BAB:25

44 4 0
                                    

"terima kasih"

Orkid tersenyum kecil. Dia memandang Jibril yang sedang menolongnya itu lama. Tiffany yang melihat tingkah wanita itu mahu tidak mahu mula membuat muka. Ada perasaan tidak sedap dihatinya. "Wah...dengan aku pun dia tak pernah lembut macam tu..." Gumam Shafiq perlahan. Dia juga melihat tingkah Orkid kepada Jibril.

Tiffany dan Shafiq memeluk tubuh masing-masing. Keduanya memandang Jibril tajam. "Hm?" Jibril hairan melihat mereka.

"Heh, bila kau nak berambus eh?"

"Bila kita nak balik ni, wak"

Mereka berdua berkata serentak. Jibril mengerutkan dahinya, hairan. "Ke-kenapa halau abang Haykal balik? Biarlah dia duduk lama-lama dekat sini, pakcik" ujar Orkid sambil memandang Shafiq. Wajah Orkid tampak memerah malu. "Wahh, dengan dia bukan main lagi kau panggil abang tapi dengan aku kau panggil pakcik? Aku ni baru 25 tahun tau! 25 tahun!" Kata Shafiq kesal. Orkid tidak menghiraukannya.

Tiffany mula cemberut. Dia menarik hujung baju Jibril sambil menundukkan kepalanya. "Awak...tangan saya sakit la" katanya perlahan. Jibril pantas memandangnya risau. "Sakit? Dekat mana? Sini saya tengok" katanya sambil melihat ke arah tangan Tiffany. "Sini" Tiffany mula menunjuk tempat sakitnya. Jibril dengan teliti memeriksa bahagian sakit itu.

"Kita dekat sini dari pagi...saya tak makan lagi ubat tahan sakit sebab tertinggal dekat rumah..." Kata Tiffany perlahan. 'Sebenarnya aku dah lama buang ubat tu...' getus hati Tiffany, licik. Jibril pantas bangun dari duduknya. "Aku balik dulu la, Shafiq" kata Jibril. Shafiq mengangguk sambil tersenyum lebar.

"Kalau boleh jangan datang dah" gumamnya perlahan. Tiffany tersenyum dalam diam. Mereka pun keluar dari situ.

Tiffany berjalan laju meninggalkan Jibril. Entah kenapa dia merasakan sesuatu yang asing di dadanya. "Awak! Kenapa laju sangat ni? Nanti jatuh lah!" Jibril berkata risau. Tiffany mengabaikan lelaki itu. Jibril memandang wanita itu hairan. Dia pelik dengan sikap Tiffany saat ini.

"Awak! Nak pergi mana tu? Ish la.." langkah Tiffany diikutinya. Wanita itu sudah jauh ke depan. "Aduh...kereta belah sana..kenapa dia pergi belah situ?" Soal Jibril hairan.

kenapa dia pergi belah situ?" Soal Jibril hairan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

K turun dari tingkat atas rumah. Dia menguap kecil saat tiba-tiba sesosok manusia berlari laju melepasinya.

"Awak!!!"

K tersentak. Dia pantas memandang ke arah Jibril yang sedang berlari mengejar seseorang itu. "Dah kenapa pulak dua ekor ni? Gila ke apa?" Soalnya bingung.

Sementara itu Tiffany sedaya upaya cuba melarikan diri dari Jibril. 'Kenapa dia kejar aku ni? Janganlah kejar aku!' kata hati Tiffany. Dia sedikit menoleh ke belakang. Jibril hampir mendapatkannya. "Kenapa awak kejar saya ni?!" Jerit Tiffany. "Awak pulak, kenapa lari dari saya ni?!" Balas Jibril dengan suara yang lantang.

Tiffany tidak menjawab. Entah kenapa dari minggu lepas dia melarikan diri setiap kali bersua muka dengan Jibril.

Ting..Ting..

Jibril berhenti dari mengejar Tiffany saat telefonnya berbunyi. Dia pantas mengangkat telefonnya itu. Lama dia berbual dengan orang yang berada didalam panggilan itu.

Tiffany mengintai dari jauh. "Siapa yang call dia tu..." Gumamnya perlahan. Tiba-tiba dia melihat Jibril berlari mengambil kunci keretanya lalu keluar dari situ. Tiffany terdiam. Entah kenapa ada perasaan tidak sedap di dalam hatinya. "Hah, dah habis main kejar-kejar?"

"Uish!" Terkejut dia dibuatnya. K yang berada di belakangnya entah sejak bila itu ditatap tajam. since when have you been here?" Soal Tiffany hairan. K memeluk tubuh memandangnya. "Ikut aku" ujarnya lalu terus pergi dari situ. Tiffany memandangnya bingung. "Nak pergi mana?" Soalnya. K tidak menjawab. Dia hanya berjalan menuju ke arah ruang bawah tanah rumah ini.

Terlihat sebuah bilik dengan pintu berwarna hitam tepat didepan matanya. K membuka pintu bilik itu. Lampu terbuka secara automatik. "Aku tak suka kau" kata K tiba-tiba. Tiffany mula memeluk tubuh. "Aku pun tak suka kau" balasnya. K tersenyum sinis. "Sebab tu kaulah yang paling aku boleh percaya dekat sini, perempuan" katanya. Tiffany mengerutkan dahinya.

"Tapi aku tak percaya kau, lelaki"

Tiffany memandangnya dingin. Dia tidak pernah boleh mempercayai lelaki yang berada di depannya itu. Sejak dari pertama kali mereka bertemu lagi. "Kau tak payah percaya dekat aku pun...aku percayakan kau pun sebab aku tau kau tak akan kianati Jibril...kau suka dia kan?" Kata K. Tangan lelaki itu sibuk mengambil sesuatu. Tiffany tersentak.

"W-what? What are you talking about? A-aku suka Jibril?" Dia tergagap ketika melihat reaksi K. "Kau sendiri pun tak tau perasaan kau...dahlah, aku akan mulakan penjelasan aku" kata K. Tiffany mengangguk perlahan. Dia mendekati meja kayu yang berada ditengah-tengah bilik itu. "Apa yang kau tengok sekarang ni ialah maklumat-maklumat tentang Taufiq dan Eric" K memandang Tiffany.

"Kau kata Eric? Ini Eric yang aku kenal tu ke...atau tak?" Soal Tiffany. K hanya diam memandangnya. "Ok...ni Eric yang tu.." Tiffany mula menganggukkan kepalanya. Dia melihat kertas-kertas yang berada diatas meja itu satu persatu. "Eric rancang nak bunuh boss...aku tak boleh benarkan benda tu terjadi" kata K.

"Izrail? Dia menghilang...kalau kau pun tak boleh cari dia macam mana si Eric tu nak cari dia?" Tiffany mengerutkan dahinya. "Tak, boss ada...cuma dia cuba jauhkan diri daripada Jibril" ujar K. Tiffany langsung menghentak meja kuat. Kepala ditundukkan memandang lantai.

"Kau kata apa? Izrail ada tapi jauhkan diri? Mana dia!?" Ujar Tiffany lantang. Wajahnya memerah ketika memandang K. Lelaki itu masih lagi datar. "Kau nak buat apa kalau aku bagitau kau dia dekat mana? Kau nak pergi serang dia dan tinggalkan Jibril dekat sini?" Soal K. Tiffany menggenggam tangannya tanpa sedar.

Perasaan bencinya kepada Izrail sangat besar. Terlampau besar sehingga dia tidak mampu untuk meluahkannya. 'Aku benci Izrail tapi...' wajah lembut Jibril menerjah ruang fikirannya. Hakikat mengenai Izrail yang merupakan adik Jibril mula mengganggunya. Dadanya sakit. Dia begitu membenci Izrail tetapi dia sangat menyayangi Jibril. 'Benda ni buat dada aku sesak...' getus hati Tiffany.

AKU JIBRIL BUKAN IZRAILWhere stories live. Discover now