Bab 63

183 11 0
                                    

Zain melangkah ke arah Ameera yang termenung jauh di balkoni itu. Perlahan dia memeluk tubuh itu dari belakang. Kepala disandarkan ke bahu si isteri. Ameera melirik ke belakang dan tersenyum. Lengan si suami dipeluk erat.

"Menung aje sayang abang ni. Okay tak?" Soal Zain lembut. Sempat dia kucup pipi mulus si isteri. Ameera senyum tawar.

"Okay saja. Kenapa?"

"Abang tengok sayang termenung je semenjak ni. Kenapa? Ada masalah ke? Kalau nak share, abang ada aje kat sini untuk sayang." Jemari si isteri dielus lembut. Ameera diam.

"Ke sayang risau majlis kembar nanti?" Soal Zain lagi.

"Tak ada lah. Meera cuma rindu."

"Rindu?"

"Rindu ibu. Rindu adik." Jawab Ameera perlahan. Ya, sekarang ni memang dia sedang merindui wajah yang sudah lama tidak dapat dia tatap itu. Entah kenapa hati dia rasa terlalu rindu. Bila teringat kenangan lama. Dia jadi lupa keadaan dia yang sekarang.

"Sayang nak ziarah kubur mereka?"

"Nak. Tapi nantilah. Sekarang kan kita sibuk." Ucap Ameera lembut.

"Nanti kita pergi ya? Sian isteri abang ni. Jangan sedih-sedih okay? Abang ada. Apa-apa sayang nak, beritahu aje abang." Ubun-ubun Ameera dikucupnya lama. Ameera menghela nafas berat. Ada perkara lain lagi yang dia risaukan. Tapi dia tak mampu nak beritahu Zain dan yang lain.

Matanya tertumpu ke satu arah yang buatkan dia tahu, mereka sedang diperhatikan.

"Abang, jom masuk." Ameera merungkai pelukan hangat tadi dan dia tarik tangan Zain ke dalam.

"Sayang..."

"Ya?" Ameera menoleh ke arah Zain. Langkahnya terhenti. Zain perlahan menapak dihadapan Ameera, perlahan dahi itu dikucupnya hangat. Terpejam Ameera menerima kucupan lembut itu. Perlahan terasa tubuhnya didakap erat oleh Zain.

"Abang sayang Ameera. Sayang sangat. Jangan tinggalkan abang. Abang janji, abang takkan tinggalkan isteri abang lagi." Kata-kata Zain buatkan Ameera sebak. Matanya terus berkaca. Pelukan itu dibalasnya lembut.

"Meera sayang abang lebih. Nyawa Meera sanggup dipertaruhkan hanya untuk abang."

"Jangan macam tu. Nyawa sayang umpama nyawa abang juga."

Ameera pejam mata. Tidak mahu rasa sebak itu mengganggu mereka ketika ini. Nafas ditarik dalam-dalam dan dihela perlahan. Ameera memandang Zain yang mata juga sudah berkaca, namun senyuman manis itu tetap diberi pada si isteri.

"Abang jangan sedih kalau suatu hari Ameera tak ada." Ucap Ameera sambil mengusap pipi Zain.

"Jangan cakap macam tu. Abang tak mampu nak hadapi. Abang lebih rela, abang yang pergi dulu."

Malam itu, mereka diselubungi rasa sayu. Entah kenapa kedua-duanya takut kehilangan masing-masing. Sampaikan dua-dua tidak mampu melelapkan mata. Berjaga melihat si kecil yang nyenyak tidur itu.

🛡️🛡️🛡️

Pagi lagi Ameera sudah hilang dari rumah. Zain bangun dengan perasaan bingung. Yang ada cuma chat yang dikirim melalui WhatsApp.

Meera keluar awal harini.

Ada urgent meeting.

Ardell, Meera dah hantar ke rumah ayahanda tau.

Zain menghembus nafas berat. Kenapa sejak-sejak ini dia sering rasa tidak sedap hati? Dia tidak tahu apa yang si isteri cuba sembunyikan. Dia tahu ada yang Ameera simpan sendiri dan tidak mahu dia tahu. Tapi apa dia?

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now