Bab 26

492 22 1
                                    

Minggu pertama latihan...

Cik Amee mula senaman cardio dahulu. Tak nak badan Zain terkejut. Ceh... Tapi rasanya memang terkejut segala otot dalam badan Zain.

"Cepat Zain. Si kembar tu dah masuk 50. Kau baru 10 ni." Cik Amee sudah bersila sebelah Zain yang menggigil bumping itu. Mata dia sempat mengerling ke arah Had dan Jad. Mereka sama-sama turun dan naik buat bumping. Suara pun kuat mengira.

"Saya ta... tak bi... biasa." Cakap pun dah terketar-ketar.

"Takkan dalam 20 bumping pun susah dalam seminit?"

Zain terus meniarap. Dia tak larat. Cik Amee kira lain macam kot! Satu kali turun dalam 1 minit. Mana dia tak gigil? Hah!

"Budak-budak aku selalu aku train macam tu. Tapi tak adalah sampai 10 kali turun dah gigil."

"Kan saya cakap saya tak biasa. Nak buat benda ni pun payah. Tak pernah terlintas saya nak buat benda ni. Banyak lagi kerja lain saya boleh buat." Zain dah pejam mata. Penat. Lengan dia dah rasa macam menggigil. Lenguh gila!

Cik Amee dah geleng kepala. Susah juga nak latih orang yang fresh dari ladang ni. Dia pandang wajah Zain yang berpeluh-peluh itu. Dia capai tuala kecil di sisi Zain dan dia lap perlahan wajah Zain.

Zain terus buka mata. Terkejut. Dia pandang Cik Amee yang beriak biasa itu. Hati dia pula yang tak biasa. Lain maciam!

"Cik Amee settle 100!" Jad menjerit. Mereka berdua sudah duduk bersila pandang Cik Amee.

"Sit-up 100."

"Oraittt!"

Mereka baring dan kaki dibengkokkan. Mereka mula bangun separa dan baring kembali. Di ulang sehingga 100 kali. Alah macam mana nak explain. Tahu kan? Hahahahaha

Zain hanya mampu melihat. Dia dah rasa putus asa. Serius dia tak larat!

"Buat bumping semula. Aku nak tengok dalam 30 saat kau dapat berapa." Cik Amee bangun. Dia peluk tubuh melihat Zain di lantai.

"Penatlah Cik Amee."

"Buat. Pergi lantak sama penat tu. Kau kena kuat semangat untuk belajar benda ni. Kalau tak sampai kau dah ada cucu cicit pun kau lembik!"

"Alah bini saya pun mungkin tak kisah. Anak cucu cicit saya pun takkan tahu."

"Siapa cakap tak kisah?" Keras suara Cik Amee menyoal. Matanya bulat memandang Zain.

"Yalah. Kalau korang tak bocor rahsia dorang tak tahulah."

"Masalahnya they already know." Ujar Cik Amee perlahan. Dia mengeluh.

"Apa Cik Amee?" Zain pandang Cik Amee tunak.

"Tak ada apa lah. Jad. Had. Kau train budak ni."

"Cik Amee nak ke mana?"

"Keluar. Panas." Cik Amee terus keluar. Mereka dah pelik.

"Kau buat apa dengan dia?" Soal Jad.

"Tak ada apa."

"Dah sambung apa yang dia suruh buat."

"Okay." Jad dan Had pula ambil alih training Zain. Cik Amee masuk selepas setengah jam dia keluar. Dia hanya memerhati. Mungkin Zain selesa dilatih dengan lelaki. Cik Amee mengeluh perlahan.

"Cik Amee main asap eh?" Jad tunjuk isyarat dua jari di bibir. Cik Amee mencebik. Diam sudahlah.

Zain hanya menjeling sekilas. Cik Amee merokok? Sesekali dia pandang wajah Cik Amee yang beku dan serius itu.

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now