BAB:3

91 5 0
                                    

'Apalah jadi dekat pakcik...mana dia pergi?'

Hati Jibril mulai cemas. Pandangan matanya kini tertuju pada jam besar di dinding rumah Izrail. 'Dah pukul 9 ni...masuk Isyak dah' getus hati Jibril. Tanpa sedar tangannya menepuk belakang tubuh Izrail perlahan. Langkah kaki lelaki itu terhenti.

K dan Shafiq yang berada disisi Jibril tersentak. Cari mati mamat ni!. "Apa?" Soal Izrail sambil menoleh memandang Jibril. Lelaki itu tersentak. "Ma-maaf! Sa-saya tak sedar!" Kata Jibril saat melihat wajah dingin Izrail. "Kau nak apa, sial?!" Izrail mula kesal. Kali ini K dan Shafiq menatap satu sama lain bingung. Shafiq menepuk bahu K perlahan.

"Boss kita ni dah buang tebiat ke? Asal dia lembut semacam je dengan mamat tu?" Soal Shafiq perlahan. "Diam la, bodoh! Kau nak mati awal ke, sial? Aku tak rasa pahala kau banyak sangat sampai kau jadi berani sangat nak jumpa dengan tuhan kau awal!" Kata K perlahan. Sejujurnya dia juga terkejut dengan perubahan sikap Izrail terhadap Jibril.

"Sebenarnya sekarang dah masuk waktu Isyak...kalau boleh saya nak tumpang solat sekejap" kata Jibril sambil tersenyum canggung. Izrail memandangnya hairan. "Kau sedar tak yang sekarang ni kau tengah kena culik?" Soal Izrail sambil memeluk tubuhnya.

Jibril menganggukkan kepalanya. "Saya tau tapi solat tu lagi penting, tuan" kata Jibril tenang. K ternganga mendengar kata-kata konyol lelaki itu. "Aku tarik balik apa yang aku kata kat boss tadi...aku rasa mamat ni yang dah buang tebiat bukannya boss.."bisik Shafiq lagi. K tidak menafikannya. Izrail mengeluh perlahan. "Bilik air dekat hujung tu..kau boleh solat dekat bilik Shafiq. Dia sorang je yang ada sejadah dekat sini" kata Izrail lalu terus pergi meninggalkan mereka.

"Follow me, K" kata Izrail lagi. K dengan pantas berlari mengikuti Izrail. "Sini ikut aku" Shafiq membawa Jibril ke arah bilik air. "Terima kasih, tuan" ucap Jibril sopan. "Panggil aku Shafiq. Aku tak pernah tengok orang yang kena culik seberani dan setenang kau, bro" kata Shafiq sambil menghela nafasnya perlahan. Jibril mengambil wudhuk lalu berjalan keluar dari bilik air itu.

Shafiq berjalan ke arah biliknya. "Sini bilik aku" katanya kepada Jibril. Shafiq membawa keluar sejadah yang berada di dalam almarinya lalu memberikannya kepada Jibril.

 Shafiq membawa keluar sejadah yang berada di dalam almarinya lalu memberikannya kepada Jibril

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Cari semua maklumat tentang dia...aku nak esok pagi"

K menganggukkan kepalanya. "Boss. Kenapa tiba-tiba boss bawa budak tu ke sini?" Soal K ingin tahu. Izrail menatap lelaki itu lalu tersenyum. "You will know tomorrow. Make sure kau urus semua keperluan budak tu. Entah kenapa setiap kali aku tengok dia ada perasaan aneh dekat hati aku" kata Izrail sambil memegang dadanya. K memandang lelaki itu hairan.

Matahari masih belum menunjukkan dirinya saat Jibril bangun dari tidurnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Matahari masih belum menunjukkan dirinya saat Jibril bangun dari tidurnya. Lelaki itu terkejut kecil saat melihat dinding mewah yang asing buatnya itu. "Oh yela, aku kena culik semalam" katanya perlahan. Dia melihat Shafiq sedang lena dibuai mimpi.

Jibril bangun dari tempat tidurnya. Jam di dinding menunjukkan pukul 5.50 pagi. Jibril berjalan keluar dari bilik itu. "Subuh...dah nak subuh" gumam Jibril perlahan.

"Boss?"

Jibril tersentak. Langkah kakinya tiba-tiba terhenti saat mendengar suara garau itu. Seseorang mendekatinya dari belakang. "Boss, bukan ke tadi boss ada dekat bawah?" Soal lelaki berpakaian hitam itu hairan. Jibril terdiam. Kau salah orang ni dik!. "Erm.." Jibril menoleh ke belakang. Senyuman diberikan kepada lelaki itu.

"A-ak! Maaf boss! Silakan buat urusan boss secepatnya!" Kata lelaki itu pucat. Dengan pantas lelaki itu berlari meninggalkan Jibril yang sedang bingung. 'Aku senyum pun salah ke? Satu lagi..kenapa pulak aku tiba-tiba jadi boss ni?' getus hati Jibril hairan. Tiba-tiba wajah dingin milik Izrail masuk ke ruangan mindanya. Walaupun muka mereka sama tetapi ada beberapa perkara yang dapat membezakan mereka.

"Dah la, baik aku ambil wudhuk cepat" gumam Jibril lagi lalu terus berjalan masuk ke dalam bilik air. Cermin yang tergantung di dinding ditatapnya lama. "Memang sama la.."katanya sambil melihat wajahnya. Pilik air dibuka. Tanpa membuang masa Jibril mengambil wudhuknya. Saat pintu bilik air dibuka tiba-tiba lelaki itu dikejutkan dengan K yang sedang berdiri tegak didepan pintu.

"Selamat pagi" ucap K tanpa reaksi. Jibril tersentak. Hampir saja dia terjatuh ketika melihat wajah K. "Selamat pagi?" Ucapnya bingung. "Sila ikut saya" kata K lalu pergi dari situ tanpa mendengar jawapan Jibril. Mereka berdua berlainan menuju ke arah tangga yang menurun ke bawah. Saat tiba dibawah Jibril melihat Izrail sedang menunggunya sambil memeluk tubuh.

"Finally" Izrail menatap jibril sekilas lalu melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. "Sila duduk" k mempelawa Jibril duduk. Lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu melabuhkan punggungnya ke atas kerusi itu. "Jadi..."

"Muhammad Jibril Haykal Bin Abdullah, berumur 25 tahun dan menjadi anak angkat kepada Bakar bin Salim ketika berusia 2 tahun. Bekerja sebagai petani biasa dan memiliki banyak hutang....darah AB, tinggi 180..
Nama penghutang ialah Mark dan kau ada tanda lahir di lengan kanan kau" panjang lebar Izrail berkata. Jibril tersentak. Bagaimana lelaki itu tahu semua benda tentangnya?

AKU JIBRIL BUKAN IZRAILWhere stories live. Discover now