Bab 11

35 10 0
                                    

SEJAK kejadian Amsyar melarang Abel untuk tidur dengan Anggun, Abel mulai dingin dengan suaminya. Kalau dulu, boleh lah dia bagi muka. Sekarang bila Anggun dah lahir, naluri keibuan dalam diri Nabela menghalang dia untuk terus menerima segala kelakuan buruk Amsyar.

Mummy mertua dan ibunya masih dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Selagi mana ibunya tidak bangun, selagi itu Amsyar berdendam dengan Anggun.

Nama sahaja dalam pantang tapi Abel tak macam orang dalam pantang pun. Segala bertungku, mandi herba, urut semua dia tak pernah merasa.

Semua sebab Amsyar dah batalkan perkhidmatan pakej berpantang yang dia tempah sebelum ini.

Bukan itu sahaja, Amsyar juga melarang Feeya dari datang ke rumah dan menjenguk isterinya itu. Tiap kali Fee datang, dihalaunya pulang.

Mengamuk besar si Feeya. Tapi apa boleh buat, Amsyar punya kuasa total ke atas diri Abel.

Sesungguhnya Allah sahaja tahu perasaan serabut yang menimpa diri ibu baharu itu. Dia hanya ada bibik untuk membantunya menguruskan si kecil Anggun. Tapi bibik pun tak pernah ada anak, jadi dia nak tolong puan pun tak berapa nak pandai. Hanya mengikut arahan yang dikirimkan oleh sahabat puannya melalui kiriman mesej sahaja.

Ditakdirkan pula Anggun berubah menjadi seorang bayi yang high-demand. Perlu sentiasa dekat dengan Abel. Seawal usia empat minggu, dia dah pandai menangis bila ibu hilang daripada radar mata. Mahu sentiasa digendong dan didukung.

Mungkin anak ini juga mengerti, dia hanya ada ibu sebagai tempat menagih kasih sayang.

Masalah timbul bila Anggun terlalu clingy sampai tak boleh nak buat apa-apa benda. Waima mengunakan tandas juga Anggun perlu didukung bersama.

Abel hanya mandi apabila anak kecilnya itu tidur nyenyak dalam bilik bibik. 

Sengaja dia jauhkan Anggun daripada ayah anaknya itu. Dia dah hilang kepercayaan kepada Amsyar. Entah apa yang bakal dia lakukan jika dibiarkan dia keseorangan bersama anak kecil itu.

Amsyar sendiri tidak ambil peduli tentang Anggun. Dia hanya sekadar meminjamkan nama dan menghulurkan wang sahaja. Yang lain, dia tak berminat nak masuk campur. Amsyar juga lebih gemar menghabiskan masa dengan telefon. Entah apa yang menarik di gadjet petak itu pun tak tahu lah.

Harini Abel rasa extra stress. Anggun tak berhenti-henti menangis. Diberi susu, laju je si kecil ludahkan balik. Sudah diperiksa lampin, tak penuh pun.

Letih tak tahu nak buat apa, Abel letak je Anggun di katil dan biarkan je anaknnya menangis. Sampai merah muka-muka.

Amsyar tak ada. Keluar ke hospital macam kebiasaannya.

"Ambik bantal tekup muka anak kau." Tiba-tiba suara halus kedengaran berbisik di telinga Abel.

Terus dia toleh ke kiri dan kanan untuk cari pemilik suara itu. Tapi tak ada. Dalam bilik tersebut hanya ada dia dan Anggun sahaja.

"Kau tengok tu. Dari tadi tak berhenti menangis. Elok kau bunuh je budak tu. Sebab dia juga laki kau dah tak sayang kau!!" Suara halus tersebut seakan menjerit.

Abel tekup kedua belah telinganya. Mana dengan tangisan Anggun yang nyaring. Di tambah pula dengan suara misteri itu. Abel serabut.

"Kalau kau bunuh dia, hilang beban kau. Laki kau pun nanti confirm sayang kau balik. Apa kau dapat dengan pertahankan dia? Silap-silap esok lusa kau jadi janda."

"Diamm!!!" Abel menjerit. Makin kuat tangisan Anggun dek terkejut dengan jeritan ibunya.

Abel pandang lemah Anggun yang menangis. Merah muka anak itu. Abel pandang juga bantal yang ada di sisi si kecil.

Faith and Forever [ON GOING]Where stories live. Discover now