Bab 7

30 9 1
                                    

ABEL diterbangkan ke Malaysia apabila kandungannya hampir mencecah 8 bulan. Dengan kebenaran daripada doktor yang bertugas menjaga kebajikan Abel dari awal usia kandungannya, keduanya bersetuju agar anak mereka dilahirkan di tanah air tercinta.

Tapi Amsyar tidak sama pulang. Hanya menghantar pemergian isteri di lapangan kapal  terbang Haneeda. Bukan sengaja dia tak mahu temankan Abel, tetapi cuti yang dia pohon tidak diluluskan pihak HR.

Hubungan Abel dan Amsyar sejak kejadian di klinik beberapa bulan yang lepas telah pulih. Tetapi Abel masih dapat rasakan lompong antara dia dan Amsyar. Amsyar seolah menjauhkan diri daripadanya.

Amsyar semakin berubah. Sudah tidak seperihatin ketika mereka mula berkahwin. Mood pun pasang surut. Kadang-kadang okay, kadang-kadang sedingin salju.

Tuhan sahaja tahu betapa resahnya hati bakal ibu ini. Pernah dia terfikir untuk gugurkan sahaja kandungan ini. Kalau itu sahaja caranya untuk kembalikan seorang Amsyar yang seperti dahulu, Nabela sanggup.

Tetapi dia cepat-cepat beristighfar. Mana mungkin dia bunuh anak ini. Kasih sayangnya sudah tumpah kepada anugerah kiriman Tuhan yang satu ini.

Jadi Abel tak terkejut pun bila Amsyar beritahu dia tak boleh nak ikut balik ke Malaysia. Tak terkejut tapi kecewa tetap memenuhi ruang rasa wanita ini.

"Jaga diri, nanti I try minta cuti sekali lagi." Amsyar memujuk lembut.

Seperti isteri-isteri di luar sana, Abel impikan kehadiran Amsyar di sisi apabila dia lahirkan zuriat mereka nanti. Dia ingin Amsyar jadi orang yang pertama pegang dan lihat anak itu. Apalah daya dia, terpaksa terima sahaja dengan senyuman kelat.

•········ʚ ɞ ········• •········ʚ ɞ ········•

Abel menatap dengan mertua sementara menunggu dirinya 'meletup'. Kedua-nya masih bekerja walaupun sudah lanjut usia. Maka, banyak masa Abel dihabiskan bersama orang gaji rumah suaminya, Mak Senah.

Jumpa Puan Mardiah dan Encik Amirul, ibu bapa mertuanya itu hanya ketika makan malam.

Sejujurnya Abel sedikit kekok. Yalah, lepsas kahwin dia dan Amsyar terus pindah ke Jepun. Belum sempat pun nak bonding dengan orang tua Amsyar.

Nabela dah minta nak pulang ke kampung namun tak diizinkan Amsyar. Katanya kediaman ibu bapanya lebih dekat dengan hospital yang sudah ditempah untuk kelahiran anak mereka.

Sesungguhnya Nabila sangat keliru. Asmyar boleh jadi prihatin dan sambil lewa dalam masa yang sama.

Kenapa sambil lewa?

Kerana boleh dikatakan semua persiapan menyambut anak mereka yang bakal lahir diuruskan oleh Nabela seorang diri. Mujur ada Feeya sebagai tempat untuk merujuk.

Segala baju-baju, produk penjagaan serta barang keperluan bayi Abel yang uruskan. Amsyar tak ambil pusing langsung. Lelaki itu hanya hulur kad debit dan anggap tugasnya selesai.

Abel hanya mampu memendam rasa melihat pasangan suami isteri yang kelihatan sangat mesra ketika memilih barang untuk bakal anak masing-masing. Dia? Seorang diri.

Mujur ada Feeya. Sanggup tinggal Zein di rumah demi menemani sahabatnya membeli-belah.

"Kau ni biar betul??" Terkejut beruk Feeya bila Abel bagitahu yang dia masih belum beli apa-apa untuk anaknya. Sebelum ini, bila Abel sampai je di kedai barangan bayi, mesti dia jadi blank. Tak tahu apa yang nak dibeli. Akhirnya dia balik dengan tangan kosong.

Faith and Forever [ON GOING]Onde histórias criam vida. Descubra agora