11 Hours To Boston: Bab 9

2.5K 122 3
                                    

Dengan seragam pramugari Turkish Airlines yang masih cantik tersarung kemas di tubuh ramping itu, mereka berjalan lekas melepasi pintu balai ketibaan

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

Dengan seragam pramugari Turkish Airlines yang masih cantik tersarung kemas di tubuh ramping itu, mereka berjalan lekas melepasi pintu balai ketibaan.

Susuk tubuh jejaka yang dicari, akhirnya menjadi permandangan. Dia berlari laju mendekati jejaka itu.

"Essac!"

Saat dia seru nama itu, jejaka yang dipanggilnya berpaling lekas. Kelihatan dia sedang berdiri berdekatan ruangan menunggu bersama dengan dua orang lagi jejaka lain.

Dura terus membuntuti rakannya itu. Apa pasal Nedine berlari laju sangat ingin mencari Essac pula? Dia pun tidak faham.

Essac terkebil-kebil melihat bekas teman wanitanya itu mendekati. Nedine berhenti. Tepat di hadapannya. Lukisan gambarnya yang dilukis oleh bekas teman lelakinya itu semasa penerbangan tadi, dia halakan ke wajah Essac yang masih bingung.

"K...enapa ni?" Soalnya pelik. "Ambil balik. I tak nak hasil karya lukisan you. I dah janji dengan diri I dua tahun lepas. I akan buang you dari hidup I. Jadi.. I tak nak disebabkan sebuah lukisan ni, I perlu ingatkan you. Ambil. I harap, ini perjumpaan terakhir kita."

Kata-kata Nedine, cukup makan dalam buat dirinya. Dia terdiam seketika. Riak wajahnya berubah murung.

Huluran kertas lukisan bersaiz sederhana itu disambut. Dia tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Bahkan dia tahu Alvin dan Ghaze sedang sibuk memerhatikan dia.

"Cik ni siapa?" Alvin menyampuk. "Nedine. Your bestfriend's ex-girlfriend." Jawapan itu, keluar dari mulut Dura. Dia cukup benci apabila Nedine perlu berhadapan dengan bekas teman lelakinya ini, jadi, dengan rakan-rakan lelaki itu dia anti sekali.

Ghaze diam sejenak. Dia yang sibuk memerhatikan situasi Essac dan Nedine sebentar tadi, kini mengabaikan semua itu. Dia fokuskan diri dengan pramugari menawan yang baru bersuara seketika tadi.

Cantik. Bisik hatinya. Bibir berjaya diherot sekilas.

"EX-GIRLFRIEND?! Ex-girlfriend yang kau tinggalkan dua tahun lepas? Bapak ah, lawa giler! Apasal kau tak bagi kat aku aje?" Alvin garu-garu kepala. Betul apa.

Essac pernah cerita yang dia ada bekas teman wanitanya yang dia tinggalkan sewaktu menerima tawaran universiti dua tahun lalu.

Tetapi, mereka tidak tahu pula bekas teman wanitanya cantik bak bidadari. Apa benda lah pergi tinggalkan pula? Dasar selek. Eh, Alvin emo.

Essac lemparkan pandangan maut. "That's really helping me a lot!" Dia jegil mata ke arah rakannya itu. Alvin ketawa polos.

Baiklah, dia faham. Essac nak mengorat Nedinena kembali ya?

"Look, whatever is it, just go.. we don't have to see each other. Not anymore." Luggage bag yang direka khas buat pramugari Turkish Airlines itu, ditarik pergi.

11 HOURS TO BOSTON ✓Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ