SEMBILAN BELAS;

177 19 0
                                    

" When The Moonlight Comes, You and I Become ONE. "


BONDA keluar dari bilik itu setelah dia pasti Melissa selamat melangkah masuk ke dalam terowong keluar. Bonda membaca ayat yang diajarkan oleh suaminya kemudian sekelip mata pintu untuk masuk ke dalam bilik itu menghilang dari pandangan mata.

Kini, dia hanya mampu berdoa agar Melissa kekal berazam dan cekal untuk pulang. Terowong yang dia buka laluannya untuk Melissa memerlukan hati gadis itu yang bersungguh mahu keluar, jika tidak dia akan tersesat di sini selamanya.

Megat Danial yang tiba di anjung rumah, hairan apabila melihat bondanya sendirian tanpa gadis molek di sisi.

"Di mana Melissa, bonda?"

Bonda diam tidak menjawab.

Hati Megat Danial sudah tidak senang. Gelisah dirinya apabila tidak dapat melihat Melissa.

Lelaki itu terus meluru ke bilik yang Melissa biasa diami. Kosong. Kamar mandi kosong. Dapur juga kosong. Tidak berpuas hati, habis segenap pelosok rumah sehingga ke halaman dia mencari dengan harapan akan menemui gadis pujaannya namun tiada.

"Bonda! Melissa mana!" Hilang sabar, Megat Danial menjerit kepada ibunya sendiri.

Ayahandanya muncul di ruang anjung rumah.

"Apa yang kau terjerit ini Megat?! Sudah hilang rasa hormat kau kepada orang tua!" Suara ayahanda turut naik beberapa oktaf.

"Melissa mana?" Megat Danial bertanya sekali lagi dengan suara yang tertahan menanggung amarah. Firasatnya tidak baik.

"Aku sudah hantar dia pulang," balas ayahanda bersahaja tanpa menghiraukan anakandanya yang dihurung rasa amarah.

Megat mengetap rahang kuat sehingga berbunyi ngilu.

"Aku sudah katakan dia tidak boleh pulang!" Megat Danial menengking seraya itu, angin kuat turut bertiup sehingga pintu dan tingkap kayu terbuka dan tertutup dengan laju. Mata Megat Danial bertukar kemerahan dan suaranya bertambah garau.

"Sudahlah Megat, biarkan dia pergi. Jangan kamu siksa lagi jiwanya di sini, nak.." ujar bonda tetapi tidak dihiraukan oleh Megat.

"Kau orang memang tak mahu aku bahagia kan?! Aku mahukan juga gadis itu! Aku akan cari dia sampai dapat!" Usai Megat berkata-kata dia terus menghilang di bawa angin.

"Bagaimana ni kakanda.."

"Jangan risau. Megat pasti tidak akan dapat menjumpai gadis itu."

"Tapi.. ini bukan kali pertama berlaku. Sudah tiga kali, kanda. Risau jika Megat benar- benar menjumpai cara untuk pergi ke terowong itu kali ini."

Megat Aris terdiam. Dia cuma berharap, Melissa dapat keluar sebelum Megat Danial dapat menjumpainya.

***

"Assalamuaikum!"

"Waalaikumussalam, ustaz." Arif Azizun bersalam dengan Ustaz Azim dan anak- anak tahfiz yang datang bersamanya manakala Ayuni Mayuri hanya tersenyum tanda menyapa.

"Jom ustaz, ikut saya."

Ustaz Azim mengangguk. Dia dan anak muridnya mengikut langkah Arif dan Ayuni. Mereka berhenti di hadapan satu kawasan hutan berdekatan dengan padang sekolah.

"Di sini tempat terakhir kamu lihat kawan kamu tu?" Ustaz Azim bertanya untuk kepastian.

Ayuni menjatuhkan kepalanya sekali tanda mengiakan. "Tolong ustaz, carikan kawan saya. Dah sebulan dia hilang."

Ustaz Azim terdiam sebentar sebelum                 mengarahkan anak muridnya untuk membentang tikar buluh di atas padang. Mereka semua duduk di atas tikar tersebut. Tanpa disuruh, anak- anak tahfiz itu mula mengalunkan ayat suci al- Quran.

Ustaz Azim turut membaca doa untuk meminta petunjuk dari ilahi. Dia menepuk tanah tujuh kali kemudian mulutnya kembali terkumat- kamit membaca surah- surah di dalam al-Quran. Mata Ustaz Azim terpejam rapat manakala Arif dan Ayuni dapat melihat suasana di sekeliling mereka turut berubah. Angin bertiup kencang  dan suara burung gagak semakin kuat kedengaran.

"Jangan kau ganggu urusan aku!" Suara garau kasar bergema kuat.

Ayuni sudah ketakutan dan Arif yang turut gelisah meminta gadis itu untuk membaca surah kursi.

Ustaz Azim yang tidak menghiraukan suara tersebut masih tenang berdoa.

"Pergi! Dia milik aku!" Angin semakin kuat bertiupan seperti ribut ingin melanda mereka.

Tiba- tiba Ustaz Azim bangun dari duduknya dan melaungkan adzan. Serta-merta, angin yang tadinya seperti ribut kini kembali tenang. Tiada lagi suara aneh yang bergema.

Ustaz Azim membuka matanya. Tanpa menoleh dia bertanya kepada anak muridnya jam berapa sekarang ini. Anak tahfiz itu memberitahunya bahawa sekarang jam 5 petang.

"Kemaskan barangan, kita berpindah ke tempat lain." Arah Ustaz Azim.

Mereka kemudiannya menuju ke kawasan pagar lama sekolah yang terletaknya di kawasan yang bertentangan dengan padang. Di situ juga terdapat kawasan kebun hutan yang dijadikan tempat bercucuk tanam bagi pelajar jurusan sains pertanian. Sampai sahaja, Ustaz Azim menyuruh anak muridnya membuat persiapan. Tujuh jenis bunga, limau purut dan air embun disatukan ke dalam baldi besar yang tersedia satu gayung yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Air zam-zam yang dibacakan al-Quran turut disediakan.

"Kamu bawa baju lebih untuk tutup kawan kamu dan untuk dia bersalin pakaian nanti?"

"Bawa ustaz," jawab Ayuni.

Arif berjalan mundar- mandir sebelum dia bernekad untuk bertanya kepada Ustaz Azim. Tetapi belum sempat dia bertanya, Ustaz Azim terlebih dahulu membuka mulut.

"Ada makhluk di alam satu lagi yang berkenan dengan kawan kamu. Dia juga yang bawa kawan kamu masuk ke alam dia. Suara dia juga yang kamu dengar tu tadi."

"Tapi ustaz, suara tu tadi kita dengar kat belah sana, kenapa kita tunggu di sini?" Tanya Ayuni risau.

Ustaz Azim menggelengkan kepalanya. Dia duduk di atas tikar diikuti dengan mereka yang lain.

"Nampaknya kawan kamu tu tengah mencari jalan keluar sendiri, dan jalan itu bukan jalan masuknya yang tadi. Kita tak boleh masuk sekali, risau jalan yang dia ambil akan tambah bercabang dan makin sukar untuk dia keluar."

Ayuni sudah mula menangis mengenangkan nasib kawan baiknya.

"Habis tu sekarang apa yang kita boleh buat ustaz?"

"Teruskan membaca ayat suci al-Quran dan doa banyak- banyak. Semoga dia sempat mencari jalan keluar dengan petunjuk dari Allah sebelum senja."

"Se- sebelum senja?"

"Kalau dia gagal keluar sebelum senja, dia boleh tersesat di situ selamanya."

MELISSA : TWO WORLDSWhere stories live. Discover now