DUA PULUH;

203 21 0
                                    

" When the Moonlight Comes, You and I Become ONE. "


JARIKU memutarkan tasbih selaju bibirnya yang tidak henti- henti berzikir.

Benar kata bonda, bola kaca itu bercahaya seperti lampu yang menerangi di dalam kegelapan. Aku mencekalkan hati, ya, aku harus keluar dari sini. Mataku mengecil, akhirnya aku dapat melihat cahaya yang bersinar dari jauh.

Aku mengikuti arah cahaya itu dengan keazaman yang jitu. Ada ketikanya, aku terasa seperti keliru dengan lorong terowong yang bercabang- cabang. Terowong itu pula seperti gua, yang setiap kali kakiku menapak, ia akan bergema. Tiada haiwan lain, tiada serangga. Hanya sunyi yang menyeramkan.

Setelah hampir satu jam berjalan, kakiku mulai lenguh dengan terowong gua yang sepertinya tidak berpenghujung namun segera aku mengingatkan diri sendiri yang aku tidak boleh mengalah. Tidak boleh ada sekelumit pun perasaan itu di dalam hati.

Tuhan bersama dengan orang- orang yang cekal.

Aku pasti akan menemui jalan keluar. Aku terus berjalan sehingga 15 minit berlalu kemudian langkahku terhenti. Seketika aku terdengar suara yang sayup-sayup memanggilku.

"Melissa...."

"Melissa..."

Aku semakin kuat berzikir. Langkah kakiku semakin laju.

Kini aku menjumpai tiga lorong namun tiada cahaya yang dapat aku lihat. Hatiku gelisah.

"Melissa.. jangan tinggalkan bonda.."

Aku mengetap bibir. Doa pelindung diri, surah tiga qul dan surah kursi aku baca.

'Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus' aku berdoa kemudian memejamkan mataku sambil membaca surah fatihah. Apabila aku membuka mata, tiga lorong sudah tiada, berganti dengan jalan lurus yang terdapat cahaya untuk aku jadikan sebagai petunjuk arah. Suara yang aku dengar juga beransur hilang.

Aku meneruskan kembali perjalanan. Selepas 20 minit berjalan, aku perasan bahawa semakin lama, cahaya yang aku ekori semakin besar. Pintu berakhirnya terowong gua itu semakin menghampiri dalam dua atau tiga langkah sahaja lagi.

Ustaz Azim yang menyedari waktu hampir suntuk makin kuat membacakan doa dan ayat suci Quran bersama anak muridnya dan dua orang kawan gadis yang hilang. Angin kembali bertiup kencang dan daun berguguran dengan lebatnya seperti taufan akan melanda.

"Ayuni, keluar sahaja kawan kamu nanti dari arah situ," tunjuk Ustaz Azim ke arah pokok hutan yang dahannya membongkok seperti gerbang. "Terus sambut kawan kamu dan cepat- cepat tarik dia ke sini walau pun dia meronta- ronta."

Ayuni mengangguk. Dia akan cuba sedaya- upaya untuk membantu kawannya. Ayuni melihatkan kawasan sekeliling, walaupun baru pukul 6.30 petang, suasana di sini amat mendung seperti hendak malam.

Aku cuba melangkah lagi sehingga tinggal satu tapak sahaja lagi dan aku boleh keluar dari sini. Namun suara itu bergema lagi.

"Melissa sayang.. "

"Melissa sayang, awak nak tinggalkan saya? Sayang, awak takkan dapat masuk ke sini semula bila awak keluar."

Aku terdiam. Hatiku tiba- tiba berbolak- balik apabila mendengar rintihan mendayu- dayu Megat Danial. Kasihankah lelaki itu nanti? Sedihkah dia?

Ibarat dapat membaca hatiku, dia berkata lagi.

"Saya sedih sayang.. saya sayangkan awak sangat Mel.. jangan tinggalkan saya.."

Ustaz Azim membuka matanya yang tadi terpejam ketika membaca doa. Lelaki separuh abad itu lantas bangun dari duduknya dan mengulangi perbuatannya menepuk tanah tetapi kini sebanyak lima kali. Justeru dia menyuruh salah seorang daripada anak muridnya untuk melaungkan azan menghadap kiblat sekuat- kuatnya.

"Mel sayang.. pusing menghadap saya ya.. jumpa saya buat kali terakhir.."

Aku menggigit bibir. Kenapa hati aku ragu- ragu? Aku sayangkan dia kah? Aku hampir- hampir mahu menoleh ke belakang.

"Pandang saya, sayang.."

Aku tahu dia berada di belakangku. Aku ingin mengepal penumbuk, dan tersedar bahawa aku sudah berhenti berzikir menggunakan tasbih itu. Aku kembali menggerakkan tasbih.

Seperti terbangun daripada mimpi, aku kembali teringat pesan bonda yang seketika aku lupakan.

"Ingat Melissa Puteri, sentiasa berzikir, jangan menoleh ke belakang dan ikut arah cahaya."

Jangan menoleh. Aku memfokuskan pandanganku dan sayup aku terdengar laungan adzan.

"Antara kita berdua, tiada jodoh Megat Danial. Selamat tinggal."

Dengan bismillah, aku menapak keluar menggunakan kaki kananku. Tubuhku menggigil serta- merta dan penglihatanku kelam.


"Ustaz! Melissa!"

Ayuni Mayuri pantas berlari mendapatkan Melissa yang statik dengan badan yang menggigil. Tubuh kawannya itu dipeluk. Mata Melissa tidak fokus dan tidak tentu arah. Tetapi apabila Ayuni mahu membawa Melissa pergi, tubuh kawannya itu seperti batu beratnya dan digam ke tanah.

Ustaz Azim yang melihat terus menjerit kepada Arif. "Arif! Tarik kawan kamu ke sini cepat!"

Dengan bantuan Arif, Melissa dapat dibawa berhadapan dengan Ustaz Azim. Ustaz itu memegang ubun- ubun Melissa dan beberapa potongan ayat Quran dibacakan. Kemudian, sebotol air zam- zam itu dibacakan doa dan disuakan ke mulut Melissa. Setelah beberapa teguk ditelan Melissa, tubuh Melissa kembali stabil. Tetapi gadis itu masih seperti belum sedar.

Ustaz Arif menyuruh Ayuni membawa Melissa masuk ke dalam ruang sementara yang ditutupi dengan canvas agar tidak dapat dilihat dari luar.

"Campurkan lebihan air zam-zam ni ke dalam bekas mandian tadi. Bacakan al- fatihah, 3 qul, dan ayat kursi. 3 kali gayung bahu kanan, 3 kali gayung bahu kiri dan 3 kali gayung kepala barulah bilas siramkan badannya seperti mandi biasa. Pastikan kepala dan badannya menghadap kiblat ketika dimandikan."

Ayuni Mayuri mengikut arahan Ustaz Azim dan Melissa disirami sebaik mungkin. Usai mandian, Ayuni memakaikan baju ke badan Melissa dan baju yang Melissa pakai tadi dimasukkan ke dalam beg plastik hitam untuk dibakar.

Ustaz Azim berkata mandian bunga dengan limau purut sesuai untuk menutup bauan badan semula jadi milik Melissa agar benda tersebut tidak dapat menjejaki gadis itu melalui bau. Sama seperti baju itu turut dibakar, untuk menghilangkan jejak Melissa.

Keluar dari ruangan mandi, barulah Melissa seperti tersedar sepenuhnya.. dia menatap wajah orang disekelilingnya dengan riak keliru sebelum realiti menjengah fikirannya. Dia terus memeluk Ayuni dan mereka berdua sama- sama menitiskan air mata gembira.

"Melissa, " panggil Ustaz Azim. Dia menghulurkan segelas air yang mempunyai daun sirih dan daun lain yang tidak diketahuinya.

"Selawat kemudian minum habiskan. Ini untuk tutup kembali hijab kamu yang terbuka."

Melissa hanya mengangguk dan air itu dihabiskan.

"Syukur alhamdulillah!"

Mereka semua menadah tangan  berdoa ke hadrat ilahi kerana Melissa selamat dijumpai.



MELISSA : TWO WORLDSWhere stories live. Discover now