Bab 3

38 12 5
                                    

Nabela pandang kit ujian itu dengan seribu satu perasaan yang bercampur-baur.

Gembira.

Takut.

Ngeri.

Tak percaya.

Gementar.

Dah terbayang wajah manis yang bakal Amsyar tayangkan bila dia sampaikan berita ini nanti. Teringat pula wajah si comel Zein, anak kawan baiknya yang seorang itu.

Zein, bakal kawan baik awak on the way!

Nabela capai telefon yang ada di singki bilik air tersebut. Sekeping gambar alat penguji kehamilan lengkap dengan dua garis terang itu diambil dan terus send dekat Feeya Athiya. Seminit kemudian, telefon bimbitnya mula menjerit minta diangkat.

"Abel!!!!" Suara nyaring si kawan baik mula bergema. Nabela terpaksa jauhkan sedikit telefonnya. Lama-lama boleh pekak sebelum tua kalau begini caranya.

"Kau ni. Tak payah la menjerit, gila!! Pecah gegendang telinga aku, aku mintak kau ganti.." Abel ketawa kecil.

"Kau tak main-main kann?" Fee masih terkejut. Tak sangka, salah satu impian dia dengan Abel hampir tercapai.

To become a mother, together.

"Ya Fee, aku tak main-main.. Alhamdulillah.. I'm pregnant!" Suara Nabela masih sedikit bergetar. Diri sendiri masih tak percaya dengan kehadiran amanah yang dititipkan kepadanya.

"Dah bagitahu Am?"

"Belumm. Tolong aku jap plan suprise dekat Am." Spontan sahaja idea itu datang. Terasa nak sambut momen berharga ini dengan cara istimewa.

"Salah orang ni sis. Aku dulu Zein yang buat kejutan. Tetiba keluar seketul, mana sempat aku buat terkejut-kejut dekat babah dia. Mana dengan babah dia terlentang hampir arwah lagi.." Selamba sahaja Feeya throwback.

Waduh dark sangat ni. Torchlight please.

Abel tergelak kecil dengan jawapan sahabat baiknya itu. Dalam hati bersyukur sangat kerana Fee tak trauma dengan apa yang berlaku dulu. Nasib tak gila kawan dia yang seorang tu.

"Alah kau kan hopeless romantic. Takkan tak boleh nak kasi satu dua cadangan dekat kawan baik kau nii?"

"Eh of course ada! Apa kata...."

Maka dengan itu, lebih kurang sejam masa dihabiskan oleh dua sahabat ini, merancang cara untuk menyampaikan berita istimewa ini kepada Amsyar.

Panggilan diputuskan setelah Feeya berpesan supaya Nabela pulang berpantang di Malaysia kelak. Siapa nak jaga dekat Jepun sana?

Pulangnya Amsyar disambut dengan penuh debaran di dada. Amsyar kehairanan melihat si isteri yang manis tersenyum. Lain macam je senyum harini?

"Assalamualaikum sayang!"

"Waalaikumsalam sayang! How's work?" Tangan Amsyar ditarik dan dikucup Nabela, penuh rasa hormat.

"Macam biasa lah yang, another busy day!" Asmyar sua beg kerja kepada Abel. Abel dengan penuh patuh menyambut dan menyimpannya di ruangan kerja milik Amsyar.

Sofa yang empuk di ruang tamu rumah kecil menjadi tempat si suami duduk melepaskan penat sebentar. Seperti kebiasannya, tanpa sebarang kata, Abel duduk bersimpuh di tepi kaki Amsyar. Stokin ditarik buang dan dibawa ke mesin basuh di ruangan dapur. Segelas air kosong dibawa untuk suami yang keletihan.

Faith and Forever [ON GOING]Where stories live. Discover now