11 Hours To Boston: Bab 47

1.6K 86 7
                                    

"Essac! Janganlah!" Nedine cuba melompat ingin merampas bola jingga terang itu dari jejaka tinggi di hadapan yang hampir menjaringkan gol.

Setakat ini, Nedine sudah dua mata ketinggalan. Lagi sekali, Essac bertepuk tangan selepas berjaya menjaringkan gol yang sangat sempurna. Sekarang secara langsung, Nedine sudah tiga mata ketinggalan.

Dia mengeluh kecil sambil mengesat peluh di pelipat dahi. Dalam hati sudah mula geram, baik, dia akui, Essac pandai dan sangat berbakat dalam permainan bola keranjang.

Tetapi yang membuatkan dia tidak puas hati, Essac sangat bagus dalam merancang strategi. Setiap pergerakannya teratur dan sistematik. Tidak walau sedikit pun gerakannya tercacat. Setiap langkah dan larian, tepat dengan jangkaan. Rasanya, kerana itu, dia terpilih sebagai kapten pasukan.

Nedine mula mengeluarkan getah, helaian rambut halusnya, dikemaskan lalu diikat rapi dengan gaya ponytail. Tanpa membuang masa, dia mula berlari ke hadapan apabila bola keranjang beronakan jingga bersama garisan hitam di setiap permukaan itu sampai ke tangan halusnya.

Bola dibam ke permukaan lantai gelanggang beberapa kali, Essac dari jauh sudah tersenyum sinis. Satu saja di dalam fikirannya, Nedine... Sangat comel bila kalah, ups!

Dia ketawa sendiri. Tidak sempat Nedine ingin memulakan gerakan untuk menjaringkan gol, Essac terlebih dahulu mencapai bola. Dia mula berlari pantas dengan kaki panjangnya menuju ke gol pihak lawan.

"Sorry dear, but you lose, again."

Dan lagi sekali, bola jingga itu masuk ke dalam jaring dengan mudah. Essac bersorak bangga sendirian. Nedine pula sudah mencemberutkan wajah sambil berjalan ke courtside seat.

Dia duduk melabuhkan punggung di sana. Lengan putihnya sudah disilangkan ke dada. Bebola mata terus menerus dipusingkan memandang Essac yang mula mendekati bersama boleh keranjang di tangan kekarnya.

Essac berhenti. Dia mula bertinggung berhadapan Nedine. Bola keranjang di tangannya digunakan untuk menguis kaki Nedine yang tersilang penuh diva.

"Ish! Nak apa?!" Nedine terus menendang bola jingga itu menjauhi kakinya. Dia lemparkan pandangan geram pada Essac.

Essac pula? Dengan selamba mentertawakan bekas teman wanitanya itu.

"Alolo, you merajuk ke? Kalah empat mata je tu.. janganlah merajuk.." Essac mengusik. Nedine masih belum selesai dengan amarahnya.

Essac masih belum habis mengusik. Mereka terus menerus dalam keadaan itu sehinggalah, "Jadi sekarang, you kena keluar dengan I lah kan?"

Nedine sepi dengan soalan itu. Dia berdiri menyamakan kedudukan dengan Essac walau ketinggian mereka masih mempunyai perbezaan.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now