LIMA;

747 53 0
                                    

"When The Moonlight Comes, You And I Become ONE"

"Awak percayakan cinta?"

"Cinta tak pernah wujud." Wajah yang menyoalku menoleh untuk memandang muka ayu si gadis.

Matanya memandang ke padang hijau di hadapan astaka.

"Cinta itu benar- benar wujud, Melissa."

Aku menoleh ke sebelah.

"Saya tak pernah berharap pada cinta manusia. Cukuplah sekadar cinta Ilahi. Cinta membutakan manusia, membuai jiwa dan menghanyutkan perasaan."

"Nampaknya awak masih dengan anggapan awak yang cinta tu tak memberi manfaat kepada manusia."

Melissa Puteri tersenyum kecil. Ada kalanya dia juga merasakan yang cinta itu tidak merugikan, tapi pada masa yang sama, dia pasti cinta manusia akan melalaikan.

"Saya tak pernah terfikir untuk bercinta, Megat."

Kali ini Megat Danial pula yang menghamburkan tawanya. Dia mengusap- usap belakang tengkuk, menghilangkan rasa gemuruh yang bertapa di jiwa.

"Hahaha! Awak patut ubah persepsi awak tu, sayang. Awak akan merasai nikmatnya cinta selepas ini."

Dahi Melissa berkerut. Aku? Aku bercinta?! Hahaha! Ini lawak.

"Hadirnya dia membawa seribu satu rasa. Melesapkan kesedihan yang meratapi jiwa. Menyemai benih menyemarakkan bahagia." Sambung lelaki bermata hijau zamrud itu lagi.

Melissa tersengih. Walaupun separuh hatinya menidakkan apa yang dibicarakan oleh lelaki itu, separuh hatinya lagi membenarkan kata- kata yang terzahir.

"Saya boleh menjaga awak, Melissa. Saya boleh berikan apa- apa sahaja yang awak mahu. Terima saya, Mel." Ujarnya lagi.

Dahi Melissa berkerut. Riak wajah tidak selesa ditunjukkan dengan jelas di hadapan Megat Danial.

"Saya tak faham maksud awak, Megat. Terima apa?" Soal Melissa. Benar, dia keliru dengan lelaki itu. Baru sahaja tadi bermadah pujangga, tiba- tiba dia disoal dengan pertanyaan yang boleh mengundang kekeliruan.

"Terimalah saya menjadi peneman hidup awak, Melissa." Megat Danial memandang anak mata Melissa. Menyalurkan kasih dan memperkukuhkan kepercayaan gadis itu kepadanya. Tangannya dibawa menggenggam tangan mulus gadis itu. Mahu memecahkan tembok kesangsian yang dibina oleh si gadis di antara mereka berdua.

Melissa mengeluh. Bukan ini yang dia harapkan daripada lelaki itu. Dia cuma mahukan seorang teman dan bukan seorang kekasih. Seperti yang dia katakan, dia belum mempunyai rasa untuk menyulam kasih bersama lelaki ajnabi.

Dia tidak mempunyai keinginan untuk menyandang tempat sebagai seorang teman wanita.

Tangannya yang berada di dalam tangan Megat Danial ditarik perlahan- lahan. Nafas diatur kembali. Dia tidak mahu lelaki kacak itu tersinggung dengan penolakannya kali ini.

"Maaf, Megat. Tapi, saya.. saya tak boleh. Maafkan saya." Melissa terus bangun dan berura-ura untuk beredar dari tempat itu.

Seketika Melissa menoleh ke belakang.

"Terima kasih, Megat Danial."

Megat Danial masih berdiam diri di situ. Dia tidak berganjak walaupun seinci.

"Tak mengapa sayang, aku tahu. Lambat atau cepat, kau pasti menjadi milikku."

Nampaknya aku harus pulang segera. Pasti ayahanda mencari aku. Megat Danial pantas mengusap cincin batu akik fire opal berwarna jingga kemerahan yang tersarung indah di jari manisnya.

"Drrumrgmmmmm!" Tiba- tiba muncul satu gerbang yang diperbuat daripada dahan pokok - pokok dan terdapat bunga yang menjalar dan melilit gerbang tersebut. 

Megat Danial melangkah memasuki laluan yang dibuka pintu  gerbang itu. Sebaik sahaja kakinya melepasi gerbang, suasana persekitaran turut berubah. Kelihatan dia memasuki satu perkampungan yang tenang.

Kampung Sinar Al-Qamar. Lebih dikenali dengan kampung bunian.

Langkahnya diatur laju meredah lautan manusia di pasar kampung itu untuk ke istana milik ayahandanya.

Akhirnya dia tiba di istana itu. Istana lama yang dindingnya diperbuat daripada batu marmar. Hiasannya dibuat dengan batu delima merah dan perabotnya dihiasi dengan batu permata zamrud berwarna hijau. Emas menyaluti dan menjadi ukiran di perabot yang terdapat di dalam istana itu.

"Selamat petang, tuan putera."

MELISSA : TWO WORLDSWhere stories live. Discover now