11 Hours To Boston: Bab 31

1.6K 83 1
                                    

"Uhuk! Uhuk!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Uhuk! Uhuk!"

Tap!

Gelas kaca yang penuh terisi air kosong di dalamnya diletakkan ke atas meja seraya sepapan ubat demam dicampakkan sama di sisi gelas itu.

"Makan ni. Tu lah, siapa suruh tidur dalam art gallery? Memanglah sejuk. Kan dah demam."

Wajah kacaknya dicemberutkan. Sudahlah dia sebal dengan kejadian di perpustakaan universiti tadi, sekarang, Alvin hendak bising-bising pula di rumah.

"Ish! Taknaklah, kau tahu aku tak suka ubat kan? Tak payah. Nanti oklah ni." Dia tolak ubat demam itu menjauhi. Jujur, Essac kalau demam, halangan untuk cepat sembuh, ialah ubat.

Memang tidak sembuhlah jawabnya.

"Hoi, tak payah nak mengada. Kau nak aku sumbat satu papan ubat tu semua sekali dalam mulut kau ke ha?"

Laju Essac geleng sambil menekup mulut.

"Ha, kalau tak nak, makan satu cepat!"

Alvin kembali dekatkan ubat itu pada rakannya. Dia masamkan mukanya lagi sekali. "Cepat Sac... Nanti makin teruk sudah." Bebelan-bebelan Alvin makin penuh menyumbat sistem pendengarannya.

"Ish! Taknaklah! Taknak! Sekarang, baik kau tolong aku! Macam mana nak sambut birthday Nedine?"

Mendengar itu, Alvin mengambil tempat berhadapan dengan rakannya yang masih duduk di kerusi island table dia sudut dapur mereka.

"Sudahlah kau lupa birthday dia, boleh pula dia ternampak aksi hangat kau dengan Eve? Eh, kau rasa, dia nak ke kau celebrate birthday dia?"

Mulut Alvin bersuara lantang terus membebel bak peluru yang terlepas keluar. Essac diam sejenak. Dia tongkat dagu lalu mengeluh. Sekali sekala, dia bersin.

"Kau ni, macam chipmunk betul-betullah! Bising! Bukan nak tolong aku, membebel marah aku pula!"

Alvin memusingkan bebola mata hitamnya ke atas. Sesekali dia menjeling Essac. Bukan apa, dia bukan tidak mahu tolong, setahunya, kalau perempuan sudah tawar hati ini, kejarlah macam mana pun, memang tidak akan dapat, baginya, lebih baik Essac belajar terima hakikat.

"Sebenarnya, kenapa kau break up dengan dia dua tahun lepas kalau kau sayang dia?" Alvin mula berubah kepada topik yang agak serius. Essac tegakkan badannya.

"Sebab aku belum ready nak bawa hubungan kami ke arah yang lebih serius." Polos. Sungguh polos alasannya.

Alvin lepaskan tawa hambar lalu menggaru hujung kening. "Haih, Jesus Christ... How... How can that be your reason?"

Dia kerut dahi dengan apa yang Alvin katakan. (Sebelum tu, bagitahu dulu ya, Alvin ni bukan Islam.)

"Kenapa pula?" Soalnya pelik. "Tak ready kau boleh berterus-terang. Bukannya tinggalkan dia lepas tu easily say you want her back. Hell nah... Of course she'll be mad at you bro.."

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now