Bab 5

38 8 0
                                    


AMSYAR tak balik rumah selama lima hari selepas kejadian mereka bertekak. Semua panggilan  dan kiriman mesej oleh Nabela dibiarkan tak berjawab. Abel siap pergi ke pejabat Amsyar tapi staf disitu beritahu Amsyar dah lama hari tak masuk pejabat.

Abel tak tahu nak buat apa. Tak sangka sampai macam itu sekali Amsyar berjauh hati dengannya.

Nabela nekad, cukup seminggu Amsyar tak pulang ke rumah, dia akan pergi buat laporan polis.

Abel  juga dah dilanda gelombang morning sickness. Setiap pagi, dia akan luangkan masa lebih kurang 30 minit di depan mangkuk tandas untuk mengosongkan segala isi perutnya. Bersendirian dia tanggung semua ini. Tanpa figura seorang suami untuk menemani Abel.

Padahal bayi yang dikandungkan ini anak mereka.

Disebabkan tengah serabut pasal kehilangan suaminya, Abel belum sempat ke klinik untuk mengesahkan kehamilannya. Tetapi mengikut applikasi period trackernya, kandungan ini baru masuk minggu kelima. Masih terlalu awal.

Nabela juga sangat mengabaikan diri sendiri.Makan pun bila perut betul-betul kejang kerana kebuluran. Selagi tak sakit perut, selagi itu jugalah dia lupa yang dia belum jamah apa-apa.

Mana Amsyar pergi?

Bukan Am tak tahu dia sendirian di sini. Keluarga dan sahabat jauh di tanah air. Nabela dihimpit rasa sunyi yang teramat sangat. Mahu diluahkan kepada Feeya, dia tak mahu menganggu sahabatnya yang seorang itu.

Fee sekarang sedang sibuk menguruskan Ziyaad yang masih perlu berulang-alik ke fisioterapi di hospital. Mana nak urus anak dia lagi. Abel tak mahu tambah serabut sahabatnya itu.

Malam kelima, sedang Abel duduk merekod di atas katil seorang diri di dalam gelap, dia terdengar pintu diunlock. Bunyi password pintu ditekan dan serta merta, bau minyak wangi Amsyar mula memenuhi rongga hidungnya.

Abel tak menangis pun bila Amsyar marah dan suruh dia gugurkan kandungan.

Abel langsung tak menangis bila Amsyar putuskan semua jenis cara komunikasi dengannya.

Tetapi hanya dengan bau perfume lelaki itu, Abel rasa nak pecah dada menanggung rasa sedih.

Sungguh, Abel sangat rindu.

Tapi Abel keraskan hati. Dia pura-pura tidur apabila bunyi derapan kaki Amsyar semakin mendekat.

Amsyar mengeluh perlahan bila ruang tamu rumah sewanya gelap gelita. Padahal baru pukul 8.35 malam. Nabela jarang tidur awal. Dia kenal isterinya itu. Paling awal pun, pukul 11 malam.

Amsyar menolak perlahan kamar tidur mereka suami isteri. Tidak dia hiraukan keadaan rumah yang seperti baru diceroboh oleh pencuri.

Dia baca semua mesej yang Abel hantar. Dia terima semua panggilan daripada si isteri. Tapi dia perlukan masa bersendirian untuk berfikir.

Lama betul berfikir, lima hari ya Amsyar?

Abel tidur membelakangkan pintu. Amsyar hanya nampak belakang badan wanita kesayangannya itu.

Tanpa sebarang kata, Amsyar panjat katil mereka. Dia selit lengan kanannya di bawah bantal Abel sambil merangkul erat tubuh yang semakin susut itu. Hatinya hampir luluh. Baru lima hari dah begini surut tubuh Abel?

Abel keraskan badan. Walaupun dia sedikit terkejut apabila diperlakukan sedemikian, dia masih berpura-pura tidur.

"Sayang..." Amsyar berbisik lembut di ubun-ubun Nabela. Rasa bersalah tak perlu dicerita, tertumpah hingga membanjiri relung perasaan lelakinya.

Amsyar tahu Abel belum tidur. Dia boleh rasa titisan panas air mata Abel jatuh terkena lengannya yang menggantikan bantal wanita itu tadi. Dia boleh rasa dada si isteri yang berombak tidak tenang sejak tadi.

Faith and Forever [ON GOING]Where stories live. Discover now