LIMA BELAS;

187 18 0
                                    

" When The Moonlight Comes, You and I Become ONE. "

SUDAH beberapa kali aku menukar posisi tidur, tapi mimpi belum dapat aku gapai.

"Kenapa susah sangat nak tidur ni?"

Aku menghela nafas lembut. Lama aku berfikir, masuk hari ni, sudah beberapa hari aku di sini.

Sampai bila nak tinggal sini? Nak tak nak, aku kena balik juga.

Fikiranku menerawang ke kejadian petang tadi.

"Dia orang cuma tengok sebab awak cantik sangat, Mel."

Aku diam tidak membalas, hairan dengan jawapan pelik Megat. Namun, langkah Megat tetap aku ikuti sehinggalah dia tiba- tiba berhenti di kawasan lapang yang kelihatan seperti taman. Dari jauh sudah aku dengar alunan muzik yang merdu di sini. Terdapat satu platform kayu di tengah- tengah laman yang dihias dengan langsir putih, seperti yang pernah aku lihat platform tarian untuk zaman dulu- dulu di dalam drama.

Di sekeliling itu pula, kelihatan anak-anak gadis berpakaian labuh berwarna ungu muda, pakaian penari yang tidak pernah aku lihat di mana- mana. Di satu sudut, terdapat sekumpulan lelaki yang bermain muzik dahulu kala yang sudah tidak aku tahu namanya.

"Ini tempat apa?"

"Jom?" Tanpa menjawab, Megat Danial menarik tanganku untuk masuk di celah- celah kebanyakan penari tersebut.

"Relakskan tubuh awak, sayang.."

Pipiku memerah. Sayang?

Nampaknya Megat sedar tentang keadaan diriku yang malu, jadi tawanya terlepas. "Comelnya Melissa saya ni,"

Sedar tak sedar, aku dan Megat menari sehingga kami benar- benar sudah berada di tengah platform. Kelopak bunga mawar yang tiba- tiba jatuh dari atas membuatkan deria bauku menghidu wangi mawar merah, menaikkan lagi suasana romantis.

"Melissa sayang.." panggil Megat Danial. Mata kami saling bertatap, entah kenapa, kali ini aku berani tidak memutusan renungan itu dulu. Wajah Megat, semakin lama semakin mendekat. Dadaku kian berombak laju.

Nafas kami hampir bersatu, tinggal seinci saja yang memisahkan jarak itu.

Suara muzik itu tidak aku dengar lagi.  Bayang penari- penari itu juga sudah hilang, ibarat ditelan bumi. Waktu itu, seperti tinggal aku dan Megat sahaja. Seperti hanya kami berdua di dunia itu.

"Melissa Puteri!"

Suara keras seseorang yang aku tidak kenali membuatkan aku tersentak dan tersedar. Terus aku mengucap pangjang sambil menolak kasar dada Megat Danial. Tangan gagah lelaki itu yang selama ini tak aku sedar melilit di pinggang, aku rungkai dengan kasar. Tanpa kata, aku berlalu pergi dari situ dengan langkah yang laju, pulang ke teratak bonda.

Megat Danial yang ditinggalkan di situ mengepal penumbuk. Matanya memerah, hilang terus raut wajah lembut, dan yang tinggal hanyalah wajah bengis yang menakutkan.

"Jangan ganggu urusan aku!" Keras Megat Danial bersuara.

"Pulangkan perempuan itu!" Suara itu berbunyi lagi.

"Sial! Aku takkan pulangkan!" Megat Danial menyeringai. "Dia milik aku!"

Papp!!

Lamunanku terhenti. Aku bangun dari pembaringan. Ada barang jatuh ke?

Akhirnya mata aku terhenti pada sikat yang berada di atas lantai. Aku bangun, ambil sikat dan letak semula di atas almari solek. Selesai, badanku kembali berbaring di atas katil yang disediakan oleh bonda.

"Melissa..."

"Melissa..."

Dahiku berkerut. Siapa tu?

"Tinggalkan tempat ini!"

Aku menggenggam selimut. Rasa takut sudah mula menguasai diriku.

Kriuk—

Tiba- tiba almari solek itu bergegar hebat seperti ada menggoncangnya. Badanku menggigil. Ya Allah...
Nafasku sudah mula tersekat- sekat.

"Megat!" Aku menjerit kuat. Tidak sampai sesaat, Megat sudah sampai di depanku. Aku yang patutnya hairan dengan kelajuan lelaki itu datang tidak terfikir langsung dan hanya berasa lega, bahawa aku sudah tidak keseorangan.

Mata Megat mencerut tajam memandangan almari solek itu. Lama- kelamaan almari solek itu berhenti bergetar. Megat Danial berdiri di atas lututnya sambil memegang bahuku lembut. Wajahnya penuh risau dan prihatin.

"Tenang sayang.. " Megat mengusap bahuku lembut lalu dahiku dia kucup perlahan.

"Melissa selamat sekarang.." pujuknya lagi.

Setelah beberapa minit, aku dapat bernafas dengan lancar semula namun dadaku masih berderau takut.

"Melissa okay?"

Aku hanya mengangguk. Tidak mahu bercakap apa- apa lagi dan hanya mahu tidur.

Ada yang tak kena dengan tempat ni.

MELISSA : TWO WORLDSWhere stories live. Discover now