Bab 65

306 13 0
                                    

Suasana meriah itu mula senyap apabila kadi mula duduk dihadapan pengantin lelaki. Segala borang dan surat ditandatangani oleh pengantin sambil diselang seli sakat dari tok kadi sendiri. Naik merah muka pengantin lelaki.

"Bersedia pengantin lelaki?" Soal tok kadi apabila semua yang perlu di tandatangan sudah selesai.

"Saya sedia." Jawab pengantin lelaki dengan tenang.

"Baiklah mari kita mulakan."

Tok kadi hulur tangan dan pengantin lelaki menyambut huluran itu.

"Ahmad Jadid bin Ahmad Khalid."

"Ya saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Noor Azfarina Fairin binti Noor Azfar dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit tunai."

"Aku terima nikah Noor Azfarina Fairin binti Noor Azfar dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah"

"Sah."

"Alhamdulilah. Bismillah..." Mula saja doa dari tok kadi, air mata Jad mula mengalir perlahan. Tadi sempat dia toleh ke belakang melihat wajah-wajah sekelilingnya. Tapi satu wajah yang kurang.

Cik Amee.

Kau menang Cik Amee. Aku kalah. Aku yang menangis sekarang, sebab kau tak ada di majlis ni. Kau sepatutnya disini dengan kami.

Kata-kata itu hanya terlafaz dalam hati saja. Rasa sebak itu dia cuba sehabis baik untuk tahan. Dia risau orang pelik tengok dia nangis beria-ia pula nanti.

Selesai majlis akad nikah, Jad terus mencari Zain. Zain yang sedang menggendong Ardell itu pantas didakap erat.

"Eh kenapa ni?" Soal Zain terkejut. Ardell yang sedang terlelap juga terganggu.

"Terima kasih datang dan bantu aku untuk majlis ni." Ucap Jad selepas meleraikan pelukan itu. Matanya sudah memerah menahan tangis.

"Alah, tak ada apa lah. Masa aku kahwin pun kau dengan Had juga banyak bantu." Zain tepuk bahu Jad. Dia tahu apa yang terbuku di hati Jad itu. Zain senyum nipis.

"Tadi lepas nikah, aku rasa ada yang kosong. Ada yang tak ada." Ujar Jad perlahan. Dia menunduk. Tak mampu melihat wajah Zain. Zain senyum saja.

"Dah lah. Yang pergi, biarkan pergi. Dia pun mesti happy kalau ada dekat sini. Jangan sedih-sedih. Ini majlis bahagia kau." Zain tepuk-tepuk bahu Jad. Jad kesat air mata yang mengalir. Tak sangka dia boleh nangis sebab Cik Amee tak ada. Selama ni kemana dia pergi mesti Cik Amee akan ada dan akan tahu. Akan bantu dia dalam semua hal.

Cik Amee itu dah umpama kakak merangkap mak dia dan Had. Semua benda Cik Amee yang tentukan, uruskan. Sekarang semua buat sendiri. Dia rasa ada yang kosong.

"Dah-dah. Nasib lah minggu lepas si Had tu tak melalak macam ni." Ujar Zain sambil ketawa. Jad mencebik.

"Kau ni karang, kalau kena debik, kau pula yang menangis." Jawab Jad menyampah. Sempat pula si Zain ni nak bergurau. Zain ketawa.

"Dah. Pergilah balik hotel dulu. Kejap lagi nak majlis belah petang pula."

"Yalah. Nanti apa-apa roger. Kau tu balik siap-siap juga."

"Ya tahulah aku."

"Bye Ardell. Kejap lagi kita jumpa lagi." Sempat dicuit pipi si kecil itu. Ardell tetap tidak terganggu, masih lena tidur di dada babahnya.

"Jom kita balik ya Ardell. Nak tukar baju lagi." Zain melangkah terus ke kereta miliknya.

🛡️🛡️🛡️

Malam hari, Zain termenung memandang langit. Tersenyum sendiri teringat bidadari syurganya.

"Seronoknya kalau sayang ada di sini sekali." Zain berpaling ke arah katil. Ardell sudah lena dibuai mimpi. Puas dia memujuk si kecil itu tadi. Tiba-tiba meraung tak makan pujuk. Akhir sekali si pengantin perempuan yang kendong baru dia senyap. Mungkin dia nak bau perempuan kot. Atau mungkin dia rindu mummynya.

"Anak kita dah makin membesar sayang. Serupa perangai Meera. Kecil-kecil dah garang. Kecil-kecil dah pandai memilih makanan orang putih." Zain tertawa kecil. Zain baring di sebelah anaknya. Wajah si kecil itu ditatapnya dalam-dalam.

"Terubat juga rindu abang bila tengok muka Ardell. Rindu sangat dengan sayang." Pipi si kecil itu dikucup geram. Tidur pun comel.

"Majlis Jad hari ni berjalan lancar sayang. Semuanya berkat usaha sayang juga." Zain senyum sendiri. Teringat dia setelah semua reda, dia masuk ke pejabat Ameera. Segala tempahan dan detail untuk perkahwinan Jad dan Had sudah Ameera sediakan. Mereka tinggal bantu untuk melangsungkan perkahwinan saja. Semua urusan butik, hotel, senarai hantaran semua Ameera dah buat. Mereka cuma beli dan berjumpa dengan pengurus yang sepatutnya.

Tak sangka Ameera betul-betul bersiap sedia untuk majlis kembar. Yang tinggal hanya baju Ameera sendiri yang ingin dia beli untuk majlis saja. Macam tahu saja, dia tak akan pakai baju itu kalau dia beli.

Mata Zain mula memanas. Hatinya mula dipanah rindu. Sungguh rindu ini sangat sakit. Lagi sakit daripada rindu dia berjauhan dengan Ameera sebelum ini. Rindu ini tiada penghujung. Tiada lagi senyum tawa Ameera yang dapat dia lihat. Hanya foto dan video menjadi pengubat rindu.

"Abang akan jaga Ardell baik-baik. Sepertimana yang sayang harapkan."

Ardell merengek perlahan. Pantas Zain tepuk lembut bahu si kecil itu. Dalam dakapan Ardell terselit baju Ameera. Sekarang ke mana-mana baju itu akan dibawa untuk menemani malam mereka berdua. Itu saja cara untuk Zain dan Ardell tidur lebih nyenyak.

Perlahan Zain baring dan memeluk si kecil itu. Berharap agar mimpinya ditemani bidadari syurga yang dia rindui.

Abang rindu Meera. Sangat-sangat. Semoga bidadari syurga abang tenang di sana. Tunggu abang ya sayang.

———
⚔️⚔️⚔️

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now