Bab 10

57 10 4
                                    

AMSYAR masih menjauhkan diri daripada isterinya semenjak Abel sedarkan diri beberapa hari lepas. Bila doktor dah benarkan Abel untuk pulang ke rumah, lelaki itu hanya memesan khidmat e-hailing. Dibiarkan sahaja si isteri yang masih lemah pulang dengan stranger.

Lelaki itu banyak menghabiskan masa menunggu mommynya di ICU. Bukan boleh masuk dan jenguk pun. Tapi dia lagi rela duduk dan habiskan masa di luar daripada kena menghadap muka Abel dan Anggun.

Anggun dijaga oleh Feeya sehinggalah hari Abel pulang ke kediaman mertuanya. Feeya hantar semula anak itu kepada ibunya walaupun berat hati dia nak lepaskan si kecil. Bukan apa, boleh nampak dengan jelas di muka Abel yang dia masih lemah.

Larat ke sahabat dia tu nak jaga anak?

Bukan ada sesiapa pun yang boleh tolong Abel uruskan Anggun. Newborns ni memang mencabar. Walaupun dulu Zein banyak menghabiskan fasa tersebut di NICU, masih terasa penatnya ke hulu ke hilir menguruskan manusia kecil itu.

Feeya beruntung sebab ada keluarga yang menjadi tulang belakangnya ketika itu. Abel? Nak harapkan siapa? Kedua ibu masih tidak sedarkan diri. Ayah Abel dah lama tiada. Satu-satunya adik lelaki Nabela sedang sibuk menguruskan ibu mereka.

Nabela tolak cadangan Feeya supaya dia tinggal di rumah sahabatnya itu sementara menunggu keadaan bertukar menjadi tenang semula. Feeya boleh tolong tengok-tengokan dua beranak itu. Sudah semestinya Abel tak nak. Dia tak mahu menyusahkan sesiapa. Biar dia jaga diri dia sendiri.

Disebabkan dia tak mahu Abel stress, dia setuju sahaja dengan permintaan wanita itu. Tapi dia dah minta izin dengan Ziyaad supaya benarkan dia datang jenguk Abel setiap hari. Ziyaad okay sahaja sebab dia tahu kedudukan seorang Nor Nabela dalam hidup seorang Feeya Athiya.

Hampir meroyan makcik seorang tu bila dia nampak Abel turun dari kereta e-hailing itu. Sejam dia tunggu Abel di rumah Amsyar, alih-alih dia kena tengok wajah letih itu membawa diri dengan bersusah-payah tanpa suami di sisi. Bertuah punya Amsyar!

Kau sabau jap Amsyar. Tahu lah nasib kau nanti.

"Mana Amsyar?" Bising Fee sambil membantu Abel mengangkat segala barang yang dibawa pulang dari hospital masuk ke dalam rumah.

"Anggun dekat mana?" Soalan Fee dibalas dengan soalan oleh Abel. Dia malas nak bercakap pasal lelaki itu. Sudah puas dia menangis. Abel tak mahu kalah dengan air mata lagi.

"Ada, aku dah bawa dia tidur dalam bilik kau tadi. Sorry masuk bilik kau laki bini tanpa izin.." Abel dipimpin masuk ke rumah. Langkahnya lambat dan pendek-pendek. Patutnya dia bawa je kerusi roda Ziyaad tadi. Nak dukung Abel takut dua-dua jatuh ke lantai. Panjang pula ceritanya nanti.

"Tak apa...Susah tak jaga dia?Aku minta maaf kena susahkan kau.." Abel rasa bersalah yang amat. Sudahlah Feeya pun ada anak kecil sendiri yang perlu diuruskan, terpaksa pula ambil bela anak dia..

Pembantu rumah Amsyar menyambut huluran beg Abel di muka pintu rumah mewah itu. Terhenti sekejap perbualan dua wanita ini.

"Bik, tolong panaskan makanan yang saya bawa tadi ya.. Lepastu rebuskan sekali herba yang saya bawa. Ikut je arahan yang ada dekat paket. Japgi saya turun ambil ya."

"Baik, buk." Bibik dari negara seberang itu terus lesap ke dapur.

"Kat mana kita tadi?" Biasalah, memory span Feeya kan macam ikan emas.

"Anggun.."

"Oh ya, menantu aku tu.."

"Ish kau ni. Apa pulak susah.. Anak kau tu lagi senang nak jaga daripada Zein kau tahu? Nangis bila lapar dengan yak je. Tak pun bila pampers dia dah penuh dengan air kencing je. Kalau bangun pun diam je pandang syiling. Sikit lagi aku nak suruh Ziyaad ruqyah si kecik tu."

Faith and Forever [ON GOING]Where stories live. Discover now