Bab 6

48 8 1
                                    

MORNING sickness Nabela masih membelenggu dirinya walaupun sudah masuk trimester kedua. Pagi seorang Nor Nabela akan dihabiskan dengan menghadap singki toilet. Abel tetap akan muntah walaupun tak ada apa yang tersisa dalam perut.

Abel juga alah kepada segala bau bawang. Pantang masuk dapur, mesti mual dengan bau yang ada di ruangan itu.

Pada permulaannya Amsyar okay sahaja. Tak ada komplen apa-apa. Tetapi hari ini Amsyar mula mengomen.

Rimas pula tengok isterinya asyik lesu sahaja. Sudahlah makan asyik guna khidmat pesanan je. Tahu tak mahal harganya makanan halal dekat bandar ni?

"Abel." Amsyar mendekati Nabela yang sedang terbaring lesu di atas sofa.  Aroma vicks dan minyak angin serai memenuhi rongga hidung Amsyar.

Ini lagi satu yang Amsyar tak berkenan. Dah macam duduk serumah dengan orang tua-tua. Memanjang berlumur dengan minyak angin lah si Abel ni.

Abel yang hampir terlena terus celik matanya. Jarang Amsyar panggil namanya sebegitu. Semenjak kahwin, gelaran sayang menjadi pegganti nama sebenar Abel.

"Yup. Kenapa?" Abel bangun dan betulkan duduk. Menyandar lesu di sofa.

"Bila you nak start masak balik? I dah jemu makan luar. Lagipun pricey lah asyik order luar." Amsyar mencapai alat kawalan lalu menghidupkan tv. Langsung tak pandang wajah Abel ketika bercakap.

"You tahu kan I tak tahan bau dapur tu.. Sabar lah kejap. Orang cakap lama-lama benda ni akan hilang sendirinya."

Rahang Amsyar bergerak-gerak tak puas hati. Itu lah, dah dilarang jangan mengandung tak mahu nak dengar. Kan dah jadi banyak cerita macam ni?

"I nak makan masakan you. I rindu.." Suara Amsyar berubah lembut. Hari-hari makan makanan orang, mana mahunya. Dia rindu masakan melayu. Sini susah nak dapat. Jadi kalau nak makan, kena masak sendiri.

Nak masak sendiri manalah Amsyar reti. Dulu duduk Malaysia ada orang gaji. Walaupun bibiknya asal daripada Indonesia, Bik Yanti sangat cekap memasak masakan orang kita.

Terus bergeroncong perut Amsyar mengimbau kembali waktu-waktu di Malaysia dahulu.

Abel tersenyum kecil. Kuat betul bunyi perut suaminya itu.

"You lapar?"

"Yaa. Teringin nasi goreng lah pulak malam-malam macamni." Mata Amsyar masih di television, ralit menonton perlawanan bola sepak.

"Nak I masakkan?" Terus tertoleh kepala Amsyar dengan perlawaan si isteri. Umpama mengantuk disorongkan bantal, laju lelaki ini mengangguk.

"Nak! Nak telur goreng mata sekali, please." Penuh pengharapan si Amsyar meminta.

"Alright. Give me 30 minutes." Abel terus bangun menuju ke dapur.

Demi kasih dan sayang kepada Amsyar, Nabela cuba sedaya upaya menahan mual di dada. Dikepitkan hidungnya dengan penyepit baju semata nak block bau bawang daripada menerobos ke salur pernafasan.

Banyak kali Abel tahan muntah. Tetapi dua kali juga la dia tewas dan terpaksa 'bercinta'dengan singki di dapur tu.

Amsyar sangat fokus dengan rancangan di tv sampai tak boleh nak dengar Abel yang tengah struggle di dapur. Telinga dia dah sebati dengan bunyi uwek uwek tersebut.

Setelah beberapa minit berperang di dapur, sepinggan nasi goreng dengan telur mata seperti yang Amsyar minta siap dihidangkan di depan lelaki itu. Siap dengan secawan hot chocolate suam.

Amsyar senyum lebar.

"Thanks, sayang. You're the best!" Lesung pipit Amsyar membuat kemunculan istimewa pada malam ini. Punya la happy dapat nasi goreng.

Faith and Forever [ON GOING]Where stories live. Discover now