Bab 15

47 10 0
                                    

ORANG ramai memenuhi ruang rumah Feeya dan Ziyaad. Meriah dengan sanak saudara daripada keluarga sebelah Feeya dan Ziyaad. Harini cukup dua tahun umur Zein Eiskandar. Sudah lebih enam bulan berlalu sejak penceraian dia dan bekas suaminya.

Alhamdulillah, Abel boleh katakan dia dah mula kukuh bertapak di atas kaki sendiri. Dia diterima bekerja di syarikat HIM sejak hampir empat bulan yang lalu. Ziyaad betul-betul kotakan janjinya, untuk tidak berlaku bias terhadap Abel hanya kerana wanita ini sahabat baik isterinya. Abel terpaksa melalui pelbagai peringkat percubaan yang dikendalikan oleh panel luar yang syarikat lantik khas untuk sesi temuduga jawatan tersebut.

Hampir saja dia menyerah. Tetapi mujur Anggun ada. Mana mungkin dia mengalah. Abel sedar dia perlukan kerja yang satu ini. Bukan Anggun sahaja yang perlu Abel tanggung. Ibunya di kampung juga memerlukan banyak wang untuk membayar kos rehab dan terapi yang menjadi kewajipan kepada pesakit yang terlantar lama.

Malang bagi Amsyar, mummynya meninggal setelah beberapa bulan koma. Luluh hati hanya Tuhan yang tahu. Ibu mertuanya itu sangat penyayang. Tak pernah sekali pun wanita itu menyebalkan perasaan. Abel hanya mampu mengirimkan doa kerana dia dihalang untuk datang ke majlis pengebumian bekas ibu mertuanya itu.

Amsyar jelas masih berdendam dan menyalahkan Abel dan Anggun.

Abel tersenyum melihat sahabatnya sibuk melayan tetamu sambil diiringi Ziyaad. Tak berengang langsung mamat dengan minah dua ekor itu. Melekap macam belangkas.

"Kau bertuah, Fee. Disayangi dan dicintai sebegitu tulus oleh suamimu. Walhal dulu kau sangat yakin kau akan selamanya keseorangan. Kata kau, cukup tengok aku dan Amsyar bahagia, dah cukup untuk kau. " Abel berbisik sendiri.

Hati Abel sebu.

Abel ingat lagi ketika mereka masih bersekolah menengah. Oleh kerana fizikal Feeya yang berisi dan selekeh, Feeya selalu rendah diri. Pernah sekali, waktu mereka bertiga tengah makan cendol depan sekolah mereka, Feeya tiba-tiba meluah.

"Aku rasa nanti mesti aku tak kahwin weh."

"Eh, kenapa pula?" Abel menjeling Feeya. Dah cukup kenal perangai merendah diri minah ni.

"Yelah. Aku kan tak cantik. Gemuk. Muka bejerawat, berkawah. Mana ada orang nak dekat aku."

"Betul weh. Elok kau menabung bermula sekarang. Nanti dah tua daftar rumah warga emas." Amsyar terkekeh ketawa. Feeya angkat penumbuk tanda amaran. Abel turut menjeling tajam ke arah Amsyar. Mulut tak ada insurans!

"Elok sikit cakap tu." Abel menegur Amsyar yang masih tayang muka selamba.

"Kau ni pun Fee. Dah banyak kali aku cakap dekat kau kan? Kau cantik je lah beb. Kalau aku boleh nampak cantik kau, aku pasti akan ada je lelaki yang akan nampak benda sama yang aku duk tengok hari-hari. Lagi pun kan jodoh kita Allah dah tetapkan dari sebelum kita lahir lagi."

"Takdenye. Aku yakin aku akan menyingle sampai ke kubur." Bangkang Feeya.

Kau Amsyar! Aku doa kau kena tinggal dengan anak-anak kau kang. Pastu join aku kat rumah orang tua tu. Padan muka!" Feeya tak puas hati.

"Alah. Nanti kalau anak aku buang aku pun, Abel ada. Aku kan nak kahwin dengan dia.." Amsyar selamba membalas. Kacang merah dari bekas cendolnya diasingkan dan diletakkan di dalam gelas Abel. Tahu Abel fanatik kacang merah.

Feeya yang melihat adegan ala-ala k-drama di hadapan mula menjulingkan mata ke atas. Abel hanya senyum senget.

"Tapi tak apa. Nanti aku tumpang anak kau orang berdua jelah eh. I'm gonna be the single rich aunty for y'all kids. Muehehehehe."

Faith and Forever [ON GOING]Where stories live. Discover now