BAB:22

53 3 0
                                    

10 minit berlalu. Jibril berjalan sambil memegang dagunya. "Mana perginya perempuan tadi eh?" Soalnya perlahan. Dia memandang ke kiri dan kanannya. Solatnya tidak khusyuk kerana memikirkan luka dan lebam yang memenuhi wajah wanita itu.

"Dekat mana perempuan tadi tu eh?" Kepalanya menoleh ke kiri dan kanan. Dia tidak menjumpai kelibat wanita yang menangis tadi itu.

"Stop it! Don't beat her!"

Jibril menghentikan langkahnya saat mendengar jeritan itu. Dia lantas menoleh ke arah bunyi suara itu. Suara-suara halus terdengar perlahan. Jibril terus berlari mendekati arah suara itu. 'Tadi tu suara perempuan tadi!' getus hati Jibril. Dia mencari-cari kelibat wanita yang dijumpainya tadi. Sebuah bilik menarik perhatiannya. Jibril perlahan-lahan mendekati bilik itu.

"Kau memang kurang ajar! Kau jerit sebab nak bagi orang lain dengarkan?! Sial lah!" Suara seorang lelaki membuatkan Jibril tersentak. Dia seakan pernah mendengar suara itu.

"Jibril, tepi!"

Tiba-tiba suara Shafiq terdengar kuat ditelinganya. Jibril secara automatik mengikuti arahannya. Shafiq berlari lalu menendang pintu itu kuat. Jibril tergamam. Dia pantas masuk ke dalam bilik itu. "Orkid! Orkid! Kau dengar aku tak?!" Suara gelisah milik Shafiq membuatkan dia menoleh ke arah lelaki itu. Terlihat Orkid terbaring lemah didalam dakapan Shafiq.

"Shit!"

Taufiq yang berada disitu mendengus kasar. Dia mencuba untuk lari. "Mana kau fikir kau nak pergi hah?!" Tiffany terus menahan kaki lelaki itu. Taufiq terjatuh tanpa sempat berbuat apa-apa. "Lepaskan akulah!" Kata Taufiq sambil menendang-nendang bahu Tiffany. Wanita itu mengaduh kecil. Dia sedaya-upaya menahan Taufiq daripada pergi dari situ. Taufiq memerah marah. Sekali lagi dia menendang Tiffany kuat. Tangan Tiffany pantas melepaskan kakinya.

"Taufiq!! Argh!"

Tiffany menekan bahunya. Dahi berkerut menahan sakit. "A-awak..." Suara lembut jibril membuatkan dia tersentak. Pantas Tiffany mengangkat wajahnya ke arah lelaki itu. Mata mereka bertemu. Tiada sebarang suara pun yang keluar dari Jibril. Cuma tatapan mata yang bergetar sahaja yang dilihatnya.

Jibril tidak mampu menahan rasa terkejutnya melihat Tiffany yang terbaring sambil memegang bahunya itu. Suara-suara yang mengganggu telinganya kini tidak didengarinya lagi. Yang dia dengar hanyalah bunyi berdesing yang berterusan. Perlahan-lahan kaki melangkah mendekati Tiffany.

Jibril berlutut didepan Tiffany. Tangannya ingin menyentuh wajah Tiffany yang dipenuhi luka dan lebam tetapi dipendamnya. Jibril tanpa sedar mengalirkan air matanya. "Jibril?" Tiffany tersentak. Dia tidak pernah melihat lelaki itu menangis sebelum ini. "A-awak? Kenapa awak menangis ni?" Soalnya sambil sedaya upaya mencuba untuk bangun.Bahunya terasa sakit yang tidak pernah dia rasai sebelum ini.

Jibril mengepal penumbuknya kuat. Dia marah dan kecewa. Marah kerana Taufiq yang berjaya melarikan diri dan kecewa kepada dirinya yang tidak dapat melindungi Tiffany. "Jibril, kita kena pergi hospital sekarang" tiba-tiba Shafiq bersuara. Lelaki itu mengangkat Orkid yang tidak sedarkan diri itu.

Jibril tanpa berfikir panjang terus mengangkat Tiffany. "Maafkan saya" katanya sambil mengangkat wanita itu dengan penuh berhati-hati. Mereka keluar dari situ. Tiffany masih lagi memandang Jibril yang sedang menahan air mata itu.

 Tiffany masih lagi memandang Jibril yang sedang menahan air mata itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Kau orang balik la dulu. Aku nak jaga Orkid dekat sini" Shafiq berkata sambil menyelimutkan Orkid. Dia memandang Jibril dan Tiffany sambil memeluk tubuhnya. "Nanti aku bawakan baju ganti untuk kau" kata jibril. Shafiq menganggukkan kepalanya. Lelaki itu dari tadi lagi tidak meninggalkan Orkid. Jibril tersenyum sebelum pergi dari situ bersama dengan Tiffany.

"Jom balik" kata jibril kepada Tiffany. Mereka berjalan keluar dari hospital itu. Jibril membukakan pintu untuk Tiffany. "Buat masa sekarang jangan gerakkan tangan awak" katanya tanpa memandang Tiffany. Wanita itu memandangnya hairan. 'Dia marah ke?' soal hatinya bingung. Mereka langsung tidak membuka mulut sepanjang perjalanan balik ke rumah mereka.

Sesampainya dirumah, Jibril sekali lagi menolong Tiffany membuka pintu kereta. Langkah lelaki itu laju meninggalkan Tiffany bersendirian diluar rumah.

"Muhammad Jibril Haykal!"

Langkah Jibril terhenti saat mendengar namanya dipanggil lantang. Dia langsung menoleh ke belakangnya. Kelihatan Tiffany sedang memandangnya dengan wajah yang memerah. Wanita itu berjalan pantas ke arahnya. Tinggal hanya seinci sahaja jarak diantara mereka. "Ti-Tiffany?" Jibril memandangnya gugup. Hampir sahaja dia terjatuh saat Tiffany menghampirinya.

"Awak ada masalah ke dengan saya? Kenapa awak tak pandang saya langsung dari tadi?!" Soal Tiffany sedikit kurang senang. Jibril mengalihkan pandangannya dari wanita itu. Wajahnya memerah. "E-eh? Mana ada...sa-saya cuma nak cepat je tadi! Urm...sa-saya pergi dulu!" Kata Jibril lalu terus berlari meninggalkan Tiffany.

Tiffany yang ditinggalkan itu mahu tidak mahu menunjukkan wajah tercengangnya. "Macam tu je dia tinggalkan aku?" Soalnya perlahan. Dia melirik sekilas ke arah tangannya yang dibalut kemas itu. Satu helaan keluar dari mulutnya. "Kau dah balik" tiba-tiba K muncul entah dari mana.

Tiffany memandangnya datar. "Jangan kacau aku" katanya kepada K. Lelaki itu memeluk tubuhnya sambil memandang ke arah tangannya yang sedang berbalut itu. "Good for you....aku harap kau tak sembuh langsung" kata K sambil tersenyum sinis. Tiffany menjeling ke arahnya. Kasut yang dipakainya tadi kini melayang ke arah K. Pantas lelaki itu menangkap kasut itu.

"Sepatutnya kau susahkan diri kau sendiri je...jangan susahkan orang lain lagi-lagi Jibril. Aku ada amanah dan janji untuk jaga budak tu" kata K tegas. Tiffany mengerutkan dahinya kurang senang mendengar kata-kata lelaki itu. "Kau fikir aku nak susahkan dia? Aku tak sangka dia akan pergi cari aku" kata Tiffany sedikit marah.

K ketawa sinis. Kini matanya memandang Tiffany dingin. "Aku tak tau kau tau ke tak benda ni tapi si Jibril tu suka kau...aku tak tau celah mana dari kau yang buatkan dia suka kau tapi lebih baik kau sedar diri..ini untuk kebaikan dia dan kau" kata K sambil menepuk bahu Tiffany. Lelaki itu masuk ke dalam rumah. Tiffany yang mendengar kata-katanya tadi hanya terkaku diam tanpa mengatakan apa-apa.

AKU JIBRIL BUKAN IZRAILWhere stories live. Discover now