11 Hours To Boston: Bab 4

2.9K 127 1
                                    

Kaki yang tersarung kemas kasut Sneaker  Nike Air Force 1 '07 itu menapak selangkah merapati bekas teman wanitanya yang masih kaku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki yang tersarung kemas kasut Sneaker 
Nike Air Force 1 '07 itu menapak selangkah merapati bekas teman wanitanya yang masih kaku.

Dia tahu, yang menyebabkan pramugari di hadapannya ini kaku, akibat ayat terakhirnya sebentar tadi.

"Hmm.. nanti jadi wife I juga."

Sengihan terukir sesaat. Lagi sekali dia menapak selangkah makin merapati Nedinena yang sudah semakin terkedu.

"You sure nak letak I kat seat ni? Kenapa tak letak dekat depan? Dekat dengan you. Nanti rindu, senang nak datang dekat." Sebelah mata coklat cairnya yang sangat unik itu dikelipkan.

Allah. Mengapa laju sangat jantung berdetak ini? Nafas tidak boleh dikawal. Pipi yang mula bertukar merah? Itu lagilah jelas kelihatan. Malulah dia begini. Nampak pula dia masih inginkan Essac. Ah, tak ada! Tak akan! Dia tak akan kembali pada jejaka itu!

Dia tepis dada bidang Essac kasar buatkan lelaki itu hilang keseimbangan badan. Sudah alang-alang begitu. Dia terus dudukkan dirinya di seat hujung.

Dia ketawa sinis buatkan Nedinena makin panas. "You patutnya, duduk
dekat sayap kapal terbang je!" Tidak mahu sikap menggoda Essac terus mengganas, dia akhirnya mula kembali bersuara.

Essac cebik bibir. Dia pandang Nedine itu atas dan bawah. 'Nedine, nedine, you memang jual mahal kan?' Dia bermonolog sendiri di dalam hati.

Dia agak kecewa sebenarnya. Susahlah dia nak dapatkan Nedine balik jikalau sebegini rupa. Tidak! Teruskan Essac. Usik dia. Percayalah. Dia pun rindukan kau.

Suara itu bertutur di benaknya. "Eleh,kalau I jatuh? You juga yang nangis.. you kan sayang I lagi?" Saja hendak dengar jawapan Nedine yang seterusnya. 'Come on dear.. proof me you still love me.'

"Siapa nak sayang you? dah lah cabuk!" Auch! Itu pula yang dilontar keluar. Essac cebik bibir. Baru ingatkan jawapan Nedine tadi, 'I still sayangkan you.' Heh.

"Dah! You tukar seat tepi tingkap tu! Fasten your seatbelt on. We're about to takeoff as soon as possible!" Dia sempat jeling Essac.

Setelah itu, kakinya lekas dihayun pergi. Lama-lama dekat ex-boyfriend dia tu, boleh gila oo..

•••••••••••••••••••••••••

Essac menurut apa yang diarahkan oleh Nedinena tadi. Dia tukar tempat duduk ke seat tepi tingkap. Belum apa-apa, tingkap kecil kapal terbang yang separuh tertutup itu, ditolak ke atas.

Dia senyum sekilas melihat permandangan luar kawasan berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul itu.

Tempat lahirlah katakan. Bukan mudah hendak membiarkan hati rela meninggalkannya begitu saja. Walaupun ini bukan kali pertama, dia tetap rasa sama.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now