguk perlahan. Terus dia buka pintu kereta itu sendiri. Sebelum dia keluar sempat dia bersuara.

"Ahmad Jadid. Kau tunggu masalah kau akan sampai kejap lagi." Ujar Cik Amee dengan senyum sinis. Jad dah ketap bibir. Urgh! Entah apa nasib dia kejap lagi.

Cik Amee perlahan turun dan kakinya mencecah tile hotel yang berkilat itu. Dia berjalan dengan lagak tegapnya masuk ke dalam lobi hotel. Dua lelaki berbadan tegap mengikutnya dari belakang.

Sepanjang dia berjalan, semua staf menunduk hormat dan mengucap selamat pagi. Dia hanya tunduk sedikit tanpa senyum. Sebagai tanda dia mendengar ucapan itu. Wajah beku itu sudah biasa ditayangnya kepada semua pekerja.

Mereka bertiga masuk ke dalam lif. Personal lift. Hanya orang penting saja boleh menggunakan lif itu. Lif itu juga tersorok daripada pandangan mata orang lain.

"Cik Amee."

"Ya?"

"Fira inform aku, Cik Amee ada meeting pukul 10 pagi ni." Had berkata dengan nada mendatar.

"Okay. Had nanti sediakan kereta. Jad suruh Fira sediakan minit mesyuarat. Pastikan dia ikut aku sekali."

"Baik Cik Amee." Had dan Jad berkata serentak. Wajah mereka bertiga beku tiada reaksi.

Terbuka saja lif pejabat. Pembantu peribadinya sudah berada di hadapan lif.

"Cik Amee!"

"Apa?" Soal Cik Amee tegas pada PA nya, Fira.

"Ada pengunjung tak puas hati dengan layanan hotel kita."

"Sebab?"

"Dia kata housekeeping tak buat kerja. Makanan tak serve dengan baik. Pelayan tetamu tidak mesra."

Terjungkit sebelah kening Cik Amee.

"Dia cakap apa lagi?"

"Dia nak viralkan hotel ni."

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now