11 Hours To Boston: Bab 21

1.8K 89 5
                                    

Encik Safwan mengetap geram rahangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Encik Safwan mengetap geram rahangnya. Sedari tadi, api kemarahan yang sedang cuba ditahan ini, makin membarak.

"Abang, abang dah call anak abang tu?" Soalan dari si isteri yang sudah melabuhkan punggung di sisinya buatkan dia berpaling ke arah sana.

Wajahnya masih bengis. Geram sungguh hati dengan sikap Nedinena.

"Dia tak balas mesej abang. Abang call, tapi dia tak bagitahu pun yang dia akan setuju untuk balik Malaysia." Balasan itu, buatkan Puan Nadirah naik angin. Dia melepaskan keluhan berat.

"Dirah takut.. macam mana kalau dia ulangi silap kita?" Tangan suaminya itu digenggam. Sungguh, dia tidak mahu Nedine terjebak dengan kesilapan dia dan suaminya suatu ketika dahulu.

"Tak.. dia tak akan terjebak. Abang akan pastikan yang itu. Dirah ingat, jangan buka cerita ni depan dia. Dia tak boleh tahu apa-apa."

Encik Safwan kelihatan agak gelisah saat isterinya menyebut tentang kesilapan mereka. Ya, sejujurnya, mereka takut kalau Nedine ulanginya.

"Ibu.. kakak cakap apa?"

Tersentak kedua pasangan suami isteri itu saat si anak bongsu muncul di balik lorong menuju ke dapur.


Mereka cuba mengubah reaksi wajah. "Eh.. Safa.." Cuma itu yang mampu meniti di bibir Puan Nadirah. Manakala Encik Safwan? Dia tidak berkata apa-apa.

Gelak ketawa mereka akhirnya terhenti. Cuma kesan senyuman yang masih melekat di bibir manis mereka. "You ni, memang atlet sukan ke yang masa sekolah dulu?"

Nedine pandang Essac, tawanya terhambur. "Apa you panggil I?" Soalnya dengan sebelah kening yang sengaja diangkat.

Essac diam terkedu. Dia senyum janggal. "Mana ada I panggil you apa-apa.." Lagi sekali Nedine mengangkat keningnya. "You ingat I tak dengar? Yang?" Essac masih dengan senyuman tadi.

Akibat malu yang tiba-tiba menyerang, dia tarik lengan Nedine untuk mengubah topik. "Jom masuk.. tangan I dah merungut nak pegang berus." Nedine tertawa sehingga barisan gigi putihnya kelihatan.

Dia tidak menyahut, cuma dibiarkan kaki berlari mengikut lelaki itu.

••••••••••••••••••••••••

Mata bundarnya membulat besar saat sekeliling menjadi tumpuan. Sungguh, reaksi dia ketika ini, buatkan jejaka yang bersandar bahu di sisi pintu itu memecahkan tawanya.

"Kenapa pandang I macam tu?" Dia kawal tawa yang sedari tadi tidak henti dilepaskan saat ini. Soalan dilontarkan pada Nedinena yang sudah memandang geram kerana mentertawakannya.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now