11 Hours To Boston: Bab 36

1.8K 88 6
                                    

"Assalamualaikum anak mama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum anak mama.. Essac buat apa tu? Demam dah ok?"

Suara Puan Sri Emelda yang bergema di balik corong telefon buatkan jantung Nedine berdegup kencang. Kerja bodoh. Yang pergi jawab kenapa?

"Waalaikumussalam Puan Sri.. maaf, saya Nedine, k..kawan.. Essac, dia tak sihat lagi. Badan dia panas, tadi saya baru lepas bagi dia makan dengan makan ubat. Kalau tak kebah juga, saya akan bawa pergi hospital."

Mendengar orang lain yang menjawab panggilannya, dia kaget. Apa yang lagi mengejutkannya, yang menjawab itu, ialah seorang perempuan.

"Nedine?" Mendengar wanita itu memperkenalkan dirinya dengan nama 'Nedine' dia teringatkan sesuatu. Bukankah Nedine ialah bekas teman wanita Essac yang dikatakan Daisy dan Dhafiqi tempoh hari?

Bibir mengoyak sedikit senyuman geli hati. "Kamu yang jaga dia? Di rumah dia?" Sengaja dia buat suara garang, walhal hati sedang berbunga. Ini, kali pertama dia bercakap dengan wanita yang berjaya mencuri hati anak bongsunya itu.

"Y..ya Puan Sri.." jawabnya takut-takut. "Berdua aje?" Puan Sri Emelda teruskan lakonan tegasnya. "T..tak.. bertiga. Ada kawan saya lagi seorang di sini. Jangan risau." Lekas Nedinena jelaskan kebenaran. Memang benar mereka bukan berdua. Dura ada di ruang tamu.

"Ouh.. jadi, Essac dah makan ubat?" Sebenarnya dia agak terkejut mendengar yang Essac sudah diberi makan dan makan ubat. Setahunya, Essac itu kalau sakit, kerjanya tidur saja tidak bangun-bangun. Makan tidak mahu, apatah lagi ubat.

Salah satu sebab mengapa dia tidak mengikuti jejak langkah Edwis dan Edward untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan. Ianya kerana ubat. Dia benci ubat. Sudah serupa anak kecil.

"D..dah Puan Sri." Balas Nedine juga dengan takut-takut lagi. "Hurm.. tak apalah. Kamu jagalah dia. Nanti suruh dia call aunty bila dia dah bangun. Nama kamu apa? Nedine..."

Nedine agak kaget sebentar. Dia tidak salah dengarkan? Puan Sri Emelda, mama kepada bekas teman lelakinya itu, bahasakan dirinya... Aunty?

"Safieyah Nedinena.." Dia lekas sambung ayat Puan Sri Emelda yang sengaja wanita itu biarkan untuk disambung.

"Safieyah, Sedap.." Samar-samar pujian itu menghentam sistem pendengaran Nedine, namun, dia tersenyum nipis. Jarang-jarang orang mahu puji nama awalnya itu.

Dia sering guna nama 'Nedinena' sewaktu memperkenalkan diri. Ingin memodenkan lagi nama itu, dia singkatkan kepada 'Nedine'.

Jarang sungguh orang akan panggil dia dengan nama Safieyah. (Pssttt, nama Safieyah ni, sy pinjam nama kawan saya.. to yaya, tq share nama dengan cik pramugari ni.🫶🏻)

"Safieyah Nedinena binti?" Dia pelik-pelik. Beria betul Puan Sri ni tanya namanya.. "Safieyah Nedinena binti Safwan." Jawabnya lancar.

"Ok. Assalamualaikum Safieyah, tolong jaga anak aunty elok-elok.."

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now