11 Hours To Boston: Bab 1

4.1K 171 7
                                    

       "Iye Safa, kau janganlah risau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       "Iye Safa, kau janganlah risau.. kakak tahulah, lima bulan aje lepas tu kakak baliklah Malaysia. Cuti ni kakak dah mohon lama." Beria sungguh suaranya meyakinkan si adik di balik corong telefon.

Sengaja dia buka pembesar suara kerana sambil mulut berbicara, tangan sibuk menggayakan rambut panjang paras pinggangnya itu menjadi bentuk sanggul yang cukup sempurna.

"Memanglah, aku bukan risaukan kau tak balik, selama ni, sejak kau jadi pramugari dekat Turki tu pun, bukannya kau tak balik..." Balas adiknya pula. Dia mengerutkan dahi ke arah telefon.

"Habis? Yang kau beria suruh aku balik cepat kenapa?" Soalannya itu menyebabkan Safa melepaskan keluhan.

"Ini pasal ibu dengan abah. Kau bukan tak tahu, lagi lama kau tak ada, lagi bisinglah diorang. Macam-macam dikatanya." Bebel Safa. Dia geleng kepala.

Scarf pramugari berona kelabu cair serta campuran beberapa corak terukir yang berwarna merah itu dilihat pada leher putihnya, selesai, dia ikatkan kemas. Setelah itu, dia lanjutkan bicara.

"Biarlah diorang nak bising mengata kakak, yang penting, kakak tahu apa kakak buat, kakak pergi Boston nak tenangkan diri, kebetulan kakak dah dapat peluang cuti ni, dah lama sangat kakak asyik sibuk fikirkan kerja travel sana sini none stop. Logiklah kalau kakak mohon cuti lima bulan ni. Alah, lima bulan aje pun."

Dia balas tenang. Yalah, bukan dia tidak tahu, ibu dan abah masih tidak terima saat dia memilih minatnya untuk menjadi seorang pramugari.

Bagi mereka lebih elok jika dia sambung belajar dan menjadi seorang guru di sekolah. Tetapi apakan daya, dia tidak mahu hidup di dalam cita-cita orang tuanya. Dia cuma mahu hidup gembira dengan cita-cita dan impiannya.

Sambil-sambil itu, topi seragam pramugari Turkish Airlines berwarna merah, dipakaikan di kepala. Lengkap pakaian seragam pramugari syarikat penerbangan itu, dia akhirnya bangun dari kerusi meja soleknya.

"Eh, oklah Safa, kakak kena gerak ni, flight pukul 7.15 kejap lagi. Apa-apa I'll tell you later." Si adik di balik corong telefon sana, mengeyakan.

Telefon pintarnya itu diambil, lalu panggilan tadi dimatikan. Handbag khas buat pramugari Turkish Airlines yang sudah sedia diletakkan di atas luggagenya itu dicapai. Telefon dimasukkan.

Sebelum langkah diatur keluar dari apartment miliknya itu, dia sempat kerling diri di hadapan cermin. Cermin yang memantulkan imej dirinya itu menyebabkan segaris senyuman indah terukir.

"No more cry, no more sad.." Keyakinan usai ditambah dalam diri, dua tahun dia menderita akibat kisah cinta lama. Kini, dia perlu bangkit. Come on Nedine! Use this chance to fix yourself! To fix everything!

Dia akhirnya menarik luggagenya menuju ke tempat rak kasut diletakkan. Sebaik heels merah terang yang terhias dengan reben warna hitam khas direka buat pramugari-pramugari Turkish Airlines itu kemas tersarung di kaki, dia mengorak langkah keluar meninggalkan rumah.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now