TUJUH;

685 55 5
                                    

"When The Moonlight Comes, You and I Become ONE."

"Awak dah sedar Melissa?" Suara seorang perempuan menyapa pendengaranku.

Mata dicelikkan lebih luas. Terlihat figura Cikgu Alya yang berdiri di sebelahku. Guru itu tersenyum manis. Walau pun umurnya sudah menginjak 40- an, wajahnya masih berseri dan cantik tidak dimamah usia.

"Saya kat mana ni cikgu?" Soalku perlahan. Aku cuba untuk bangun dari pembaringan namun agak sukar. Cikgu Alya menghulurkan bantuan dengan membantuku bersandar di kepala katil. Maklumlah, katil ini katil biasa. Bukan katil di hospital yang boleh dinaikkan.

"Awak pengsan tadi. Cikgu terus bawa awak ke bilik kesihatan sekolah. Mujur kawan awak, Ayuni ada tadi. Dia yang memanggil guru disiplin semasa awak dibuli." Ringkas sahaja penerangan Cikgu Alya.

"Awak berehat dulu ya? Luka awak dah dirawat tadi."

"Err cikgu, saya duduk seorang diri je ke kat sini? Kalau boleh, saya nak balik rumah." Ujarku lembut. Aku tidak selesa di sini. Apatah lagi terdapat pekerja di sini yang seperti tidak suka kehadiranku di sini.

"Awak jangan risau. Kawan- kawan awak ada menunggu di luar. Saya panggil mereka masuk ya? Saya ada kelas, saya pergi dulu."

"Terima kasih Cikgu Alya." Aku tersenyum kepadanya. Aku benar- benar memaksudkan ucapan terima kasih itu.

***

Aku menggeleng tanda menyuruh Ayuni berhenti menyuapku. Aku tidak lalu mahu menelan bubur itu lagi. Perutku terasa sebu. Entahlah. Kesakitan pada hati lagi perit daripada kesakitan pada fizikalku.

Rantai tangan itu. Rantai tangan itu sudah tiada. Pasti lelaki itu akan kecewa dengannya kerana dia telah berjanji akan menjaga pemberian lelaki itu dengan sebaik mungkin.

"Makan sikit lagi Mel. Awak makan sikit sangat." Tegur Arif apabila aku hanya makan dua tiga suap sahaja.

"Mel, janganlah macam ni. Aku tahu kau tak makan sejak pagi tadi. Makan sikit okay? Sekarang dah pukul 12 tengah hari. Kau boleh kena gastrik nanti."

Aku memandang rakan- rakanku. Ayuni dan Arif. Dua orang ini sahaja rakan yang aku punya di sekolah elit ini.

"Umm Mel." Tiba- tiba sahaja Ayuni teragak- agak mahu berbicara. Wajah Arif juga kelihatan tegang.

"Kenapa?" Aku menjawab perlahan. Wajah mereka aku tatap. Memberi kepercayaan untuk mereka.

"Dania, Amanda dengan Mira tadi memang kena panggil masuk bilik disiplin.. tapi..hmm diorang terlepas tanpa dikenakan sebarang tindakan."

Saat itu juga air mataku menitis. Dunia ini memang tak adil kan? Kenapa orang macam aku yang sering ditindas?

Seperti aku tidak layak untuk bernafas di dunia.

Arif sudah mundar- mandir di dalam bilik sakit. Kemudian dia mengambil langkah untuk duduk di atas kerusi sebelah aku.

"Ini semua muslihat Dania tu! Mesti dia yang pujuk bapak dia minta backup. Apa dia ingat dia kaya dia boleh buat sesuka hati? Tak guna kalau kaya tapi miskin akhlak!" Bentak Arif kasar. Rahangnya diketap. Mukanya berubah merah menahan amarah yang membara.

"Tak apa lah korang. Mungkin takdir dah tertulis macam ni." Aku berserah. Aku tak tahu mahu lakukan apa lagi. Aku tiada ibu bapa. Aku tiada wang. Aku tiada pangkat. Aku tiada sesiapa.

Maruahku juga dipijak- pijak.

Yang aku ada cuma rakanku, dan sekeping hati yang dimiliki oleh tuhan.

"Ini bukan takdir lagi ni Mel! Dia tu memang dah melampau! Saya dengan Ayuni takkan biarkan dia pijak maruah awak macam ni lagi. Buli awak macam awak ni patung!" Arif terus bangun dan beredar keluar.

Aku tergamam. Arif marahkan aku?

Apa salah aku?

Ayuni yang perasan dengan perubahan riak wajahku terus memegang tanganku. Dia tersenyum segarit.

"Don't worry Mel. Arif tak marahkan kau pun. Dia cuma terbawa emosi. Kau tau tak, tadi bila tahu je kau kena buli, terus dia berlari ke bilik kesihatan ni.

Dia kecewa katanya sebab dia tak dapat bantu kau masa kau kena buli.
Ni dia terus keluar sebab kejap lagi dia ada latihan ragbi. Kan hari kelas setengah hari, lepastu koko. Tu yang aku boleh teman kau kat sini.

Kau jangan ambil hati dengan dia okay? Aku yakin sama dengan Arif. Allah akan balas perbuatan keji diorang kat kau." Ayuni bangun lalu memeluk tubuhku. Menyalurkan sedikit kekuatan buat sahabatnya yang sedang berduka.

Akhirnya aku membalas pelukan itu. Bersyukur masih dikurniakan nikmat mempunyai mereka yang bergelar sahabat. Biarlah sahabatku dua orang sahaja, asalkan mereka sahabat sejati. Bukan sahabat yang rupanya sekadar persinggahan.

***

Dania tersenyum girang. Dirinya ketawa kuat sambil mengusap rantai tangan itu.

"Padan muka kau sundal. Kau ingat dengan report tu boleh jatuhkan aku? Heh, sedar diri sikit."

Dania membawa diri ke kamar mandi. Dia mahu bersiap- siap. Petang ini dia mahu keluar berjalan- jalan dengan Amanda dan Mira. Mahu karaoke, shopping. Tanda meraikan kejayaan mereka.

Seketika pergelangan tangannya terasa sakit. Gatal- gatal. Kulitnya juga sedikit kemerah- merahan.

Dia berasa pelik. Takkan sebab rantai tangan ni kan?

"Mungkin sebab panas sangat tadi." Dia terus memilih baju untuk dipakainya nanti. Haruslah cantik dan seksi.

Dari kejauhan, terdapat sepasang mata yang tajam memerhati.

"Kau tunggu. Aku akan pastikan engkau menyesal dengan perbuatan jahanam kau dan rakan- rakanmu."

Dan figura itu terus hilang dibawa angin.





MELISSA : TWO WORLDSWhere stories live. Discover now