Prolog

136 14 7
                                    


"I janji dengan you, Abel. Bila I balik daripada Jepun, you akan I jadikan isteri. And then we will move to Japan, just like how we planned since we were teenagers.. Boleh you tunggu I?" Wajah Amsyar penuh pengharapan. Handle bagasinya digenggam erat.Nabela nampak kekalutan di wajah buah hatinya yang seorang ini. Amsyar berat hati nak tinggalkan si kekasih yang tak pernah berjauhan selama mereka bercinta di bangku sekolah. Ini kali pertama mereka bakal berjauhan beribu kilometer untuk entah berapa lamanya waktu.

Nabela lemparkan senyuman paling manis kepada si jejaka. Harapnya segala resah di dada Amsyar akan berterbangan jauh dengan tindakan kecil itu.

Tapi lain pula yang berlaku. Amsyar semakin panau menahan rasa. Senyuman manis wanita ini akan dirinduinya. Wajah lembut Nabela dipandang tak lepas, cuba mengingati setiap lekuk wajah kesayangannya. Seolah sedang merakam wajah Nabela untuk disimpan di dalam kotak memori otak.

"Of course, Am. I tunggu you. Walau berapa lama pun you pergi, I akan sentiasa ada disini untuk menanti you kembali pulang.." Tegang di bahu Amsyar semakin kendur. Tanda dia lebih relaks dan tenang dengan situasi sekarang. Lega hati hanya Tuhan tahu. Wanita ini tak pernah  gagal menjemput tenang di dalam hati lelaki seorang Amsyar Shauqi.

"Jaga diri, Abel."

"You pun.. Jagakan diri you untuk I, ya?" Amsyar mengangguk perlahan mendengar permintaan si kekasih. Senyuman dilemparkan sebelum dia berlalu pergi ke balai pelepasan. Umi dan Babah disalam dan dicium buat kali terakhir sebelum mereka berbalas lambaian dan bayangan Amsyar akhirnya hilang ditelan dek ramainya manusia di lapangan kapal terbang itu.

Tak sabar nak tunggu awak balik dan kotakan janji awak kepada saya, Amsyar!

5 TAHUN KEMUDIAN

NABELA kerling perlahan Amsyar yang tidak lekang dengan telefon di tangan. Sudah hampir sebulan pasangan ini tidak bersua muka, tetapi perhatian sang suami masih di gadget tersebut. Tak ada rasa rindu langsung ke untuk si isteri dan anaknya yang satu ini?

"Am?"

"Hmm?" Ringkas sahaja sahutannya. Mata masih di skrin telefon. Nabela telan perlahan air liur yang terasa pahit di kerongkong.

Ini bukan perkara baharu, sudah banyak perubahan Amsyar yang menyentap perasaan Nabela. Amsyar yang sekarang ini, bukan lagi Amsyar yang dinikahinya hampir dua yang lalu.

"I rasa lebih baik kita berpisah..." Bayi perempuan didukungan Nabela nyenyak tidur diperhatikan ibunya dengan seribu satu perasaan. Sedaya upaya Nabela cuba untuk mengelak daripada bertentang mata dengan Amsyar yang duduk bertentangan di meja makan ini. Setelah beberapa minit tanpa sebarang sahutan daripada suami, wajahnya diangkat perlahan wajah dalam usaha  dan mencari renungan mata milik lelaki yang pernah dipuja dengan sepenuh hati. Tenang tanpa riak terkejut.

Amsyar sedaya upaya berlagak tenang. Cuba untuk tidak membiaskan perasaan terujanya dengan permintaan isteri.

Akhirnya!

Pantang lelaki mungkir janji. Amsyar pernah berjanji yang dia tak akan tinggalkan Nabela walau apa pun yang terjadi. Tak akan dia pinta perpisahan daripada wanita tersebut melainkan Nabela yang menginginkan perkara tersebut. Sekarang, bila Nabela yang buka mulut dan cadangkan perpisahan, hatinya lega yang amat.. Akhirnya, dia dah boleh berhenti berpura-pura bahawa cintanya tidak pernah mati untuk wanita ini. Walhal entah ke mana rasa yang membahagiakan itu hilang semenjak anak mereka lahir.

Kejam. Amsyar tahu. Tapi bukan dia yang pinta perpisahan, kan?

Tapi bias bahagia di mata lelaki itu masih dapat dilihat oleh Nabela. Dia cuba tahan rasa kecewa. Dah lama dia tak nampak mata hitam pekat itu bercahaya sebegini.

Am happy aku minta cerai?

Amsyar letak telefon bimbit di meja. Kunyahan diteruskan. Selera makan Amsyar seolah kembali pulang. Air minuman dicapai dan disisipnya perlahan.Nabela diam dan menahan debar menanti jawapan yang bakal terbit daripada bibir milik suaminya. Anggun yang mula bergerak-gerak di dalam tidur ditepuk perlahan.

Anggun kembali lena. Naif dengan keadaan yang bakal mengubah haluan perkahwinan mama dan papanya.

"I setuju." Terasa terhenti nafas di dada Nabela. Semudah itu Amsyar bersetuju?Sangkanya Amsyar akan membantah dan mungkin akan cuba memujuknya supaya memikirkan semula permintaannya.

Amsyar pandang wajah wanita yang jelas tergugat dengan persetujuan yang diberikannya. Tahukah Nabela, apa yang Amsyar nampak sekarang hanyalah warna hitam dan putih apabila dia pandang wanita itu? Tiada lagi warna-warna ceria yang mampu menyalur rasa bahagia kepada diri seorang Amsyar.

Is this really the end of our story?

Soalan yang tak mampu wanita ini tuturkan. Dia tahu Amsyar juga nekad. Tak sangka ketenangan di wajah Amsyar mampu membunuh segala harapan yang tingal berbaki di hati.  Barangkali tekaannya benar, rasa cinta yang ada di dalam hati Amsyar dah mati ditelan dek masa dan keadaan...

13 tahun bukan masa yang singkat.

Amsyar bangun daripada meja makan. Not RM100 ditinggalkan di atas meja, diselit bawah gelas minumannya. Amsyar tunduk mencium kepala  Nabela yang ditutup dengan tudung. Lama. Cukup lama sehingga cebis ketabahan didalam diri seorang Nor Nabela hampir menipis.

Hampir sahaja Nabela rentap lengan lelaki itu dan meminta Amsyar untuk tidak pergi. Tapi ditahan kerana dia juga tidak ingin mengemis pada yang tidak sudi.

Amsyar sebenarnya dihimpit rasa bersalah. Wanita ini dah lama berada di dalam hidupnya. Terasa diri umpama sampah apabila dia tidak langsung ada rasa nak pertahankan perkahwinan mereka. Tapi apa nak kata, hati dah tak suka..

Anggun yang nyenyak tidur turut dicium perlahan di dahi oleh ayahnya. Anggun tak terkesan,masih nyenyak tidur.

"Maafkan mama, sayang.. Anggun tak akan ada keluarga yang lengkap selepas ini.." Rintih Nabela dalam diam.

Bibir  diketap kuat dalam usaha Nabela untuk tidak mengalirkan air mata di hadapan Amsyar. Dia tak boleh nampak lemah di mata lelaki ini.

"Terbang tinggi, Nor Nabela. Awak akan saya lepaskan dengan lapang dada..."

Faith and Forever [ON GOING]Where stories live. Discover now