Bab 4

40 7 3
                                    

SHOWER ditutup. Tuala yang tersidai di tepi stall shower dicapai. Lap-lap secukup rasa, rambut yang masih basah dibiarkan sahaja unattended.

Eidrees pandang sekali lalu jam digital di sebelah katilnya. Baru 7.15 malam. Awal lagi ni. Maghrib pun belum masuk waktu.

Dia dah janji dengan papa nak dinner pukul 8.30 malam. Tolak tambah bahagi darab, masih ada dalam satu jam lebih lagi.

Eidrees buat keputusan untuk lepak di atas katil. Badan yang sejuk terdedah kepada aircond Eidrees buat tak tahu. Lagi sejuk lagi seronok.

Hari ni merupakan hari yang amat panjang baginya. Kafe sibuk betul suasananya. Hujung minggulah katakan. Staf pula berjemaah minta cuti, jadi terpaksa Eidrees sendiri turun padang.

Lenguh badan tak usah dicerita. Seharian di gym pun tak se-semput ini. 

Tapi Eidrees seronok. Kafe yang sedang diusahakannya diwarisi oleh uminya. Terasa satu connection jiwa yang tak pandai dia nak gambarkan setiap kali dia berada di ruangan itu. Terasa umi ada bersama.

Also being busy make him forget the loneliness that lingers in his heart.

Eidrees hampir menyerah kepada rasa mengantuk bila tiba-tiba telefonnya berdeting.

Ting
Ting
Ting
Ting
Ting

Makhluk mana lah yang menganggu tenangku ini Ya Tuhann. Satu dengusan kasar dilepaskan 

Telefon bimbit dicapai.

Mesej daripada sepupu pantas dibuka. Empat keping gambar anak saudaranya dipandang dengan penuh kasih sayang.

Pipi merah bulat memenuhi skrin telefon bimbitnya. Baby boy yang seorang itu dipakaikan baju onesie beruang berbulu warna coklat. Sangat comel!

📥:Baby pesan dekat Paklong jangan tidur maghribb 🤪'

Cis. Tahu-tahu je jantan ni.

Untuk mengembalikan rasa sakit hati, Eidrees balas dengan menaip;

📤: Comelnya baby. Tak macam babah dia pun? Mesti babah dia babah angkat.

Telefon dia campak ke sisi katil sambil tergelak seorang diri. Seronok dapat kenakan balik sepupu kesayangan dia tu.

Serentak dengan itu, azan maghrib berkumandang. Terus Eidrees bangun dan melangkah ke bilik air untuk mengambil wudhuk.

Kekasih hati dah panggil menghadap, tak elok lewat-lewatkan walaupun sesaat.

∘•········ʚ ♡ ɞ ········•∘ ∘•········ʚ ♡ ɞ ········•∘

Rambut potongan wolf-cut dikemaskan rapi. Kejap lagi confirm papa bising sebab rambut dah sedikit panjang. Padahal memang sengaja dia panjangkan begitu. Baru lah extra kacak!

Jaket kulit hitam Eidrees sarung ke badan. Kunci motor, telefon dan helmet dicapai.  Setelah memastikan segala suis dan rumah dikunci, jejaka ini berlalu turun ke parking bangunan yang didiaminya.

Beberapa minit kemudian, motorsikal jenis caferacer Suzuki SV650X menderum perlahan meninggalkan perkarangan kondominum itu.

Sengaja dia pilih untuk travel dengan motorsikal walaupun trafik malamni tak ada lah sesak mana. Lagi layan ride sambil angin lembut menyapu muka.

Sepanjang perjalanan, tak terkira banyaknya kepala gegadis yang tertoleh ke arahnya. Belum campur yang menjerit suka bila Eidrees parking di sebelah ketika lampu isyarat bertukar merah. Ingat orang kat luar tak dengar ke kalau dah menjerit serupa  kena sampuk syaitan?

Faith and Forever [ON GOING]Where stories live. Discover now