Bab 16

43 9 2
                                    

Abel pandang paparan menu di dinding kafe. Ada lagi dua orang dihadapan sebelum tiba gilirannya.

Kafe yang terletak betul-betul disebelah tempat dia bekerja ini boleh dikatakan unik. Ada dua bahagian yang berlainan di dalam sau kafe yang sama. Sebelah kiri premis ini berkonsepkan mini coffee shop. Ada kaunter coklat cair yang dilengkapi dengan display pastries dan barisan menu makanan yang bertemakan barat. Sebelah kanan pula terdapat kaunter seperti kedai makan biasa yang menawarkan menu goreng-gorengan berkonsepkan makanan Melayu.

Dekorasi tiap ruangan juga bersesuaian dengan konsep hibrid kafe ini. Atur perabotnya minimalis dan selesa dipandang mata.

Abel memang selalu makan di sini. Sebab dekat, tak payah nak susah-susah keluar bawa kereta jauh-jauh.

"Cik nak makan apa?" Entah bila dua orang di hadapannya selesai membuat pesanan pun dia tak tahu.

"Bagi saya satu Iced Caramel Latte, mac and cheese dengan croissant ya." Harini Abel tak sempat nak breakfast, jadi dia nak bantal mukbang di waktu lunch.

"Boleh. Total cik RM33 ya."

"Paywave ya dik." Zaman sekarang kan zaman cashless. Siapa je bawa duit dalam dompet kan?

"Alamak cik. Kita punya sistem online tengah crash. Kita terima duit tunai je. Maaf ya cik." Sopan je adik cashier ini memberi penerangan.

Alamak. Inilah padahnya kalau memanjang cashless. Aduh. Tapi Abel kekal tenang.

"Kejap ye dik." Beg duit dikeluarkan daripada beg tangan. Abel harap sangat duit yang ada pada dia sekarang ni mencukupi. Bukan sahaja bakal dapat malu, nanti dah jadi satu kerja yang lain pula nak kena order makanan online. Perut dah lapar sangat ni.

Malangnya, setelah ditambah, ditolak dibahagi serta distandard deviation segala not seringit dan lima ringgit yang ada. Abel hanya punya RM15. Mana cukup!

Alamak macam mana ni? Barisan semakin panjang di belakang. Dah ada kepala yang tertoleh-toleh ke arah Abel yang tengah giat berfikir. Gamaknya semua hairan, dia ni tengah order ke tengah masak sekali dekat kaunter tu?

"Kenapa ni, Alia?" Seorang lelaki beruniform cef hitam menegur. Tak tahu dari arah mana dia datang. Mungkin dia perasaan gadis dan pelanggan yang tengah struggle di kaunter pesanan. Rasa malu kian menebal di dalam diri seorang Abel.

Aduh sampai cef sendiri keluar.

"Tak, customer kita ni tak cukup cash. Sistem kan tengah down, bos." Alamak. Tauke kedai der. Lelaki itu berdiri menyilangkan tangan sambil memandang ke arah Abel. Tak dapat nak tebak riak wajah lelaki yang dipanggil cef itu sebab dia tengah pakai pellitup muka.

"Takpalah dik, Encik. Saya cancel ajalah order tadi. Maaf ya menyusahkan." Abel dah putuskan yang dia dah tak mahu datang kafe ni buat masa sebulan! Malu siot.

Baru je Abel nak melangkah pergi, lelaki tersebut bersuara.

"Eh Abel. Tak apa. Tak payah bayar, its on the house."

"Abel duduklah dulu, nanti kita hantar makanan dekat meja ya." Abel yang kehairanan tak sempat untuk bertanya dan menolak bila dia ternampak riak wajah orang belakang yang dah nak merimau, dia turuti sahaja selepas mengucapkan terima kasih.

Abel pilih untuk duduk di bahagian kafe yang dekat dengan tingkap. View di situ paling best bagi Abel. Boleh makan sambil tengok pelbagai ragam manusia yang lalu-lalang. Harini dia lunch seorang diri sebab dia je yang masuk kerja. Yang lain masing-masing ambil cuti untuk bawa anak-anak melancong sempena cuti sekolah. Abel pun mulanya nak ambil cuti, tapi disebabkan ada satu projek yang perlu dia siapkan segera, maka dia tabahkan jua diri untuk datang ke pejabat.

Faith and Forever [ON GOING]Where stories live. Discover now