Bab 2

40 9 6
                                    

SEJAK kejadian pairing yang dilakukan oleh Cikgu Zubaidah tempoh hari, Amsyar dan Nabela mula rapat. Lagipun hanya Nabela yang tahu rahsia Amsyar yang satu itu. Tentang kenapa Amsyar jarakkan diri daripada semua perempuan di dalam kelas mereka, tentang kenapa lelaki ini hanya bercakap bila perlu sahaja.

Walaupun Nabela tak faham apa kaitan ada peminat fanatik dengan keupayaan untuk kekal fokus dalam pembelajaran, dia malas nak bertanya. Untung tau kawan dengan budak paling pandai dalam kelas ni, boleh dia minta Amsyar jadi tutor tak berbayar dia untuk subjek Matematik.

Upahnya? Nabela terus rahsiakan perihal Amsyar.

Kacang je, bukan masalah gue katanya si Nabila.

Amsyar okay sahaja. Lagi seronok sebab dia ada alasan untuk terus mendekati Nabela. Ya, panggil dia gila dan tak berpegang kepada prinsip sendiri. Kata nak fokus belajar? Taknak main cinta?

Apa boleh buat, kali pertama pandangannya mendarat ke wajah Nabela, dia terus jatuh hati.

Sebab itu dia tak kisah Nabela terus gunakan dia.

Duo belangkas vogue kini dah bertambah satu ahli. Belangkas jantan bernama Amsyar.

Keluar rehat pun sama-sama tau.

Feeya mula nak merajuk. Mana mahunya si gebu nak kongsi bestfriend dia dengan orang lain. Jadi bila Abel dengan Amsyar asyik melekat berdua je, Feeya mula protes.

Pinggan nasinya yang masih berbaki sedikit nasi dan ayam goreng dibawa pergi menjauhi meja makan kantin tempat mereka bertiga duduk. Sakit hati tengok Abel asyik melayan sembang Amsyar je.

Nabela dapat baca rajuk sahabat baiknya itu.

"Ayok Bel, Fee merajuk.." Amsyar mengagah.

"Kau lah ni, asyik ajak aku sembang pasal The Hunger Game. Aku lupa pulak Fee tak berapa gemar cerita tu.."

Nabela bangun dan membuntuti Feeya yang keruh air mukanya.

"Fee..Merajuk dengan aku ke..." Nabela menyertai Fee yang tengah basuh tangan di singki..

"Tak." Kalau dah tanya sepuluh patah,jawab sepatah macam ni,, memang confirm tengah merajuk.

"Fee. Tak kan kau jealous dengan Amsyar kut?" Feeya buat tak dengar. Terus angkat kaki nak balik kelas. Nabela terus mengekor sahabatnya. Amsyar dibiarkan seorang diri di kantin.

"Fee, tunggu lah aku.."

"Kau pergi lah dekat Amsyar tu. Kenapa ikut aku?" Ha kan, betul lah tu tengah cemburu dekat Amsyar.

Feeya bukan apa.. Haritu bukan main tak suka dengan Amsyar. Tapi lepas kena pasangkan dengan Cikgu Zubaidah, terus melekat ek.

Dah 10 tahun dia kawan dengan Nabela tau. She was all mine before. Kacau je lah Amsyar tu!

Jangan salah anggap pula. Si Feeya ni tak songsang tau. Cumanya Abel tu jelahh kawan dia dunia akhirat. Yang selalu ada dengan dia dalam susah dan senang. Yang sanggup kawan dengan dia dan tak pernah nak buli Fee hanya sebab dia montok.

Sampai di kelas, Feeya duduk bersilang tangan.  Pandangan dilemparkan ke tingkap. Abel sedaya upaya menahan ketawa.

Dah besar panjang pun masih merajuk macam budak tadika!

Faith and Forever [ON GOING]Where stories live. Discover now