Bab 9

41 8 3
                                    

KEPALA Nabela rasa sangat sakit dan berat. Seumpama dihempap seketul batu gergasi. Dia mahu buka mata, tetapi kelopak matanya kejung seperti dilekatkan dengan gam gajah.

Dia dengar segala bunyi di persekitaran wad tersebut. Di dalam 'tidurnya', Abel tahu dia kembali ke hospital semula. Telinga tajam menangkap segala derap kaki, tangisan ahli keluarga dan rakan terdekat.

Dia boleh dengar dengan jela suara Feeya yang tak pernah gagal mengalunkan Surah Yassin setiap kali dia datang melawat.

Tak ketinggalan, suara lelaki yang dirinduinya, Amsyar.

Rasa nak menjerit sebab gagal bangun. Dia rindu nak tatap wajah suaminya itu. Rindu mahu menyentuh kesayangan miliknya yang sudah lama terpisah itu.

Anggun! Entah bagaimana keadaanya anak kecil itu.

Nabela pun tak tahu berapa lama dia tidak sedarkan diri. Setelah beberapa kali percubaan untuk membuka mata yang asyik gagal, akhirnya cahaya mula direflekskan ke dalam retina wanita ini.

Waktu dia sedarkan diri, bukan Amsyar yang ada di sisi tetapi sahabatnya. Abel capai jari Feeya yang belum perasaan akan keadaan dirinya. Disebabkan rasa perit yang melampau di tekak, Abel tidak berjaya mengeluarkan sebarang suara untuk memanggil.

"Abel? Ya Allah kau dah sedar ke? Allahhh alhamdulillah Ya Allahh.." Terus meleleh air mata Feeya. Tuhan sahaja tahu berapa lama dia tunduk sujud di sejadah pada setiap rakaat terakhir sujud solat fardhu siang dan malam; meminta supaya Allah memanjangkan lagi pinjaman seorang sahabat baik kepadanya.

Terus Feeya menekan butang kecemasan yang ada di kepala katil Abel.

"Nurse! Doktor! Kawan saya dah bangun!" Feeya cemas memanggil sesiapa sahaja yang boleh mendengar.

Pegawai perubatan di situ terus meluru masuk dan memeriksa keadaan Abel yang masih lemah. Feeya diminta keluar sebentar bagi memberi ruang kepada Abel untuk dirawat. Feeya tak tunggu lama, terus pergi ke wad yang menempatkan ibu mertua Abel. Amsyar perlu tahu keadaan Feeya.

Dalam kesibukan semua menjalankan prosedur, mereka terlupa yang seorang Abel ni dah hampir empat hari tak minum. Kering tekak itu lah yang menyebabkan kerongkongnya terasa begitu kelat dan sakit. Mujur ada seorang jururawat yang perihatin. Macam tahu-tahu je Abel tengah dahaga, terus disuapkan air menggunakan straw.

Bibir Abel pecah dan merekah. Badan Abel penuh dengan luka-luka kering yang semakin sembuh tetapi masih menyakitkan.

Tepat doktor menyelesaikan tugasan, Amsyar sampai di wad Nabela. Feeya dan suaminya, Ziyaad juga ada sekali.

"Encik Amsyar?" Doktor dengan tag nama Farhana itu cuba mengesahkan mana satu antara dua lelaki yang sedang berdiri di dalam bilik ini ialah suami pesakitnya. Ya lah, sepanjang Puan Nabela dirawat, jarang sekali ada figura lelaki yang menemani. Padahal di dalam carta maklumat peribadi Abel, tertera jelas nama sang suami.

"Ya saya." Amsyar menyahut. Sejak dia masuk ke dalam wad ini, tidak sekali pun dia pandang Abel. Sanggup lagi tengok hiasan lukisan yang tergantung di wad first class itu. Tetapi dia tetap mengambil duduk di sebelah katil Nor Nabela setelah dijeling oleh Feeya.

Feeya dan Ziyaad seterusnya keluar untuk memberi ruang kepada Amsyar, Nabela dan Doktor Farhana.

"Oh ya. Baik Encik.. Alhamdulillah keadaan Puan dah bertambah baik. Buat masa sekarang dia masih sedikit lemah tetapi InShaAllah dengan rehat yang mencukupi, lagi tiga atau empat hari Puan akan pulih sepenuhnya. Cuma kena bagi extra care dekat jahitan C-zer dia, haritu tertetas waktu kemalangan." Amsyar hanya mengangguk-angguk. Tiada sebarang soalan daripada lelaki itu.

Faith and Forever [ON GOING]Where stories live. Discover now