11 Hours To Boston: Bab 57

1.7K 83 1
                                    

"Jadi betullah memang kakak pernah bercinta dengan anak orang kaya?" Nedine diam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jadi betullah memang kakak pernah bercinta dengan anak orang kaya?" Nedine diam. Dia terus menyibukan diri dengan mencuci teko dan cawan yang diguna semasa menghidang minuman kepada keluarga Essac.

"Nedinena.. ibu tanya ni.. dengar tak?" Suara Puan Nadirah sedikit meninggi. Nedine mengeluh. Dia meninggalkan kerja yang sedang dilakukannya.

Badan rampingnya dipusingkan menghadap si ibu, pinggul disandarkan di kabinet dapur. "Ibu terima Essac sebab duit dan harta keluarga dia ke?"

Puan Nadirah sedikit berang. "Kamu ingat ibu jahat sangat ke? Harta peninggalan arwah opah kamu dulu pun ibu belum guna. Buat apa nak menyibuk harta orang?" Nedine menunduk. Terasa sedikit bersalah pula menuduh ibunya begitu.

"Jadi... kenapa ibu terima Essac?" Puan Nadirah menjeling anaknya sekilas. Makin menjadi-jadi Nedine sekarang. "Ibu dengan abah tak confirm apa-apa pun kata yang kami terima. Kami cuma nak berkenalan dulu dengan budak Essac tu."

Nedine meraup rambut panjangnya dan membetulkan ikatan poni yang sudah sedikit serabai. Dia mengeluh lagi sekali dan mula mendekati ibunya yang duduk di kerusi kayu meja makan sambil memotong buah epal.

"Sudi berkenalan tu sama aje dengan ibu abah setuju nak terima dia." Puan Nadirah tidak membantah penyataan anaknya.

Pisau diletakkan di atas permukaan meja makan. Aksi memotong buah sebentar tadi, kian hilang. "Bukan ke kakak nak sangat kahwin dengan dia? Dah kami setuju, kenapa persoalankan?"

Nedine mengetap bibirnya. "Kenapa... kenapa ibu dengan abah buat kakak rasa keliru?" Dia menarik kerusi dan duduk berhadapan ibunya. Puan Nadirah kelihatan sedikit terkedu.

"A..apa kakak cakap ni?" Dia kembali menyoal anaknya. "Ibu abah tak ada apa nak beritahu kakak?" Puan Nadirah laju menggeleng. Dia kembali mencapai pisau dan memotong buah epalnya dengan niat mengurangkan rasa kelam kabutnya sendiri.

Nedine yang perasankan hal itu, memahami, dia berdiri dan kembali memasukkan kerusi ke dalam meja. Setelah itu, tiada lagi bicara antara mereka berdua.

Telefon cuba digunakan untuk menghubungi rakannya. Sudah lama tidak berbual dan bertukar cerita dengan Dura sejak tiba di Malaysia.

Namun, tiada walau satu panggilan pun dijawab oleh rakannya. Entah di mana Dura. Dia banyak perkara hendak cerita sekarang, manalah dia nak cari rakannya itu.

Rumah keluarga Dura, pun.. dia tidak tahu di mana. Entahlah.. kalau di Istanbul, tidak pernah pula Dura begini.

••••••••••••••••••••••••••••

Hari berganti hari, dalam sekelip mata, pada hari ini, Essac sudah berada di rumah Nedine bersama seluruh keluarga wanita itu, mereka di meja makan sedang menjamah selera.

"Hurm.. jadi, memang kamu lama dah duduk Boston?" Essac senyum nipis dan mengangguk ke arah Puan Nadirah yang baru melontarkannya dengan soalan.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now