11 Hours To Boston: Bab 38

1.7K 73 4
                                    

"Tahu, suka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tahu, suka.. habis? Apa yang ditunggukan lagi?" Kata-kata mama dibalik telefon itu, buatkan dia yang masih bersandar pada kepala katil, senyap.

Setelah jenuh memikir jawapan, bibir putih yang kelihatan pucat itu, mula berkata-kata.

"Bukan apa, tapi, Essac kalau boleh nak tunggu habis belajar tengah tahun ni. Tengah tahun ni akhir ma."

Dia beri penjelasan bodoh. Sejujurnya, pengajiannya, cumalah satu alasan. Dia sememangnya ada masalah lain untuk melakukan gerakan yang seterusnya.

"Itu anak dara orang. Tak elok kekalkan hubungan tak berpenghujung begitu sampai sudah. Mama pesan awal-awal. Tak mahu Essac silap langkah, cukuplah mama tengok Edward sakit sejak arwah Clarissa tiada ni. Essac tak nak menyesal kemudian hari bukan?"

Sejujurnya, ya. Dia setuju dengan mamanya. Sepanjang tempoh beberapa tahun ini, dia banyak belajar tentang hal seperti ini. Dari kisah Edwis dan kakak iparnya, Qiura, dia belajar berjuta perkara. Kisah Eric dan kakak iparnya, Airis juga membawa sedikit sebanyak perkara baru dalam hidupnya.

Apakan lagi kisah paling tragis antara Edward dan arwah kakak iparnya, Clarissa. Daripada semua kisah percintaan abang-abangnya, dia sedar akan satu perkara. Wanita ialah permata. Apa yang perlu dilakukan terhadap permata? Sudah tentu tidak mensiakannya.

Malah, perkara pertama yang dia sudah buat pada permata hatinya? Ya, dia sudah terlebih dahulu mensiakan Safieyah Nedinena.

"Tahu.. tapi bagi Sac sikit lagi masa. Essac serius ni. Kali ini, bukan main-main lagi. Essac akan balik Malaysia lepas graduation. Nanti, kita bincang di sana terus."

Puan Sri Emelda mengangguk kepala sambil beberapa kali melepaskan keluhan kecil. "Yelah. Ini, dia datang lagi rumah Essac ke? Essac dah sihat ke belum?"

"Sudah. Cuma suhu badan belum pulih lagi macam biasa. Tapi Essac dah ok. Mama jangan risau."

Mendengar penerangan anaknya itu, dia diselubungi rasa lega. "Ini, Safieyah tu.. lawa ke budaknya? Dia kerja apa? Orang mana?"

Essac ketawa sendiri dengan soalan mamanya. Macam lepas saja dia nak jadikan Nedine menantu keluarganya ini.

"Nantilah Essac reveal dia. Ok ma, Essac nak sambung rehat ni.. Assalamualaikum."

Sebaik salam habis dijawab, Puan Sri Emelda letak telefonnya. Kepala digelengkan beberapa kali, sehinggalah munculnya kelibat sang suami dari belakang mengejut dia.

"Melda.." Mata dialih ke arah suara itu. Dia lemparkan segaris indah senyuman manis. "Bang.." Suaminya disahut kembali.

"Cakap dengan siapa?" Soal Tan Sri Danish seraya punggung dilabuhkan berhadapan dengan sofa isterinya.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now