SEPULUH;

805 72 9
                                    

" When The Moonlight Comes, You And I Become ONE. "

Melissa meletakkan kepala di atas bantal setelah selesai menyiapkan kerja rumah yang perlu dihantar pada hari esok. Tangannya mencapai telefon pintar yang terletak elok di atas meja bersebelahan katil.

1 message from Ayuni Mayuri

Babe kau dah pack barang ke untuk kem nanti?

Aku belum pack lagi. Kenapa?

Tadi Cikgu Alya chat aku. Dia suruh inform kau kem sekolah diawalkan. Tak jadi buat kat Pahang sebab Covid-19 ni. Kita buat dua hari satu malam je kat sekolah..

Ooouh... bayaran macam mana?

No worries lah Mel. Tu aku dengan Arif boleh settle. Lagipun tak mahal lebih lebih lagi sekarang ni dah buat kat sekolah. Kau get ready je nak fun dengan kita orang okay?

Okay Ayuni. Terima kasih tau. Sorry susahkan kau dengan Arif.

No problem😊

Telefon pintar aku letakkan semula di atas meja. Jam tepat pukul 11 malam. Nasib baik aku sudah menunaikan solat isya di awal waktu tadi. So sekarang boleh tidur awal.

Kriukkkk!

Melissa mengeluh perlahan. Perutnya sudah berbunyi. Maklumlah tadi kali terakhir dia makan adalah pada pukul 6 petang. Itu pun hanya sepinggan nasi dan dua ketul ayam masak sos untuk makan malam.

Sudah tentu pada perutnya kelaparan.

Malas malas Melissa bangun dari pembaringan. Langkahnya diatur menuju ke dapur. Kabinet dibuka untuk mencari stok maggi. Malangnya, satu paket pun tiada makanan segera itu.

Melissa mengetap bibir. Mungkin dia terlupa hendak mengambil maggi semasa singgah di Speedmart kelmarin.

" Laparnya.. nak makan apa ni.." Bicara Melissa seperti berbisik walaupun dia tahu, memang dia seorang yang berada di dalam rumah itu.

Melissa menepuk dahi. Dah malam pula tu. Takkan nak keluar lewat macam ni? Dia dahlah tiada kenderaan. Kalau apa-apa berlaku, dia sendiri yang susah!

Akhirnya diri yang kelaparan itu dibawa ke ruang tamu.

Televisyen dihidupkan. Tanganku lincah mencari siaran TV3.

Maklumlah, rumah aku tak ada Astro. Dia tidak mampu hendak membayar ratusan ringgit setiap bulan.

Duit perbelanjaan yang ada pun hanya cukup- cukup makan. Pernah juga terfikir hendak membuat business online.

Jual kuih atau biskut.

Tapi dia takut tak laku pula.

Akhirnya dipendamkan saja niat itu. Pandai- pandailah dia survive berbekalkan duit yang sedikit daripada bapa saudaranya.

Sedang leka dia termenung, tiba- tiba mata tertancap pada pintu balkoni yang terbuka. Rumahnya ini kecil sahaja. Bilik tidur dua, bilik air satu, ruang dapur serta ruang tamu kecil dan balkoni yang terletak di ruang tamu.

Kakinya diatur ke balkoni. Malam ini sungguh indah dan mendamaikan. Bulan purnama yang megah di dada langit ditatap penuh takjub.

Cantiknya ciptaan Tuhan!

Terdengar sayup- sayup di telinganya suara seseorang.

" Wahai malam, kau sebarkanlah cintaku.. "

" Wahai angin, kau terbangkanlah rinduku.. "

" Wahai bulan, kau temanilah kekasihku.. "

" Wahai bintang, kau sinarkanlah kasihku.. "

" Agar hatinya kekal bersama denganku.. "

Melissa tersentak. Pantas kepalanya ditoleh ke kiri dan kanan. Matanya meliar memerhatikan kawasan persekitaran.

Mencari si empunya suara yang bermadah pujangga tetapi figuranya tiada.

Hanya suaranya yang kedengaran berbisik merdu di halwa telinga.

Melissa mengusap lengannya. Bulu romanya tegak. Meremang!

Pintu balkoni ditutup rapat. Dirinya dibawa semula ke dapur, hendak minum segelas air.

Melissa terkaku.

Tiba- tiba ada sebungkus mi segera di atas mejanya. Perlahan- lahan Melissa melangkah ke meja makan. Plastik itu dibuka.

Memang mi segera jenama Maggi.

Melissa terkejut. " Ma- macam mana boleh ada? " Bukankah dia sudah cari tadi dan memang dia tidak membeli mi itu?

Melissa berlari ke pintu rumah. Mahu memastikan sama ada pintu tidak berkuncikah? Entah- entah ada orang telah masuk ke dalam rumahnya!

Hairan. Pintu memang berkunci rapat.

Melissa memicit pelipisnya. Mungkin tadi dia terlalu penat sehingga tidak perasan ada maggi di atas meja.

Mi segera itu dikeluarkan daripada plastiknya. Seulas bawang putih dan bawang kecil dihiris nipis, cili padi diambil dua butir, dan telur dicuci.

Periuk kecil diletakkan di atas dapur gas. Ditumis bawang dan cili terlebih dahulu kemudian air dimasukkan ke dalam periuk. Apabila sudah mendidih, rencah dimasukkan diikuti dengan mi. Telur dipecahkan. Setelah siap, mi segera itu dimasukkan ke dalam mangkuk kecil.

Dirinya didudukkan di atas kerusi di meja makan.

" Bismillah.. "

Tanpa dilihatnya, ada satu figura memerhatikannya makan sambil tersenyum.

Dia, Megat Danial.

Gembira hati lelakinya melihat gadis yang dipuja makan dengan begitu berselera. Tidak sanggup dia melihat Melissa kelaparan sepanjang malam nanti.

" Aku cintakan kau, sayangku.. "

" Tunggu aku... "

Terus sosok tubuh itu menghilang dibawa bayu.




💜

MELISSA : TWO WORLDSWhere stories live. Discover now