11 Hours To Boston: Bab 65

2K 102 4
                                    

Nedine termenung jauh menatap pantulan diri sendiri berhadapan cermin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nedine termenung jauh menatap pantulan diri sendiri berhadapan cermin. Sesekali, dia menggelisah. Perut kempisnya, diusap. Dia mula rasa takut.

Tok! Tok! Tok!

"Puan.. Puan ok ke kat dalam? Suami puan ada dekat sini, dia kata dah lama sangat puan dalam toilet?" Pramugari MAS Airlines yang mengenakan uniform kebaya itu, bersuara dari luar.

Dia mengetap bibirnya kuat sebelum tangan mula membuka kunci tandas kapal terbang. Dia mengangguk sebaik wajah pramugari di hadapannya menjadi tatapan mata.

"Ok. Maaf I lama sangat." Dia berpura menayangkan senyum. Langkah kaki diatur keluar dari tandas. Hadapan sedikit sahaja daripada kabin yang menempatkan tandas itu, dia nampak suaminya sedang berdiri dalam keadaan resah.

"A..abang.." panggilan itu buatkan Essac terus merapati dia. "Sayang ok? Sakit ke? Kenapa lama sangat?" Nedine menggeleng.

Dia melihat jam yang ada di pergelangan tangan suaminya, lalu tersenyum memandang Essac. "Jom duduk. Kita dah nak landing." Essac tahu ada sesuatu yang tidak kena. Tapi sudah Nedine bereaksi begitu, dia tiada niat ingin menyoal.

Langkah galah Ghaze terhenti. Betul-betul berhadapan Stella yang duduk terikat pada kerusi kayu bersama mulut dan mata yang terkatup rapat.

"Stella... ni ayah sayang..." Mendengar suara itu, dia seakan lega. Dia cuba menggerakkan tubuhnya untuk turun namun gagal. Ikatan itu semakin lama semakin menyakitkannya saja.

"Shh... it's okay sayang, ayah datang sana. Ayah bukakan tali tu. Stella jangan gerak ya?" Dia mengangguk tanpa mulut mampu mengeluarkan kata-kata.

Dia memerhati sekeliling. Saat kepala dipalingkan ke arah kanan,

Bang!

Satu das tembakan dilepaskan. Setapak dia berjaya mengundur ke kiri, menyebabkan tembakan yang entah datangnya dari mana itu tersasar kemas.

Klap! Klap! Klap!

Bunyi tepukan tangan seseorang kian kedengaran. Balkoni yang berada di atas kepala Estella menjadi tumpuan. Dia perasan kelibat seseorang berdiri di atas balkoni itu.

"How sweet, daddy daughter love?" Ketawa sinis yang mulai kedengaran, buatkan Ghaze meraba bahagian poket seluar mengeluarkan pistol Glock 34 berwarna hitam.

"Woah... chill out man, pistol-pistol tak main ah, anak Tengku Isma anak jantan kan?" Sekali lagi, sinis tawanya buatkan darah Ghaze mendidih.

Lagi-lagi saat nama arwah bondanya meniti di bibir lelaki itu. Ghaze mengetap kuat rahangnya. Dia memerhatikan Stella, gadis kecil itu kelihatan sangat ketakutan. Dia menghembuskan nafas memikirkan terus rancangan.

susuk tubuh yang wajahnya terlindung daripada cahaya di atas balkoni itu, kini jelas kelihatan saat dia melangkah setapak ke hadapan. Cahaya dari tingkap yang terbuka dari satu sudut sana, kini menjelaskan pemilik suara tadi.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now