DUA;

888 66 2
                                    

"When The Moonlight Comes, You and I become ONE."

"Kamu ini dari mana Megat?" Soal ayahanda Megat apabila susuk tubuh itu memasuki halaman rumah.

Megat tidak menjawab. Hanya senyuman yang diberikan. Dirinya dibawa untuk duduk bersebelahan bapanya di atas pangkin.

"Kamu masih perhatikan gadis kecil itu?"

Megat mengangguk. Tangannya mencapai air teh yang terhidang di atas meja bersebelahan pangkin.

"Sudah banyak kali ayahanda pesan, jangan suka sama gadis itu. Dunia dia berbeza dengan dunia engkau, Megat."

"Mengapa ayahanda mahu melarang? Ayahanda sendiri juga berkahwin dengan manusia. Bonda suka sahaja tinggal di sini."

Megat Aris berdehem kuat. Matanya menjeling wajah anaknya lelaki yang selamba berbicara begitu dengannya.

"Bonda kamu lain. Kami saling mencintai dan dia mahu tinggal di sini. Gadis itu? Mengenali kamu pun tidak. Kamu fikir senang- senang sahaja mahu dia menetap di sini? Jangan mengarut, Megat Danial!" Keras ucapan Megat Aris kepada anaknya. Anaknya itu perlu disedarkan supaya berpijak di bumi yang nyata.

Jelas sekali perempuan itu bukan miliknya!

***

Baru sahaja kakiku melangkah masuk ke pagar sekolah, tubuhku menerima lemparan telur busuk dan tepung. Aku diam. Wajahku menunduk.

Aku tidak sangka, pada tanggal 8 Jun  ini, iaitu hari lahirku, aku dihadiahkan dengan kejutan sebegini rupa. Air mataku menitis jatuh membasahi pipi.

"Selamat hari lahir budak miskin! Best tak dapat hadiah 'khas' daripada aku? Yelah, kau kan miskin! Mana mampu nak beli hadiah ke apa! Hahaha!" Sindir seorang perempuan yang memakai seragam sekolah. Di bibirnya tersungging senyuman sinis bersama ketawa jahat.

Perempuan itu mendekati Melissa yang masih tercongok berdiri tanpa membuat apa- apa. Kepala Melissa yang menunduk di angkat oleh perempuan tadi supaya menghadap mukanya.

Kemudian dahi gadis itu ditunjal kasar.

"Kau tu sepatutnya sedar taraf kau tu dekat mana. Entah- entah, bawah tapak kasut aku pun tak layak. Dasar pengemis!" Terus mereka meninggalkan Melissa yang terkulat-kulat di situ.

Melissa menundukkan wajah. Dirinya berasa amat malu menjadi tontonan wayang free di sekolah ini. Pantas dia berlari ke stor sukan sekolah yang berhampiran dengan hutan.

Punggung dilabuhkan di atas bangku yang terletak di bawah pokok besar yang merimbun di situ. Tangisan yang tadi cuba ditahan- tahan terhambur deras.

Iskk iskk.

"Ya Allah, kenapa aku diuji macam ni?" Kata Melissa seorang diri. Dia yakin tiada sesiapa pun di situ sekarang.

"Sebab awak perempuan yang baik, Melissa." Jawab satu suara. Melissa menoleh ke sebelah. Terdapat satu susuk tubuh lelaki berbadan tegap duduk di sebelahnya.

Melissa mahu menjerit tetapu mulutnya ibarat terkunci. Lelaki itu mengeluarkan sehelai sapu tangan dari poket seluar sekolah lalu mengesat air mata yang mengalir di pipi mulus Melissa. Wajah gadis itu diusap lembut dengan tangan kasarnya.

Melissa masih kaku.

"Me- Megat Danial?" Ujar Melissa perlahan tetapi masih didengari lelaki kacak itu.

"Mujur sahaja awak masih ingat nama saya. Ya betul, saya Megat Danial. Kenapa awak menangis? Awak kena buli lagi ya?" Megat Danial menyoal lembut. Suaranya yang lembut itu membuatkan Melissa seperti berada di awang-awangan.

Sungguh membuai perasaan.

"Ya. Saya tahu saya miskin awak. Tapi saya tak minta pun untuk jadi macam ni. Walaupun saya miskin, saya masih ada maruah, saya masih ada hati dan perasaan. Kenapa diorang buat saya macam ni, Megat? Pada hari lahir saya sendiri?" Dia teresak- esak meluahkan. Melissa sudah tidak kesah jika dia tidak mengenali Megat Danial sepenuhnya. Dia buntu. Dia hanya mahu seseorang menjadi tempat untuk dia meluahkan perasaan yang terbuku di dada.

"Awak istimewa Melissa. Saya akan pastikan mereka menyesal buat awak sebegini rupa. Jangan menangis lagi, Mel." Megat Danial mencapai tangan kanan Melissa. Seutas rantai tangan yang terukir nama MM dipakaikan di pergelangan tangan gadis itu. Kemudian tangan gadis itu dibawa mendekati bibir lelakinya lalu dikucup mesra.

"Selamat Hari Lahir, sayang." Ucap Megat Danial ikhlas dengan senyuman lebar.

💋

MELISSA : TWO WORLDSWhere stories live. Discover now