ENAM;

717 42 2
                                    

"When The Moonlight Comes, You and I become ONE."

Aku tersentak ke belakang apabila kerusi aku ditendang kuat oleh seseorang. Serentak dengan itu tudung sekolah yang tersarung di kepala ditarik kuat ke belakang sehingga menampakkan anak rambutku.

"Ahhhh!!!!" Jeritan tak dapat ditahan kerana sakit yang amat. Pin yang berlanggar kuat dengan daguku menyebabkan luka- luka kecil yang amat pedih.

"Laaa, sakit ke Melissa? Opps!" Terus kepala Melissa pula sengaja dilepaskan dengan kuat dan tiba- tiba sehingga terhantuk ke meja.

"Ya Allah, sakit ya Allah... to- tolong berhenti. Sakit.." Melissa merayu perlahan. Kepalanya terasa berpinar- pinar. Dunianya seakan berpusing- pusing. Namun telinganya hanya menangkap bunyi gelak tawa gadis- gadis kaya tersebut.

Kepalanya kembali dicengkam. Tak cukup dengan itu, tudungnya ditarik sehingga tercabut dari kepalanya. Gadis- gadis itu kembali ketawa. Tawa yang amat menjengkelkan di pendengaran Melissa. Tawa syaitan bertopengkan manusia!

Dania, Amanda dan Mira. Ketiga- tiga orang gadis ini merupakan anak kepada usahawan terkenal. Sikapnya sudah pasti berlagak diva dan buat macam sekolah ni mak bapak dia yang punya.

"Hei perempuan! Kau ni memang jenis tak sedar diri kan? Aku dah cakap jangan rapat dengan Arif tapi kau ni tak faham bahasa!" Dahi Melissa ditunjal kasar.

"Dasar pengemis! Perempuan murah! Datang sekolah ni, cari lelaki kaya je kau ni. Nak menyundal. Dasar tak ada maruah! Dah lah kolot! Berlagak alim tapi perangai macam pelacur!" Kali ini pipi Melissa dicengkam oleh Dania kemudian satu tamparan hinggap di pipi kanan Melissa.

"Ya Allah.. tolong berhenti. Allah.." rayu Melissa. Tetapi rayuannya itu hanya dibalas dengan tendangan daripada Amanda dan Mira.

"Hei perempuan kotor. Kau tak payah nak sebut nama tuhan la kalau diri kau tu tak suci. Jijik tahu tak? Jijik!" Tengking Dania kuat. Kemudian matanya tertancap pada rantai tangan di pergelangan tangan mulus Melissa. Dania merentap kuat rantai tangan tersebut. Dia bawa rantai tangan itu merapat ke wajahnya. Diteliti perlahan. Seketika dia tersenyum sinis.

'Cantik dan asli. Ini menjadi jadi milik aku.' Desis Dania perlahan.

Bibirnya mengukir senyuman sinis. Rantai tangan itu dipakai di pergelangan tangannya. Cantik.

Kemudian dia memandang Melissa yang terduduk di atas lantai.

"Perempuan miskin. Mana kau dapat rantai tangan ni? Ini emas putih dan berliannya juga asli. Kau mencuri eh! Atau kau beli ni guna duit melacur kau? Atau sugar daddy kau yang kasi? Ah apa- apa jelah. For your information, benda ni lagi sesuai dengan aku. Cantik je. Tak sesuai dengan kau." Dania menapak mendekati Melissa.

"Kau pakai barang mahal ke murah ke, kau tetap nampak murah. Kau tu buruk, sial. Pergi cermin muka kau tu sebelum nak pakai barang macam ni." Hinanya habis- habisan.

Melissa memegang kaki Dania kuat ketika gadis itu mahu melangkah pergi. Bibirnya yang pecah, badannya dan mukanya yang lebam tidak dihiraukan. Dia cuma mahu mengambil semula rantai tangan pemberian Megat Danial. Dia sungguh sayangkan rantai tangan itu. Satu- satunya hadiah yang paling berharga dia dapat pada hari lahirnya.

"Awak, to- tolong pulangkan semula rantai tangan saya. Saya mer- rayu awak. Tolong aw- wak.." Makin kuat tangisan Melissa apabila dirinya hanya disepak kuat dan ditinggalkan di situ.

"Ya Allah, Melissa!"

MELISSA : TWO WORLDSWhere stories live. Discover now