11 Hours To Boston: Bab 24

1.7K 82 1
                                    

"Essac? Ex-girlfriend? Dia pernah bercinta ke?" Edward terkebil-kebil saat dia pula yang disoal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Essac? Ex-girlfriend? Dia pernah bercinta ke?" Edward terkebil-kebil saat dia pula yang disoal. Mana dia tahu. Kalau ini sejak bertahun lalu, mungkin dia tahu. Tetapi kalau sejak tahun lalu tidak. Bahkan selepas kematian arwah isterinya, Clarissa, dia disahkan kemurungan, ada masa pula dia hendak ambil tahu tentang adik atau abangnya?
Diri sendiri pun gagal diuruskan saat itu.

Tetapi, tidak tahulah pula kalau memang sejak bertahun lalu dan dia memang tidak tahu.

"Mana Edward tahu ma.."

"Betul Daisy? Dhafiqi? Papa tahu yang Uncle Essac ada girlfriend?" Mereka geleng. Sejak tadi, takut sudah untuk bersuara.

"Oh, senyap-senyap ya dia di sana. Patutlah jarang nak telefon nenek. Ada girlfriend." Puan Sri Emelda menyilangkan tangan ke dada. "Nenek.. nak beritahu Uncle Essac yang nenek dah tahu?" Dhafiqi bertanya.

"Mestilah! Nenek nak soal siasat dia. Perempuan mana gamaknya sibuk dia rahsiakan tu. Tunggu dia!"

Daisy pandang adik kembarnya di sisi. Begitu juga Dhafiqi. Mereka saling melemparkan pandangan yang membawa maksud 'habislah kita'.

Edward ketawa ringkas melihat anak-anak buahnya. Macam-macam budak-budak ini. Sekali sekala, dia bermain dengan rambut hitam berkilat anaknya yang begitu rapi terjurai ke bawah.

Gadis kecil yang duduk di celah kaki panjangnya itu dipandang seketika. Sibuk betul bermain dengan anak patung Barbie dollnya.

Dia senyum.

"Hurm.. mama ingat Edward yang ada girlfriend tadi. Rupanya si bongsu tu." Mendengar itu, riak wajahnya, berubah sedikit.

Senyuman pahit mula kelihatan. Dia toleh ke arah mama. "Ma, we already talked about this.. please." Dia berkata tenang. Tenang yang dipura-purakan. Hatinya kini, meronta ingin meraung sedih. Kematian isterinya yang membawa tragis, kembali berulang tayang. Tubir matanya mula terasa hangat. Cukup. Jangan ulang lagi.

Tangan digenggam kuat cuba menghalau rasa pedih ini. Allah, kenapa dia rasa sesak ini? Rissa... Abang rindu isteri abang sangat.

Perasan yang dia sudah terlanjur kata, lekas dia beralih ke sisi anak keduanya itu. "E.. Edward, mama.." Dia geleng. Senyuman paksa dia ukir buat si ibu yang berada di sisinya kini.

"Edward nak solat sekejap. Mama tengokkan Clara boleh?" Dia berdiri. Anaknya didukung dan diletakkan di atas sofa tempat punggungnya berlabuh tadi. Anak-anak patung Barbie doll yang sibuk dimain anaknya dibawa sekali naik ke atas.

Pipi merah itu dikucup lembut. "Daddy solat sekejap.. daddy rindu ibu." Dia bisik itu pada anaknya. Clara yang seolah mengerti isi hati ayahnya, kembali mengucup pipi putih itu. Dia senyum.

Daisy dan Dhafiqi senyap. Mereka tahu situasi bukan lagi untuk bergurau. Pemergian ayah saudara mereka dihantar melalui ekor mata. Puan Sri Emelda? Dia mula diserang rasa bersalah.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now