Bab 8

37 7 2
                                    

SUDAH 40 minggu usia kandungan Abel tapi masih tak ada tanda-tanda mahu bersalin. Hanya sesekali kontraksi Braxton Hicks melanda.

Ibu Abel pun dah sampai dari kampung di rumah mertuanya. Rancangannya, ibu akan menemani sehingga seratus hari dia berpantang.

Abel resah. Sepatutnya dua hari lepas Anggun dah berada dalam dukungannya. Setelah dinasihatkan oleh ibu mertua dan ibunya sendiri, Abel menyerah diri ke hospital.

Sesampainya di hospital, terus kontraksi sebenar melanda. Berpeluh Abel menahan sakit walaupun dalam bilik yang dipasang pendingin hawa.

Ada ibu dan mommy mertuanya yang setia menunggu dan memberi semangat. Siap bacakan Surah Yassin lagi untuk Abel.

Bukaan masih belum cukup 10cm. Panggilan daripada Amsyar masuk.

"Assalamualaikum. You okay?" Sebaris pertanyaan simple daripada Amsyar meruntuhkan segala benteng ketabahan seorang Abel. Esakan si isteri mula kedengaran di telinga Amsyar.  Mujur ibu dan mommy turun solat dekat surau.

Salam yang diberikan Amsyar hanya mampu dijawab di dalam hati.

"I tak okay. I rindu you. Sakit.. I rasa macam.. nak mati.." Diselangi esakan, Abel mengadu. Amsyar diam lama.

"Jangan menangis, sayang. I mintak maaf tak boleh ada dekat sana." Sejujurnya dia rasa bersalah. Sepanjang Abel tak ada di sini, Amsyar refleks diri sendiri. Terbayang segala layanan buruk yang dia berikan kepada isterinya. Tak apalah, nanti dah lulus cuti, dia akan balik jaga isterinya itu.

Abel hanya mengangguk. Seketika dia lupa yang Amsyar tak boleh nak nampak reaksinya.

"Mommy cakap dah lama you admit. Kenapa belum bersalin?"

"Entah. Anak you ni lah. Seronok sangat kut duduk dalam ni, sampai tak nak keluar." Abel betulkan nafasnya yang tersangkut-sangkut dek menangis tadi.

"Eh. Anak kesayangan you lah tu kann." Amsyar ketawa kecil.

"Ke you susah nak bersalin sebab you banyak dosa dengan I tak?" Nabela tersentap. Mula dia rasa nak mengamuk dengar ayat suaminya itu. Tapi bila difikirkan semula, ada betulnya cakap si Amsyar ni.

"Maybe. Teruk sangat ke I ni sebagai seorang isteri, Amsyar?" Ada nada luka di dalam soalan Abel itu. Siapa je tak terasa? Sudahlah tengah sakit fizikal, Amsyar tambah sakit dalam hati pula.

"Tak tahu. Jawapan ada dekat you." Tenang Amsyar menjawab. Tanpa rasa bersalah.

Abel mengeluh. Amsyar turut sama mengeluh mendengar keluhan si isteri. Apa kau ingat ni pertandingan mengeluh ke Amsyar oi?

"Okay lah. I nak minta maaf atas segala salah silap I bermula daripda hri pertama I jadi isteri you. Minta maaf kalau I membebankan you sepanjangan I mengandung ni. Halalkan makan minum I, Amsyar. Doakan I dipermudahkan urusan bersalin. Doakan jugak anak kita sihat dan selamat."

Satu perkara yang Abel sentiasa perasan, Amsyar jarang membahasakan Anggun sebagai anak 'kita'. Selalunya Amsyar akan cakap 'anak you' setiap kali mereka membincangkan tentang anak mereka yang belum lahir.

Kadang-kadang Nabela meluat dengan diri sendiri. Kenapalah dia sebegini observant?

Amsyar diam lagi. Hanya kedengaran hela nafasnya yang memberat dengan seribu satu rasa.

"I maafkan. I sentiasa doakan you, Abel. InShaAllah lagi seminggu I balik, ya?"

"Okay."

"Love you. Tabahkan diri, You can do this. You kan strong!" Amsyar titipkan semangat kepada Abel. Abel kembali tersenyum.

Faith and Forever [ON GOING]Where stories live. Discover now